Hai, aku tahu artikel ini akan dapat kecaman, tapi aku tak tahu nak buat apa.
Hati aku terlalu rindu, sakit dan sayang tanpa diminta.
Kenalkan nama aku M, dah tentu bukan nama sebenar. Aku bekerja di salah sebuah syarikat korporat.
Aku dah lama bekerja di syarikat ni, hampir 7 tahun. Kawan-kawan ofis semua okey, bos pun okey, everything perfect.
Sampailah bulan 9 tahun 2023, seorang wanita masuk melapor diri untuk jawatan yang syarikat war-warkan. Meja dia betul-betul sebelah aku.
Waktu dia diperkenalkan oleh bos aku, mata aku ibarat terpaku. Rasa macam dunia ni aku yang punya, betul-betul rasa wow. Cara dia bercakap, cara dia senyum, betul-betul buat aku terpesona dan tersenyum sendiri.
Aku mula perkenalkan diri aku, jawatan serta sebagainya. Si dia membalas dengan senyuman, jawab dengan penuh rasa teruja.
Aku mula tertarik dengan si dia. Aku berbual, setiap hari sebelum masuk ofis aku akan belikan dia sarapan, dan si dia cuma ucap terima kasih dan tidak lebih. Sifat dia buat aku lebih ingin mengenali.
Sampailah aku dapat nombor telefon dia secara tak sengaja. Mula-mula kami hanya bersembang tentang kerja.
Tapi aku tamak. Aku nak lebih. Aku nak kenal si dia, aku nak bagitahu dia yang aku jatuh cinta pandang pertama.
Tapi reaksi si dia biasa je — tolak tidak, mahu pun tidak. Jadi aku anggap mungkin si dia ibarat burung merpati, jinak-jinak sukar didekati.
Aku punya rasa macam jatuh angau tu. Hari-hari aku tengok story WhatsApp dia. Kadangkala hujung minggu nampak dia update briskwalk, masak-masak, picnic, camping, hiking…
Dan setiap kali tu jugalah aku akan reply story dia. Dia balas biasa, itu pun dah buat hati aku berdegup kencang, rasa nak terkeluar rasanya.
TIBA-TIBA!!
Sampailah ada satu hari bos suruh kami yang lead untuk satu outstation. Jadi aku dapat tahu si dia pun pergi.
TETAPI dia refuse, dan alasan tu buat aku terduduk. Sebab dia nak pergi bercuti dengan suami dan anak-anak. Aku terkejut, dia dah kahwin ke? Tanpa perasaan janggal aku terus tanya.
“Dah kahwin berapa lama?” Dia jawab dekat 13 tahun, anak darjah 1 dan 5 tahun. Aku rasa dunia ni terus berhenti. Kenapa aku perlu rasa sakit macam ni? Kenapa mesti dia yang buat aku jatuh cinta? Kenapa sakitnya mesti begini?
Dan hari aku tahu tu, aku rasa hidup aku tidak lagi indah. Aku berdoa pada Tuhan agar hilang rasa cinta ini pada wanita itu, tapi aku tak boleh.
Aku jadi sakit bila tak nampak muka dia, aku jadi risau bila tak nampak story dia. Silap aku ke jatuh cinta pada orang yang salah?
Setiap hari bangun dari tidur aku mesti tengok story dari si dia. Itu pun buat aku happy. Aku tak tahu nak hilangkan perasaan ni macam mana.
Aku dah cuba berkawan dengan perempuan lain, tapi otak aku tak boleh terima. Jadi aku ambil pendekatan untuk terus simpan rasa cinta aku.
Takpelah, biarlah masa yang menentukan. Aku tetap layan si dia macam biasa. Aku tetap rasa dia perempuan yang buat aku jatuh cinta.
Buat awak…
Tidak mengapa jika cinta tidak kesampaian. Takpe, biarlah aku rasa sakit. Janji aku nampak dia, aku dekat dengan dia. Buat Q, saya sentiasa doakan kebahagiaan awak.
Saya sentiasa ada di sini, tetap menunggu. Maaf atas khilaf, keterlanjuran sayang ini. Saya tak minta, ia hadir tanpa diminta. Tapi untuk membuang awak, saya tidak dapat lakukan.
– Elde (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Somehow i know that feeling. Susah nak hilang perasaan tu. Unfortunately, u cant stop the feeling n u must let it go.. for sure will take time to heal.. semoga awak tabah n kuat.. delete nombor dia dlm hp awak, so xde la whatsapp story drp dia.. just stop whatever yg u folo her..