Penulisan ini aku kongsikan disini sebagai sebuah catatan perjalanan ku sebagai seorang isteri.
Sekiranya ada kebaikan / pengajaran yang dapat dikutip bolehlah diambil. Namun, sekiranya kisah ini tidak memberi manfaat abaikan ia seperti debu-debu yang berterbangan.
Begini, entah kenapa di penghujung 2024 ini aku teringat balik kisah suka duka ku bersama suami. Aku gambarkan suamiku seorang yang baik.
Semasa aku mengandung dia menatangku bagai minyak yang penuh.
Semasa anak pertama dia bekerja kilang. Jadi, lepas dia balik kerja dia akan layan aku. Lepas balik kerja malam, pagi tu dia akan teman kan aku untuk check-up perut.
Sampai akhirnya dia dibuang kerja apabila anak kami berusia 6 bulan, Sejak itu bermulalah fasa kehidupan yang susah bagi kami.
Kami berdua, walaupun lepasan U tapi masa tu kami kerja di fast-food. Sebelum akhrinya dia dapat offer kerja lain. Alhamdulillah. Ingat lagi masa tu sewa rumah RM300. Rumah jauh dari bandar, rumah tak ada apa.
Masa awal nikah, aku pernah keliru. Macam mana aku nak sayang suami ni. Sebab masa tu rasa susah juga nak sesuaikan diri. Tertanya-tanya patut ke aku sayang suami aku ni.
Walaupun, aku kenal dia dah lama tapi masih lagi aku bimbang untuk pertaruhkan hidup aku dengan dia. Jadi, aku macam fikir, aku tak nak rugi aku tak nak kecewa. Aku takut kecewa.
Masa tengah keliru tu, aku mesej umi.
Umi, nak sayang suami ni macam mana?
Sayang sikit-sikit ke sayang macam mana?
Soalan begini ditanya kerana keliru yang sangat mendalam masa tu.
Umi balas…
Sayang suami sungguh-sungguh..
Sejak dari tu, aku tak tanya dah. Aku sayang suami aku sungguh-sungguh kerana Allah.
Kerana baiknya suamiku dimata ku, pada waktu itu aku ada seorang kenalan yang baik, kawan perempuan yang aku sangat suka pada akhlak yang lemah lembut, menutup aurat, sopan, mengajar anak agama.
Terdetik lah dihatiku, aku nak suamiku nikah dengan kawan aku yang baik ni. Aku cuma nak suami aku bahagia dan dapat wanita yang baik dan solehah. Tak tahu lah, aku bodoh ke apa masa tu.
Sayang aku pada suami ikhlas nak dia bahagia dan dapat bersama orang yang baik.
Cuma, yang menghentikan niat aku pada masa tu ialah, aku tahu tahap kewangan suamikuu masa tu susah. Aku tak nak sehingga aniaya pula pihak sebelah sana.
Bila cerita balik benda ni dekat mak aku, terkejut dia.. emm kak sampai macam tu ko kak..
Dan kini, suami aku kerja ok la, duit ada sikit tapi aku sekarang bukan lagi macam dulu.
Kini, suami sibuk kerja, dan aku pula rasa aku kekurangan perhatian dia. Ya, aku memang manja. Walaupun anak dah 5. Masih lagi macam dulu.
Dulu suami kerja biasa duit cukup-cukup tapi kasih sayang, perhatian nya tiada penghujung. Bila, suami berduit masa nya pula kurang. Aku yang kena sesuaikan diri walaupun sakit pada awalnya.
Cuma kat sini, bukanlah nak cerita pasal bahagia. Orang selalu cakap, bahagia jangan ditunjuk. Jangan cakap suami baik, nanti suami ada orang lain baru tahu.
Begitu lah, kata-kata orang. Apa pun bersyukur banyak-banyak. Disebalik pelbagai ujian yang dilalui , kami laluinya dengan tangisan dan gelak tawa. Aku sayang dan ikhlas kerana Allah.
Aku pegang cakap umi, sayang suami sungguh-sungguh kerana Allah. Aku berlindung dari kejahatan yang ada pada dia.
Setiap kali ucapan aku pada dia ialah, terima kasih sayang sebab sudi terima saya, dan saya selalu minta maaf dengan suami. Sayang, saya minta maaf kelemahan saya, kekurangan saya, malas saya, comot saya.
Dulu, suami aku susah sangat nak minta maaf bila berlaku pertengkaran. Sehingga la, setiap kali gaduh aku yang akan minta maaf dulu.
Tak kisah siapa yang salah, walaupun aku gila-gila rasa yang aku betul. Tetap aku yang minta maaf sebab aku tak faham dia. Dan setiap kali aku buat begitu, aku akan nampak hikmahnya. Hikmah kenapa suami marah aku. huu..
Pada 10 tahun perkahwinan, suami aku dah pandai minta maaf. Dan, dah pandai pujuk. Walaupun pada awalnya dia boleh dikatakan dingin-noncholant. Cakap pun tak pandai hehe.
Lama nak tunggu dia jadi seorang yang sekarang. Bukan tak ada kekurangan dia tapi biarlah aku tutup itu.
Ingat lagi masa dekat U dulu, ada senior ajar doa dapat jodoh. Aku baca lah, setiap kali doa baca tu sungguh-sungguh apa yang aku nak. Senang je doa nya, Ya Allah kurniakan aku suami yang soleh dan bijak.
Aku tambah lagi, Solehan, Jamilan, Ghaniyyan, Hakiman. Nak suami soleh, hensem, kaya, dan bijak.
Awal2 tu dapat suami soleh dan hensem tapi dah lama nak masuk tahun ke 15 dapatlah suami kaya dan bijak. Iaitu orang yang sama juga.
Allah kasi tak cepat, tak lambat. ALLAH kasi saat nya tepat. Kuasa doa ni jangan di pandang remeh. Words have power. Lets pray and embrace the process after that.
-Aku.. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit