Jatuh Hati Pada Suami Orang

Nama aku Nana. Dalam umur 20an sekarang ni, aku baru je start bekerja kat salah satu syarikat. Belum sampai setahun pon aku kat sini.

Awalnya aku kat sini agak terkapai-kapai jugak, yelah aku masih lagi budak mentah kat sini, fresh grad, banyak benda yang aku tak tahu.

Jadi dalam ramai-ramai pekerja kat sini, ada la seorang lelaki ni, aku namakan dia A la. So A ni dah lama kerja sini. Jadi dia memang pandai bab selok belok berkenaan bidang ni dan dia sangat berpengalaman.

So awal permulaan aku kat sini, memang aku banyak berjumpa A untuk bertanya dan mintak pendapat dia tentang urusan kerja. Tapi, entahla. Mungkin sikap A yang peramah, aku jadi senang dan seronok bila berborak dengan dia.

Kalau nak dibandingkan dengan kawan yang lain, ramai je yang boleh aku tanya dan rujuk. Tapi A jugak yang aku jumpa. Selalu aku pergi ke meja A dan bersembang dengan dia walaupun selepas habis waktu kerja.

Mulanya aku anggap A ni tak ubah macam abang aku. Jarak umur yang lebih kurang 15 tahun buatkan aku hormatkan dia. Tapi style dia yang suka bergurau dan kadang2 tu menyakat aku, buat aku jadi seronok untuk jumpa dia.

Kadang2 kitorang berbual hal2 yang takde kena mengena dengan kerja pon. Sampai berjam-jam lamanya aku kat office dia.

Sampai la suatu masa tu, aku stress dengan kerja aku, jadi aku banyak meluahkan kat A. Curhat la orang kata. Dan dari situ aku mula jatuh hati dengan dia.

Sikap caring dia, concern pasal aku, kadang- kadang tu kalau aku mintak tolong apa-apa atau tanya apa-apa, dia yang akan tolong tanpa banyak bunyi, dia yang akan jawab tanpa banyak tanya.

Dan aku kadang2 rasa A jugak berkongsi rasa yang sama dengan aku. Bukan aku yang perasan ye, kawan aku jugak ada yang perasan semua ni. Aku ni jenis yang senang bergaul dengan orang.

Jenis yang happy go lucky. Ceria dan energetik. Ada vibe dan charm aku tersendiri. Dan aku mengaku, aku memang ada try flirt dengan A. So instinct aku kuat mengatakan yang A pon ada rasa yang sama dengan aku.

Yang menjadi masalah kat sini, masalah besar ye.. A tu laki orang. Ye, aku ulang sekali lagi, dia laki orang. Anak pon dah berderet.

Aku taktau apa yang aku nampak kat dia, tapi dunia aku sekarang macam tak nampak orang lain dah dalam hidup aku. Dia je yang ada kat mata aku sekarang.

A ni seorang suami yang sangat baik. Boleh kata, calon suami pilihan la. A ni pjj dengan wife dan anak anak dia.

Jadi bila dia kat sini, aku la penghibur sunyi dia, tapi bila dia balik jumpa family dia, and wife dia update status whatsapp pasal A, aku yang menahan rindu, cemburu dan menghitung hari bila nak jumpa dia.

By the way, ye aku memang kenal wife A. Pernah beberapa kali berjumpa tapi kami tak rapat. Aku dapat rasa sebenarnya wife A tahu aku ada hati kat laki dia. Cuma wife A ni sebaya je dengan A, so nampak kematangan dia dalam handle isu ni.

Dia tau je ada budak perempuan suka laki dia, tapi dia takde nak meroyan ke apa. Dia chill je la. Mungkin dia anggap aku ni budak hingusan je, tak layak pon nak bergaduh ke tarik rambut dengan dia.

Tapi, perempuan mana yang tak cemburu kan kalau suami dia rapat dengan perempuan lain. Kadang-kadang tu status whatsapp wife dia memang nampak macam dia nak buat aku cemburu.

Dan yes, aku sangat cemburu dengan semua yang dia tunjuk. Tapi aku cuba sedarkan diri, bukannya aku nak rampas laki dia. Tapi dah tersuka kan, nak buat macam mana. Cinta tu buta.

Tahap suka aku pada A asalnya biasa-biasa je. Aku memang sedar dengan status dia, dan aku hanya anggap aku crush je kat dia. Kira penyuntik semangat aku untuk pergi kerja.

And masa tu aku yakinkan diri aku, aku cuma sunyi, dan perasaan tu sekejap je. Mungkin aku cuma nak cari suami macam dia. Yang ada ciri2 macam dia.

Tapi lama kelamaan tu, aku macam orang yang dah kena bomoh, rasa sehari tak tengok muka A aku dah jadi gila bayang.

Lalu depan bilik dia tengok pintu dia pon boleh buat aku tersenyum sorang-sorang. Kalau A tiba-tiba lalu kat depan aku, aku lah yang paling excited sekali.

Kalau A tegur aku di depan orang lain, aku lah yang tersipu-sipu tunduk malu, yang berdebar tak tentu arah. Kalau A ajak aku ke mana-mana memang aku tak pernah tolak.

Pernah sekali tu A mungkir janji untuk keluar dengan aku (keluar berdua ye hehe), last2 dia terpaksa balik ke rumah sebab wife dia call. Dan aku bad mood seharian, merajuk sebab aku sangat sedih bila dia pilih wife dia bukan aku.

Yee aku tau, memang mintak penampar bila merajuk dengan laki orang ni. Tapi aku rasa aku tak salah, sebab A memang betul-betul pujuk aku lepas tu. Lagi la berbunga-bunga hati aku lepas tu.

So lepas tu, memang selalulah aku merajuk dengan A dan minta dipujuk. Mengada kan aku? Ahhh tak kisah laa, janji aku happy.

A ni jenis yang dia akan whatsapp aku walaupon dia balik rumah jumpa wife dia. Dia akan cerita dia pergi mana, buat apa. Anak-anak dia macam mana.

And dia pon pernah cerita tentang masalah rumah tangga dia kat aku. That is why aku yakin yang A pon ada hati dengan aku, dan kononnya aku tak bertepuk sebelah tangan.

Banyak sebenarnya series of episode antara aku dengan A ni. Ada masa aku give up dan try stop sukakan A. Beriya aku jauhkan diri walaupon susah. Tapi A pulak cuba mendekat.

Kadang-kadang aku nampak status whatsapp wife A rant pasal hubungan suami isteri.

So aku tau, wife dia memang tujukan status tu untuk suami dia. Masa tu, nampak macam A pulak yang cuba jauhkan diri dari aku. Mungkin wife dia cuba tegur dia cara halus supaya dia takde apa-apa hubungan dengan aku.

Aku bukannya tak cuba nak lupakan A. Aku ada mengadu dengan parents aku pasal benda ni. Dan parents aku memang menentang kalau aku cuba nak bersuamikan A.

Satu sebab dia suami orang, satu lagi jarak umur kami yang sangat jauh. Lagi satu, umur aku yang masih muda ni buatkan aku nampak sangat desperate kalau bersuamikan laki orang.

Aku memang dah terfikir nak kahwin dengan A. Pernah sampai terfikir nak kahwin lari kat siam! Gila kan aku? Padahal, hubungan aku dengan A, takde apa-apa pon.

A tak pernah cakap dia sukakan aku, dan aku pon tak pernah confess walau aku suka dia macam nak mati. Aku je yang perasan sorang-sorang selama ni.

Tahap teruk aku tu sampai aku boleh terima poligami berlandaskan nafsu, aku boleh terima caci maki dan komen-komen tentang confession curang di IIUM ni, hati aku macam dah kebal kalau dikecam jadi perampas suami orang.

Kalau korang nak tau, aku jugak pernah cuba untuk meniru fesyen wife A, supaya A lebih sukakan aku. Psiko kan? Aku tau tu. Tapi demi cinta aku ni, aku sanggup buat apa je asalkan A sukakan aku.

Aku tak rasa bersalah pon andai kata ada jodoh aku dan A, memang sebesar nyiru aku tadahkan. Sampai satu tahap, yang aku takde rasa bersalah keluar berdua dengan A, tak kisah orang sekeliling pandang aku pelik bila berdua dia dengan A.

Aku jugak takde rasa bersalah pada parents aku walau dorang tak restu perasaan aku kat A. Aku takde rasa sedikit pon malu bila jatuh hati pada suami orang, dan aku rasa aku tak salah.

Aku sanggup bermadu dengan wife A, tak kisahla walau banyak lelaki lain yang bujang kat luar sana nak kan aku, aku memang nakkan A je sekarang ni.

Jadi tujuan aku tulis ni, nak mintak acik-acik, akak-akak yang macam wife A ni, yang dok hadap perempuan yang ada hati nak jadi perampas laki orang ni, tolong nasihatkan aku boleh?

Tolong komen yang pedas-pedas sikit supaya aku sedar diri sikit aku berpijak kat mana sekarang.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Weh, aku pn dlm dilema yg sama skrg ni. The thing is aku isteri org. Dia suami org n umur 40. Aku 28, ank dia dh 3. N aku bru sorg. Aku mmg btul2 jatuh cinta dkt dia. Aku jd angau sebijik mcm crita nana ni. Lps jmpa mngu lepas, smngu dia abaikan aku. Last2 smlm dia ckp dia serba salah dgn ank bini dia 😭 trus dia blutikkan aku ja. Aku btul2 patah hati 😭😭😭😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *