Jatuh Cinta Lagi

Salam warga IIUM Confession,

Aku tak tahu bagaimana nak mulakan… tapi aku kenalkan diri aku sebagai OG. Aku berusia awal 50-an, mempunyai syarikat sendiri dan seorang isteri serta 3 orang anak yang sedang meningkat dewasa.

Ceritaku bermula begini… sekitar 4 tahun lalu, aku ambil seorang perempuan fresh grad untuk satu posisi di pejabat aku.

Hubungan aku dengan dia sama dengan hubungan aku dengan staf-staf yang lain… cuma sekitar akhir tahun lepas… tiba-tiba dalam tidur aku bermimpi tentang dia.

Di dalam mimpi tersebut… kami berdua kelihatan gembira. Aku juga bawa dia berjumpa adik-beradik aku dan juga kakak-kakak iparku.

Yang pelik, di dalam mimpi tersebut, kakak-kakak iparku menerima baik staf aku ini yang aku namakannya di sini sebagai N.

Mimpi tersebut hanya sekali… tetapi selepas bangun… aku tertanya-tanya… apakah petanda mimpi tersebut? Aku tidak pernah menaruh sebarang hati terhadap N tetapi kenapa aku boleh bermimpikan tentang dia?

Sejak dari mimpi tersebut, aku mula perhatikan N ini. Memandangkan aku bos di syarikat aku sendiri, tidak ramai staf yang nak berborak dengan aku melainkan hal kerja. Bukan kerana aku garang atau sombong, tetapi mungkin staf-staf aku yang lain respect aku sebagai bos.

Dalam ramai-ramai staf aku… hanya N yang kerap masuk dan berjumpa aku kerana tugasan beliau memerlukan input dan kelulusan dari aku.

Selama ini aku selalu juga bergurau dengan N… tanyakan bila nak kahwin kerana N sudah melepasi usia 25. Entah bagaimana tiba-tiba satu hari dia cerita pada aku yang dia telah putus tunang sekitar tengah tahun lalu.

Dari saat itu… kami selalu bersembang dan hubungan kami kian akrab.

Jika dahulu aku keluar lunch atau ke tempat klien dengan N dan seorang staf perempuan lagi… masing-masing bertolak-tolak untuk mengelak duduk di bahagian hadapan tetapi akhir-akhir ini… N tanpa disuruh akan memilih untuk duduk di sebelah aku.

Lately kami kerap keluar ke tempat klien untuk meeting dan lunch bersama. Pernah satu masa kami share sepotong kek bersama.

Aku pula makin lama makin menyukai N. Tapi sehingga saat ini, dia tidak tahu yang aku menyukai dia dan aku pula tidak tahu sama ada dia menyedari atau tidak yang aku menyukai dia. Adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap aku?

Ada yang tanya… bagaimana perasaan isteri aku?

Terus terang, isteri aku membenarkan aku kahwin lain. Isteri aku membenarkan aku berkahwin lain kerana beliau sudah tidak mampu memberikan aku nafkah batin memandangkan dia sekarang di dalam fasa awal menopause.

Aku masih sihat dan mampu untuk mendayung tetapi isteri aku sudah tidak mampu melayannya.

FYI, isteri aku hanya muda setahun dari aku.

Untuk mengelakkan terjadinya maksiat… isteri aku membenarkan aku untuk berkahwin lagi.

Tapi isteri aku telah letakkan beberapa syarat…

1. Janda tiada anak.

2. Anak dara tua.

Jika ditanya aku sendiri… aku tidak mahu untuk berkahwin lagi kerana aku rasa I am too old for that. Aku rasa malas untuk ulangi cycle yang sama sekali lagi.

Di dalam usia yang sebegini… harapan aku untuk enjoy sisa hidup mendekati diri pada Allah dan travel seberapa banyak tempat yang boleh. Tetapi dalam masa yang sama, nafkah batin aku terabai.

Apa yang patut aku lakukan? Nak kahwin lain… dari segi kewangan aku mampu tapi dalam masa yang sama aku malas nak ulangi cycle yang pernah aku hadap sebelum ini.

Berkenaan N, apakah yang harus aku lakukan? Buat masa sekarang… aku just go with the flow. Suka tapi hanya simpan dalam jiwa.

Mohon pembaca yang sudi memberi sepatah dua kata apa yang patut aku lakukan.

– OG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Dua soalan..
    1. Kalau OG kawin dengan janda tua/anak dara tua, selesai tak nafkah batin yang dicari cari tu?
    2. Pernah bincang tak dengan isteri yang nafkah batin tu terabai?

    Tak semestinya kawin lain, nafkah yang satu tu terjamin, boleh jadi OG menempah masalah lain, anak pun dah meningkat dewasa, apa lah agaknya perasaan dorg kalau tahu ayah nak kawin lain.

    Anyway, yang anak dara tu. nak ke kat OG? dia muda sangat tu, OG pun umur bapak bapak dia je tuu

  2. Kalau isteri dah izinkan, boleh lar kawin lagi, tapi fikir betul2 dan buat istiharah, sebab tak elok gak bila nafkah zahir terabai.

    Tapi memang penat lar nak hadap semuanya sekali lagi. Sebab bila dah kawin ni semua akan jadi lain lagi2 kalau dah ada anak nanti, sanggup ke nak ulang semuanya sekali lagi kan.

    Apa-apa pun tepuk dada tanya selera.

  3. Nak kawen semata sebab nafsu. Mampu ke kekalkan hak N sebagai isteri dan staf? N pun muda sangat lagi, musnah hidup dia kawen dengan orang tua pastu dilabel penyondol

  4. BOLEH JE NK KAWIN LAGI 1 TP KUBUR PUN DA MEMANGGIL TU. BEKALAN DAH CUKUP KE? LARAT KE NK MENDAYUNG ORG MUDA NTAH2 DAPAT SERANGAN JANTUNG JE NNTI. DASAR TUA GANYUT!

    • Awal 30an pon ingat kubur tak panggil ke? Yakin nya awak. Kah.. kah…

  5. Tak usahlah berkahwin lain walaupun isteri izinkan. Tanggungjawab yg amat berat bg lelaki yg dh berkahwin jika ingin berkahwin lagi. Jika gagal sangat besar dosanya. Dalam usia senja sebegini lebih baik saudara habiskan masa di masjid. Tidak sesuai lelaki yg berumur 50an ingin membina perkahwinan baru kecuali jika masih bujang. Jangan patah balik ke belakang hanya kerana sukakan perempuan muda. Ingatlah, saudara sudah tua & saya yakin gadis itu tidak menyukai saudara yg sudah berusia. Sila insafkan diri.

  6. Bagi saya tak perlu kahwin lg, nafsu tu boleh dikawal dan disalurkan ikut cara umurlah kan, yg tua cara tua, maaf cakap, sbg org muda, nafsu dia tggi, bukan nafsu seks je tapi nafsu material, buat pening pak cik je, better tak payah. Setia je dgn wife tu.

  7. Bro…
    Pra menopos ni sekejap jer…
    Ada suppliment yg blh rawat dan naikkan nafsu…rawat dulu bini kau tu sebelum proceed cari lubang lain. Jangan selfish sgt,..takut esok berbini baru tak sempat beribadah melayan nafsu bini muda..
    Sudah² lah cari dunia bro

    • Setuju amat.Byk supplement kat luar sana yg blh menaikkn kembali hormon2 yg menurun sewaktu nak monopus.

      Jgn jadikn alasan utk mencari org baru. Apa2 pun istiqarah. Kesian kat si N dpt sebaya ayahnya. Nnti dia dewasa akan mengalami isu yg sama bila suami dh x mampu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *