Hubungan aku dengan mentua sehingga kini baik-baik sahaja. Namun ada beberapa perkara yang membuatkan aku berjauh hati.
Perkara pertama: Aku masih ingat pada waktu itu aku sedang mengandungkan anak pertama. Suami ada meminjam dengan ayah mentuaku kerana kami berdua pada masa tu gaji kecik je.
Ayah Mentua ku seorang yang berpangkat dalam syarikat.
Sebelum aku berkahwin, aku selalu mendengar keluarga mentuaku bercerita bahawa mereka selalu menolong anak-anak saudara yang dalam kesusahan.. yang baru mula nak hidup selepas berkahwin.
Dan mereka tak pernah mengharapkan mereka membayar balik kerana mereka anggap sebagai sedekah.
Aku tersentak bila suatu hari ibu mentua ku mesej kepadaku meminta aku membayar segala duit yang suamiku pinjam dari ayahnya.
Pada masa tu aku teringat bertapa diorang berbangga bercerita mengenai pertolongan mereka kepada anak saudara mereka.
Tapi bila time suami aku memerlukan pertolongan, beliau minta aku, menantu, yang membayar balik?
Aku memang terkejut sebab kalau betul mahukan duit yang dipinjam, sepatutnya mereka minta dari suami ku sendiri.. bukan minta aku yang bayarkan. Tanggungjawab anak dia untuk bayar. Betul tak?
Berbeza betul dengan keluarga aku. Bila abang aku memerlukan duit, tak pernah mak ayah aku minta menantu perempuan mereka yang bayarkan.
Malah tak pernah bertanya bila nak bayar kerana faham dengan kesulitan hidup anak menantu.
Mak ayah aku hanya kerja kampung tapi tak pernah berkira dengan anak menantu.
Jadi, macam mana aku selesaikan masalah tu?
Jumlah yang dipinjam suamiku dalam RM800, jadi aku buat personal loan sebanyak RM2000 dan bayar balik kepada mereka.
Pada masa tu, suami hanya mendiamkan diri dan tidak menegur langsung cara ibu mentuaku. Aku mula jauh hati.
Perkara kedua: Mereka selalu membandingkan rupa paras anak-anak aku.
Kalau aku nak cerita secara details, sampai esok pun korang tak habis baca. Yang pasti mereka suka menegur anak aku hitam lah, membandingkan kebolehan anak-anak ku dengan cucu mereka yang lain.
Jadi rasanya korang boleh bayangkan dah.
Perkara ketiga: Ibu mentuaku pernah menyuruh aku menggugurkan kandungan aku. Kerana mungkin bagi dia takut kami tak cukup duit dan terpaksa meminjam duit dari ayah mentuaku lagi.
Perkara ini sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat aku kepada ibu mentuaku.
Namun aku tak pernah menunjukkan yang aku hilang hormat. Aku terkejut sebenarnya. Sebab ibu mentuaku seorang yang lengkap solatnya dan suka berkongsi mengenai dosa pahala.
Tapi sanggup dia suruh aku gugurkan kandungan aku, gugurkan cucu nya sendiri. Allah je tahu perasaan aku pada masa itu.
Perkara keempat: Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan sudah berkahwin. Tapi setiap kali kami balik kampung, yang diberikan bilik adalah adik iparku dan suaminya.
Sedangkan aku sebagai satu-satunya menantu perempuan dibiarkan tidur di ruang tamu dan kadang-kadang adik ipar lelaki bujang pun tidur sekali di depan.
Tetapi ibu mentuaku selalu berkongsi mengenai aurat. Kenapa aurat menantu perempuan mereka tidak dijaga sedangkan mereka tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan diutamakan?
Perkara kelima: Ibu mentuaku selalu berpesan supaya aku tak menghabiskan duit untuk perkara yang tidak perlu.
Sedangkan gaji aku dihabiskan untuk membantu suami membayar komitment dan perbelanjaan rumah. Barang kemas pun aku tiada. Apatah lagi beg mahal.
Baju pun aku beli bundle. Dekat mana aku membazir?dan kenapa pesanan itu kepada aku?
Kerana aku tengok mesej dia dengan suamiku tak ada pula dia pesan begitu. Ralat aku. Sebabnya aku merasakan ibu mentuaku tidak adil.
Aku tak pernah menuntut nafkah dari suamiku kerana aku tahu tahap kemampuannya. Tapi bila ibu mentuaku pesan begitu kepada aku,aku kecewa,ibarat di matanya masalah kewangan keluargaku terjadi kerana aku?
Nafkah pun aku tak pernah minta dari anaknya. Malah, aku tolong suami aku.
Tapi bila anak perempuannya tidak mendapat nafkah atau suaminya tidak mempunyai duit, heboh dia share dalam status FB tanggungjawab seorang suami macam mana.
Tapi bila aku menantu perempuan nya, dia pesan pada aku begitu. Pesan lah juga kepada anak perempuanya kan?supaya faham keadaan suaminya juga.
Walaupun perkara-perkara di atas berlaku, aku tidak pernah menjauhkan suami aku daripada keluarganya.
Suami tahu keadaan ini semua,cuma dia mengambil keputusan mendiamkan diri dan hanya akan tegur sekiranya perkara itu terjadi depan matanya.
Yang mana aku pasti tidak akan berlaku. Kerana ibu mentuaku hanya bercakap atau buat semua ni apabila suami aku tiada berdekatan.
Sedih? Kecewa? Ya.. Sangat.. Tapi aku masih hormat walaupun aku berjauh hati. Aku mengambil cara dengan banyak mendiamkan diri dan cuba mengelak bersendirian dengan ibu mentuaku.
Semoga aku dapat melupakan semua ini pada masa hadapan. Doakan aku dan suami dimurahkan rezeki ya.
– Kelly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
jawapan dia, sbb tu anak dia. salah anak sendiri diorang takkan nampak. salah anak orang (menantu) kecik pun dari jauh dah nampak & nak tegur.