Assalamualaikum & salam sejahtera. Nama saya M & berumur 40 tahun. Status masih bujang dan mempunyai kehidupan yang agak stabil.
Saya mengkategori kan diri saya dah level makcik-makcik yang fasa hidup – kerja, balik kerja tengok kdrama kat Netflix. Tu lah cara saya menghabiskan kehidupan dengan gembira, hehe..
Jodoh? Rasanya dah bertahun-tahun saya tak berdoa pasal jodoh. Saya dah dalam fasa tak berharap apa-apa pasal jodoh.
Huhu.. Mungkin sebab dah terlalu selesa dengan hidup single, jadi saya rasa tak kisah kalau tak berjodoh sampai ke tua.
Nak dijadikan cerita, sekarang saya berada di Tanah Suci Mekah.
Ada satu insiden yang jadikan persepsi saya pasal jodoh berubah. Mungkin boleh saya katakan tiba-tiba hati saya dup dap dup dap macam cerita Hindustan.
Haha.. Boleh pulak saya feeling cerita Hindustan ni dengan mutawiff yang bawa trip saya ni. Aip jangan silap paham, mutawiff ni tak kawen lagi dan umur muda dua tahun daripada saya.
Huhu, mula2 saya takde perasaan pun tapi bila tahu dia bujang & umur pun nak sama baya dengan saya tiba-tiba saya macam eh eh menarik ni.
Haha mestilah orang nya sedap mata memandang jugak kan sebelum feeling Hindustan nak muncul tu.
Saya rasa lebih tertarik sebab nampak dia boleh get along dengan Ayah saya. Walaupun rasanya dia ngam je dengan semua orang, dah memang dia mutawwif kan.
Biasalah, Ayah kan orang perempuan punya first boyfriend. Mana2 lelaki yang boleh serasi dengan Ayah kita, terus rasa macam wah “Maybe he is the right one!”
Sebelum saya datang, saya dah buat senarai doa yang panjang berjela. Semestinya jodoh memang takde lah langsung dalam senarai. Saya rasa macam In Shaa Allah saya boleh hidup sendiri & takde jodoh pun takpe.
Sesungguhnya hati manusia berbolak balik & semestinya hati kita Allah yang pegang. Tambah-tambah di Tanah Suci, masa tu di Madinah.
Apabila jumpa si dia ni. Saya doa specific pasal jodoh. Siap sebut nama ya rakan- rakan. Huhu, sesungguhnya ini bukanlah diri ku. Saya doa macam ni,
“Ya Allah, andai dia (saya sebut nama ) jodohku, satukanlah hati ku & hatinya. Permudah kan lah jodoh kami berdua. Kalau sememang nya dia bukan jodohku ,bawalah dia pergi jauh dari hatiku. Peliharalah hati ku daripada kelukaan”.
Huhu pagi tadi, selepas baca doa ni di Masjidil Haram, boleh pulak burung b*r*k atas telekung saya. Terus rasa macam krik krik dia bukan jodoh aku kot ni.
Haritu masa pergi Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam & Hawa) pun saya doa pasal jodoh & specific jugak. Tetiba jadi terdesak nak doa pasal jodoh pulak rasa.
Lagi beberapa hari dah nak balik Malaysia & mungkin saya takkan jumpa si dia lagi. Haha saya terfikir ada kah patut saya buat confession pada si dia?
Umur sekarang ni, tak rugi mencuba sebenarnya. Saya boleh je tulis mesej, “Assalamualaikum Ustaz, saya suka kat awak. Tak kisah pun kalau awak tak suka, sebab saya nak block awak selepas ni ” haha.
Saya rasa tipis jugak harapan dia nak suka kat saya sebab awal-awal dia dah brozone saya. Haha dia panggil saya kakak. Aduhai 2 tahun je kot beza umur. Cincai boleh tak? haha..
Lagi pun saya sedar diri ,saya banyak sangat kekurangan. Rasa macam tak sepadan & sekufu pulak dengan si dia tu.
Rakan-rakan rasa saya patut confess ke tak? Boleh bagi idea cara yang tak “menakut kan” untuk confess? Haha kang dia takut pulak nampak saya. Nampak saya lari macam nampak hantu pulak.
Jangan cakap saya datang nak menggatal pulak ya. Huhu ni betul-betul di luar kawalan saya.
7.13 pm
Antara Mahgrib & Isyak di Masjidil Haram, Mekah.
– Nukilan, M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit