Apa khabar graduan muda dan tua?
Ok, jangan settle for LESS. Aku minta tolong korang yang berkelulusan tinggi tolonglah jangan jual diri dengan bekerja di syarikat yang perniagaannya samar – samar.
Contohnya, syarikat founder kosmetik (founder scam timbang kilo entah dari mana asal usul), sifu – sifu bisnes (yang ilmunya kau boleh dapat dari chatgpt), forex, geng pelaburan, sifu pelaburan, etc.
Sudahlah, carilah pekerjaan yang betul. Bekerja dengan mereka ni anda terdedah dengan salahlaku dari majikan.
Kalau bisnes model pun dah mengelirukan dan secara tak langsung memperdajal orang, apalah sangat nak aniaya staf.
Banyak confession datang dari staf syarikat seperti ini yang meluahkan mereka dianiaya.
Pengalaman sebagai hiring manager, aku kesian dengan calon – calon yang datang dari syarikat -syarikat begini, nampak atas resume, rata -rata tiada career advancement walau dah beberapa tahun kerja.
Ya, gaji lumayan, tapi syubhah. Dan tolong sangat – sangat demand gaji tinggi. Never settle for LESS. Diri tu nak pakai lama, bukan sebulan dua je.
Majikan yang jahat ialah bila dah bayar gaji sedikit, diperahnya staf sehingga kering.
Tolong sayang diri korang. Not worth it untuk bekerja dengan majikan begini.
Sayangi diri, sayangi masa depan.
– Jay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit