Isteri aku seorang doktor. Shift.. On call.. Semua tu jadi makanan isteri aku..
Pada awal perkahwinan aku ok sahaja.. kami sangat bahagia..
Dia (Yana) tersangat komited bekerja.. Dalam masa yang sama dia juga ada sambung pengajian.. Memang jarang kami jumpa walaupun satu rumah sebab kerja aku office hour..
Kami di uji lambat dikurniakan zuriat.. Bermacam2 cara dan proses kami lalui bertahun2 demi dapatkan anak.
Alhamdulillah tahun ke 6 kami dikurniakan anak kembar perempuan yang comel macam mama dia.
Pada mulanya aku tiada masalah. Tapi lama kelamaan aku mula merasa sunyi.
Anak aku perlukan seorang mama disisi. Aku pulak perlukan seorang isteri.
Aku pernah terkantoi dengan isteri sebab chat dengan perempuan lain. Tapi aku tiada apa2 perasaan pada perempuan tu. Hanya untuk hilangkan kosong dihati..
Aku minta maaf pada Yana dan aku jalani hidup seperti biasa
Tapi tidak dengan seorang wanita ni. Aku gelarkan dia Su.
Perkenalan kami hanyalah atas urusan bisnes.. Dia lebih muda 10 tahun dari aku. Cantik.. Tapi cantik lagi isteri aku.
Entah kenapa aku terpersona dengan dia. Cara dia bercakap. Cara dia layan anak2 aku. Buat aku jatuh cinta yang tak pernah aku rasa sebelum ini..
Aku pernah berhasrat untuk memiliki dia. Dia juga membalas cinta aku.
Aku dan dia berhubung secara senyap dan kami pernah terlanjur semasa isteri aku shift malam..
Su baik sangat… Hanya satu kesilapan aku dan dia malam tu.. Kami tewas dengan nafsu.. Aku yang goda dia…
Setelah kami sedar itu kesilapan.. Su menangis.. kami menyesal.. Aku bersedia untuk tanggungjawab..
Hubungan kami tak sampai setahun.. Su banyak kali bagi hint kat aku untuk kahwini dia. Aku lengahkan sebab aku risau isteri aku terkejut..
Aku sayang Su.. Dia banyak ubah hidup aku.. Layanan dia pada aku sangat berbeza berbanding isteri aku.
Satu hari tu aku terkantoi perbualan mesra aku dan Su di whatsapp… Isteri aku marah..
Su pun hilangkan diri.. Tinggalkan aku..
Aku keluar mencari Su untuk pujuk Su pulang ke pangkuan aku semula..
Tapi Su tetap tidak pedulikan aku. Dia tinggalkan aku.. Dia block aku di semua media social.
Aku tahu dia memang takkan berpatah balik pada aku. Su rasa bersalah kerana lukakan hati Yana.
Bertahun berdiam diri.. Sampai lah satu hari.. Beberapa bulan sebelum Su menikah.. Dia whatsapp aku, hantar kad jemputan.
Ya.. Dia unblock aku.. Dia tanya samada keputusan dia betul atau salah..
Last soalan dia pada aku, “U, i tanya u last.. Kalau you jawab yes.. I akan batalkan perkahwinan i dengan dia.. ” “U nak kahwin dengan i tak? “
Ya.. Dia masih mengharapkan aku. Begitu juga aku.. Terlalu lama mengharapkan dia.
Tapi jawapan aku “NO”.
Aku explain pada dia yang pilihan dia betul. Kita hanya satu kesilapan.. Tapi kita boleh jadi kawan..
Dia setuju.. Akhirnya aku yang berputih mata..
Dia dan suaminya bahagia dan sekarang dia dikurniakan anak lelaki yang comel.. Sedangkan sehingga harini aku masih mengharapkan dia..
Isteri aku masih sibuk.. Dia tidak pedulikan aku. Bercakap dengan aku pun hanya bila perlu.
Dia bukan lah seorang yang peramah seperti Su yang ada sahaja benda nak bercerita. Nak disembangkan..
Aku rindu Su.
– Lelaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
HAAHAHAHAHHAAH KELAKAR CERITA ABG NI. SY BAGI 10 BINTANG !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!