Assalamuaaikum kepada admin dan juga pembaca sekalian,
Apa yang akan aku katakan ini lebih kepada luahan perasaan aku sendiri. Aku tidak tahu mahu beritahu siapa lagi. Aku sedih. Aku marah. Aku penat. Aku jemu dalam kehidupan aku sendiri.
Orang kata buat baik dibalas baik. Tapi… aku sendiri sudah tidak percaya jika masih ada kebaikan yang bakal aku dapat.
Ibu aku dahulu bekerja tetapi dia cuma duduk di rumah sahaja. Ini kerana bapa aku selalu ke luar negara atas urusan kerja. Aku dibesarkan dengan serba-serbi yang lengkap. Adik beradik aku juga semuanya pandai bermain alat musik. Mungkin ini adalah pengaruh kehidupan di sana.
Selepas aku berkahwin, aku berhenti bekerja kerana masalah rumah tangga. Keputusan aku ini mengubah 100% perjalan hidup aku dari apa yang pernah aku bayangkan. Sekarang ini aku bekerja sendiri. Pendapatan aku tidak tetap. Mungkin cukuplah untuk kami makan anak beranak dengan syarat tiada sesiapa pun yang jatuh sakit. Suami aku pula hanya mementingkan dirinya sahaja. Cuma tahu makan dan melayari Internet (dari dahulu lagi dia tidak buat apa-apa pekerjaan). Tidak membantu aku langsung. Jika ada yang perlu masuk ke hoapital aku tidak terbayang bagaimana akan aku uruskan. Senang cerita aku ini hidup teramatlah susah. Aku tidak pernah mendoakan perkara buruk terjadi kepada aku dan keluarga aku. Aku sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja.
Tapi semakin hari usia manusia akan semakin meningkat. Aku tidak pernah menafikan itu. Dugaan yang aku terima aku reda sahaja. Lebih sepuluh tahun aku menjaga ibu bapa aku dan ibu bapa mertua yang uzur. Segala ubat-ubatan yang menelan beribu-ribu ringgit aku usahakan. Masa inilah adik-beradik menunjukan belang masing-masing sehingga akhir sekali aku yang menjaga orang tua aku.
Bagi aku mungkin inilah jalan keluar aku dari kepongan kemiskinan. Orang tua-tua mengatakan bahawa menjaga kedua-dua ibu dan bapa kita akan mandapat rahmat dari Allah. Aku cuba. Dan keempat-empat orang tua aku itu pun sudah selamat di sana. Al fatihah.
Alhamdullilah rezeki aku semakin bertambah. Mungkin tidak banyak tapi aku mengharapkan aku dapat menjejak kaki ke tanah suci.
Abang aku menyuruh aku menjaga satu kedai online untuk menambahkan pendapatan aku. Tetapi aku dipinggirkan begitu sahaja. Kenapa? Dia menyerahkan tugasan ini kepada iparnya (atas arahan isteri). Aku kecewa. INI IDEA AKU. Aku cuma tiada modal untuk memulakan perniagaan ini. Selama dua tahun aku mengkaji tanpa bayaran kerana sudah dijanjikan ini adalah hak aku dan abang aku. Dia akan mengeluarkan modal dan aku akan menguruskannya. Tapi semua itu tipu belaka. (Ini bukan pertama kali dia buat seperti ini)
Sudah jatuh ditimpa tangga. Suami aku sedang galak mencari bekas kekasihnya semasa zaman di universiti. Aku yang beri dia makan selama ini. Suami aku itu ibarat aku mempunyai anak lagi seorang. Di sebabkan aku sayangkan dia, sedikit-sedikit aku memberinya duit simpanan. Untuk perbelanjaan kita dihari tua atau masa sakit nanti. Tapi… maafkan aku. Aku berasa amat sedih. Sanggup dia ada hati untuk mencari lagi bekas kekasihnya. Menyesal aku bertahan selama ini. Betul-betul menyesal. Aku patut dengar cakap bapa aku dahulu. Jangan kahwin dengan dia. Terngiang-ngiang di kelapa aku.
Banyak lagi yang aku ingin ceritakan di sini. Aku cuba mengubah nasib kami dengan bermacam-macam cara. Menjual buku, menjual pakaian apa lagi. Tapi semua itu seperti tidak kena dengan masa (wrong timing). Orang lain buat semuanya berjaya. Aku. Entahlah. Harapan aku cuma mahu kehidupan yang agak mudah sahaja. Bukanlah kaya sangat. Tapi aku mahu berasa memengang duit tanpa rasa bimbang esok aku anak berana mahu makan apa. Aku terlampau banyak berkorban dengan orang lain yang tidak memperdulikan aku. Suami yang curang. Adik beradik yang menipu. Kawan-kawan yang menipu. Saudara-mara yang seperti pendatang asing. Terus terang aku cakap. Aku sudah tidak percaya pada kebaikan dibalas kebaikan. Sekarang ini aku rasa seperti melepaskan anjing yang tersepit. Selepas aku kahwin tidak pernah satu hari pun aku tidak menangis mengenangkan nasib aku yang hancur ini. Aku tidak pernah rasa bahagia. Aku pun bukan muda lagi. Sudah lebih angka 50.
P/s: tolong jangan marah-marah aku sebab aku sudah rasa give up dalam hidup. Aku cuma ingin meminta kata-kata nasihat dan motivasi sahaja. Aku sudah tidak tahan lagi mendengar kata-kata cemuhan.
Terima kasih kerana membaca. Walaupun cuma admin sahaja yang membaca ini.
– Wanita
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit