Jatuh Cinta Di Waktu Yang Salah

Aku hampir mati menanggung rindu di saat sepi yang membungkam.

Assalamualaikum wbt,

Aku lelaki, umur 20 an dan bekerja di Kuala Lumpur. Dahulunya, aku ada seorang kekasih, lama bercinta, 5 tahun lamanya, dialah cinta pertama aku tetapi akhirnya, dia memilih lelaki lain.

Dia tidak salah, kerana suaminya baik sekali, dan sudah tentu wanita inginkan lelaki yang boleh membimbingnya sepanjang menelusuri alam perkahwinan.

Aku? Mash terkapai-kapai mencari kehidupan. Walaupun sekarang aku dah punyai segalanya, tetapi aku tetap merasa kosong tanpanya, aku hilang arah walaupun sekeliling aku nampak aku periang. Aku dah move on dan melupakan segalanya.

Selepas dia berkahwin, aku cuba buka hati aku kepada perempuan lain. Aku mengenali dua perempuan, tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Bukan kerana mereka tidak baik, tetapi rasa cinta itu tidak sampai kepada aku.

Aku risau menganiayai wanita lain untuk kepuasan diri aku. Aku cuba, tetapi rasa itu rasa kosong sehingga aku berterus terang kepada mereka.

Aku berkawan dengan semua. Sebagai seorang yang peramah, aku berkawan tidak kira lelaki atau wanita. Ada yang rapat, ada yang berkawan biasa sahaja.

Dalam aku berkawan, aku mempunyai seorang rakan perempuan yang aku namakan sebagai Ailin. Kami berkawan tempat kerja dek kerana department kami semua rapat antara satu sama lain.

Lama berkawan, akhirnya kami berkawan rapat dan tidak mempunyai apa-apa perasaan.

Ketika aku mempunyai sekecil-kecil masalah, dialah tempat mengadu. Dikala aku ada berita gembira, dialah orang pertama aku tahu. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin aku dah selesa dengannya.

Ailin pun sama, ada masalah, beliau bagitahu aku. Kami jarang berjumpa disebabkan masing2 sibuk dan jarang berada di office. Jadi, medium whatapps la selalu kitorang guna.

Kalau berborak dekat whatapps tu, 2 3 jam tanpa henti bertalu-talu chat aku dengannya. Macam2 kami borak, kelakar, sedih, marah, bergurau semua ada.

Tetapi baru-baru ini aku perasan aku jatuh cinta padanya.

Beliau rupa tidaklah secantik wanita lain, dan in fact, awalnya aku tak perasan pun dia wujud sebab tidak menarik mata aku. Tetapi somehow, aku nampak dia comel di mata aku. Entah kenapa.

Bermula dari situ la aku rasa yang aku jatuh cinta padanya. Sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata.

Situasi yang aku hadapi ni sangat rumit kerana aku pernah berkenalan dengan salah seorang rakannya tetapi akhirnya tak jadi.

Dan aku pun pernah bercerita kepadanya sisi-sisi buruk aku. Beliau tahu aku banyak mempermainkan hati wanita dan aku tahu takkan sekelumit dalam jiwanya yang jatuh cinta pada aku.

Tetapi, baru-baru ni beliau ada bagi hint yang beliau suka dekat aku. Minta bagi nafkah, minta belikan cincin, mak ayahnya kenal aku dan adik beradiknya juga kenal aku.

Tetapi beliau pun ada egonya, bagitahu tak nak kahwin dengan orang negeri Perlis dan aku orang Perlis. Tetapi aku merasakan dia sukakan aku, cuma masing2 takut untuk menghamburkan rasa masing2.

Aku bukan tiada keinginan untuk meluahkan rasa, tetapi aku takut.

Satu, sebab aku tahu dia sangat baik, cuma annoying sikit je la. Aku rasa aku tak layak untuknya sebab aku ni takde la baik mana.

Kedua, aku takut rasa cinta tu tak sampai, aku takut cinta tu hanya sekejap je, bila masa cinta collapse, aku dah tak rasa apa2 dah.

Yang ketiga, aku takut kena reject, aku sayangkan persahabatan ni, takut2 kena reject, aku dengannya tak lagi berkawan.

Itulah dilema yang aku hadapi. Aku takkan confess selagi aku satu company dengannya.

Kalaulah 2 3 tahun lagi kami masing2 single, masa tu la baru aku akan confess dan cuba buat yang terbaik. Kalau dia dah jumpa yang lain, aku gembira sahaja kerana itulah terbaik untuknya.

Terima kasih pembaca!

– Pemuja Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *