Assalamualaikum. Aku Durian. Sebelum ni aku pernah tulis confession fasal Abah, (https://iiumc.com/abah-14/).
Confession aku tu bercerita tentang perangai toksik jiran aku ni yang aku gelar Mami J. Nama dia bukan Joyah, Jennifer atau Jihyo. J merujuk kepada Mami Jarum.
Dah dekat 3 bulan rasanya aku memang tak bertegur sapa dengan Mami J tu. Puncanya, aku pasang pagar sebab nak elak lembu dan b4bi rosakkan tanaman.
Mami J suruh mak aku pasang pukat hitam yang orang buat teduh pokok tu sebagai pagar. Mak aku tak setuju sebab mak aku kata pukat tu nampak tak kemas. Tapi mak aku tak la cakap tak setuju depan Mami J. Depan Mami J mak aku iyakan ajelah…
Kemudian mak aku upah kontraktor pasang pagar chainlink sebab nak kukuh punya fasal. Pukat tu kalau disondol dek babi, sia-sia saja perabih modal. Betul la apa mak aku fikir tu.
Aku tak boleh brain apa hal Mami J ni nak marah sangat mak aku pasang pagar. Kami tak minta duit dia pun pasang pagar. Kami pasang atas tanah mak aku. Tak usik seinci pun tanah Mami J. Anjak sekaki lagi dari garis sempadan dia sebab nak elak pokok dia.
Dia tanam pokok kelapa, mangga, bunga kertas, mahkota duri tepi garis sempadan. Kalau aku ikut betul garis sempadan karang kontraktor tersadung ke, terpatahkan ke pokok dia masalah pulak.
Mak aku pun bukan tak bagitau nak pasang pagar. 2 bulan sebelum pasang mak aku dah bagitau dia. Tu dia bagi cadangan pasang pukat tu. Sekali pagar tu dah siap, dia tak puas hati. Katanya pagar ni nanti punca masalah. Nanti anak cucu berebut sempadan.
Aku pun jawablah, batu sempadan kan ada. Kami ikut batu tu. Akan datang kalau tak puas hati jugak, upah saja la jurukur tanah sukat balik.
Kan settle.
Dan disebabkan jawapan aku tu, Mami J kata aku belagak menunjuk banyak duit. Laa pulak. Dah tu takkan jurukur tanah tu datang ukur sempadan buat amal jariah kut. Mestilah kena bayar.
Pagar mak aku siap dah 3 bulan lepas. Dan 3 bulan jugak la sejak kes aku cakap pasal jurukur tanah tu aku tak bercakap dengan Mami J.
Malas. Ye tau. Berdosa tak bertegur sapa lebih 3 hari.
Tapi itulah… Sejujurnya aku dah give up nak berbaik dengan orang macam ni. Maka terpaksalah aku anggap dia macam halimunan tiap kali terserempak kat mana-mana.
Baru semalam Mami J buat hal lagi. Jiran aku yang sangat baik dan berhati lembut, aku panggil Makcik Z telefon aku nangis-nangis.
Aku risau sebab kut la dia tak sihat ke sebab bunyi dia menangis tu macam sesak nafas. Aku cakap aku nak datang rumah tengok dia. Tapi dia kata tak pe.
Sebab aku risau, aku mesej anak Makcik Z. Anak Makcik Z (Anna) kelam kabut balik tengok mak dia. Dan lepas tu Anna ceritakan segalanya pada aku.
Anna bagitau Mami J cerita pada mak dia. Katanya aku ni kurang ajar, biadap, tak kenang budi sebab aku tak tegur dia.
Worst thing, Mami J doakan aku kalau keluar bawa kereta biar kemalangan. Dia teringin nak tengok aku hidup sengsara katanya.
(Mohon doakan keselamatan aku ye. Anak aku kecil lagi. Bukan aku menafikan urusan ajal. Tapi ye lah. Aku harap Allah lindungi aku dan keluarga aku dari musibah.)
Bukan tu sahaja. Baru-baru ni aku dan adik beradik sponsor makanan untuk jemaah masjid. Tapi bukan semua jemaah tahu kami yang sponsor. Ada 2 orang AJK saja tahu sebab aku berurusan dengan diaorang bagitau aku nak hantar makanan tu.
Salah seorang AJK tu kawan abah. Kawan abah bagitau jemaah agak ramai sekarang sebab dah ada kelonggaran SOP. Jadi mereka sangat berbesar hati kalau family aku dapat sponsor lebih.
Lagi seorang AJK tu pulak, aku tempah katering dengan anak dia. Jadi dia tau makanan tu dari keluarga aku.
Setelah bincang dengan adik beradik dan pihak katering, kami sepakat sponsor makanan dengan jumlah yang lebih dari kehadiran jemaah.
Katering hantar makanan sebelum Maghrib. Nak dijadikan cerita, suami Mami J bawa balik 3 bungkus makanan tu lepas dia siap solat Maghrib. Lepas tu dia pergi masjid semula sebab ada bacaan yasin.
Lepas solat isyak, AJK masjid yang kawan abah ni cerita kat suami Mami J yang sponsor makanan tu orang sebelah rumah dia, iaitu keluarga akulah…
Balik dari solat isyak, suami Mami J bagitau Mami J makanan tu keluarga aku sponsor.
Mami J pun dengan bangga cerita pada Makcik Z yang semua makanan tu dia humban dalam tong sampah. Makanan dari orang jahat macam keluarga aku tak layak masuk perut keluarga dia.
Anak-anak Mami J pun pesan jangan makan apa yang jiran-jiran bagi sebab takut disihir. Tapi aku bukan nak menghina. Keluarga Mami J ni tak ada apa pun yang orang nak dengkikan sampai nak sihir segala tu.
Anna bagitau aku banyak lagi yang Mami J cerita pada mak dia. Lepas saja Mami J balik, mak Anna jadi macam serba salah dan hilang punca sebab rasa tak boleh nak hadam apa yang dia dah dengar. Benda yang teruk semuanya.
Tu Makcik Z terus dail nombor telefon aku dan dengar saja suara aku, dia terus menangis teresak-esak.
Anna kata, “Mak aku sedih gila lepas dengar semua benda dari mulut Mami J. Mak aku kata tak dapat bayang kalau aku sekeluarga lalu apa yang kau lalu. Bangga buang makanan. Tu mak aku jadi sebak. Mak aku tak suka bazir makanan.”
Lepas tu Anna cakap juga, “Mak aku kata Durian tu bukan anak aku. Tapi aku terasa hati orang doakan Durian tu biar kemalangan… Hati seorang mak wei. Aku faham apa mak aku rasa.”
And yeah… tu bukan pertama kali pun Mami J ‘doa’ yang tak baik pada aku. Jadi, benda ni aku dah pendam lama.
Bukan aku sesuka hati nak buat dia jadi musuh, tapi aku rasa cukuplah aku hadap orang gini. Bukan aku nak biadap pada orang tua, tak nak bertegur sapa dengan dia.
Tapi apa yang dia dah buat dan kata ni dah melebihi had kesabaran aku sebagai manusia yang tak maksum.
Macam aku cerita yang lepas, aku PJJ dengan suami aku. Kerjaya suami aku ni, kalau orang dengar orang tau gaji lima angka tu biasa atas faktor risiko kerja yang tinggi. Tau apa Mami J pernah cakap kat aku?
“Alahhh… bagus apa kerja ***** tu. Sekali jatuh, koma.”
Dia cakap tu depan muka aku tau sebab ada jiran aku kata seronok kerja suami aku boleh pergi banyak negara orang.
Untuk tenangkan hati aku supaya aku tak maki Mami J, aku balas, ” Alah… jatuh ni kat mana-mana pun boleh jatuh. Duduk rumah pun boleh jatuh.”
Aku tak de niat nak doa keburukan pada dia. Tapi itulah. Beberapa minit lepas tu anak Mami J berlari keluar rumah bagitau suami Mami J jatuh pokok.
Seminggu lepas tu, suami Mami J jatuh motor langgar babi. Dan beberapa lama lepas tu, suami dia jatuh hempap dia. Punya sakit macam nak patah rusuk dia kata.
Aku harap lepas kejadian tu, Mami J berubah dan berhenti doakan keburukan pada orang tapi tak ye.
Abang dan kakak ipar aku dah kahwin 8 tahun. Belum ada rezeki zuriat. Mami J pernah cakap pada kakak ipar aku (Ima),
“Kau Ima, kalau mati tak de orang bacakan yasin. Dah tak ada anak…” Boleh bayang tak kesian gila kakak ipar aku. Mami J tu cakap depan orang ramai kat rewang kenduri tau.
Kalian doakan abang dan kakak ipar aku semoga dimurahkan rezeki peroleh zuriat ya…
Kes lain. Lepas kematian abah aku, aku berhenti kerja jaga mak aku. Kerjaya aku dulu dalam bidang profesional yang drama tv suka ambik buat watak. Mami J kata, “Aku kalau anak-anak perempuan aku tak bagi berhenti kerja. Karang laki mati, terus tak de duit..”
Aku anggaplah dia cakap kat diri dia. Dia surirumah jugak.
Dan dia tambah, “Kesian laki kau. Nak sara kau lagi. Adik beradik dia lagi. Mak ayah dia lagi.” Lerrr… adik-adik ipar aku semua dah kahwin kut. Dan mak ayah mentua aku bukanlah orang susah.
Aku kahwin dengan orang dari negeri adat Pepatih. Sebelum aku kahwin, Mami J saiko mak aku. Dia kata nanti habis buku bank aku mak mentua aku pegang. Duit aku kena ambik.
Mak aku asalnya dah mula nak terpengaruh sebab kesiankan aku. Tapi mak aku tanya pendapat Makcik Shizuka sebab Makcik Shizuka ni keluarga dia besar dan ada latar belakang pelbagai bangsa dan negeri.
Lepas dengar pengalaman Makcik Shizuka, mak aku lega. (Mak aku cerita benda ni lepas aku kahwin).
Realitinya? Mak mentua aku baik gila wei. Aku sayang gila mak mentua aku. Mak mentua aku layan aku baik. Aku satu-satunya menantu perempuan jadi of course la aku special. Alhamdulillah…
Masa aku bertunang ada tragedi yang memalukan ye. Aku dan suami aku dah decide, kami tak akan bincang isu hantaran masa majlis.
Hantaran ni sensitif kan. Murah orang mengata, mahal orang mengata. Jadi elakkan saja la cerita masa bincang. In fact, sampai sekarang yang tahu berapa hantaran aku cuma aku dan suami aku. Keluarga aku dengan keluarga dia seorang pun tak tahu.
Keluarga aku dan dia sangat setuju plan kami supaya tak bangkitkan isu hantaran. Tapi masa majlis ada satu suara sumbang memecah kesunyian mendesak nak tahu berapa harga hantaran sampai masa tu wakil suami aku dah terpinga-pinga.
Banyak kali dia jawab biarlah antara bakal pengantin tapi orang tu desak jugak nak tau hantaran.
Mujur wakil pihak lelaki iaitu Paklong suami aku cool saja. Tapi dia macam pelik la. Sebab aku bagitau lain, kenapa masa majlis jadi lain.
Dan terima kasih Paklong bijak mengelak sampai akhirnya suara sumbang tu give up nak tanya.
Lepas majlis, aku jumpa family belah lelaki minta maaf. Aku bagitau diaorang yang pemilik suara sumbang tu bukan keluarga aku pun. Tapi jiran aku. Ye… suami Mami J. Buat malu saja.
Abah aku masih ada masa aku bertunang. Abah aku banyak setuju aje apa yang pihak laki cadangkan sebab nak mudahkan urusan orang. Suami Mami J pulak lebih…
Masa mak aku nak pergi umrah kali pertama, Mami J saiko mak aku. Katanya ramai yang pergi umrah ni, balik umrah jadi nyanyuk dan gila.
Aku pujuk mak aku. Aku cakap umrah ni jumpa Allah. Allah tu baik. Allah mesti atur yang baik-baik. Banyakkan solat taubat. Insya-Allah semua baik. Dan alhamdulillah urusan umrah mak aku sangat lancar dari proses sebelum pergi sampai sesudah balik.
Mak aku selalu cakap dia rindu nak pergi lagi tapi sekarang kekangan PKP kan. Doakan mak aku dijemput Allah ke Baitullah lagi ya. Dah banyak kali aku buatkan rayuan haji untuk mak aku. Cuma belum rezeki mak aku.
Masa kenduri kahwin aku. Drama jugak. Mami J kata berdosa aku buat kenduri tu. Kenduri meriah masa kubur abah masih merah.
Sebenarnya tak lah meriah. Cuma alhamdulillah tetamu ramai. Majoriti yang datang kawan arwah abah aku. Mereka datang, memenuhi jemputan dan yang mengedarkan kad tu abah aku. Sedih pulak teringat wajah ceria abah aku masukkan kad dalam sampul.
Masa kenduri aku bukan ada joget lambak pun. Aku cari DJ islamik dan tu memang plan asal aku. Masa majlis pun ada sesi bacaan al-Fatihah untuk arwah abah aku dan doa khas buat pengantin dan arwah abah aku.
Dan akulah pengantin yang menangis atas pelamin bukan sebab kahwin paksa. Tapi sebab sayu mengenangkan abah aku masa sesi bacaan al-Fatihah dan doa tu berlangsung. Aku rasa, abah pergi sebab abah tahu aku dah jumpa lelaki yang nak jaga aku dengan baik…
Ikut Mami J, dia suruh aku nikah saja. Tak payah majlis. Tersiksa arwah katanya. Siap keluar hadis entah mana-mana dia ambik.
Masalahnya, mustahil untuk aku batalkan katering dan dewan dalam masa beberapa hari sebelum majlis. Takkan nak suruh aku burn. Dan kalau aku cancel, mustahil aku dapat balik duit yang aku bayar. Bukan seringgit dua kut…
Masa majlis aku ada la booth-booth kecik macam-macam makanan. So nampak meriah la dan orang ada banyak choice makanan sampingan lain.
Actually tu semua abah aku yang nak dengan niat nak menjamu orang. Dan abah aku yang sponsor guna duit dia. Jadi aku memang proceed saja semua tu sebab fikir tu niat baik abah aku. Lagipun semua dah bayar. Tapi ye la. Mestilah benda tu semua dosa di mata Mami J.
Biasanya mak ayah pengantin yang sambut tetamu kan? Majlis aku kakak dan abang aku sambut tetamu. Mak aku dalam edah.
Haru betul sebab abang dengan kakak aku cakap kebanyakannya tak kenal. Entah siapa-siapa yang diaorang salam. Siap ada makcik menangis peluk kakak aku ucap takziah.
Ye la.. mana nak cam semua kawan mak abah aku. Kena pulak kawan yang dah berpuluh tahun tak jumpa tu. Nak buat sesi jejak kasih dan soal selidik latar belakang pun tak kena sebab tetamu ramai.
Tapi, hujung majlis masa dah tak ramai orang ada beberapa minit mak aku datang untuk sekadar bergambar keluarga dan mak aku tak berhias pakai make up satu apa pun. Mami J kata mak aku tak jaga edah.
Entahlah… mak aku tak de jumpa orang pun. Lepas bergambar kat dewan mak aku balik rumah. Dikatanya majlis aku bertambah dosa dan tak berkat sebab jadi punca mak aku langgar edah.
Dengan semua benda yang lidah dia lagi laju dari otak ni, dia expect aku nak berbaik dengan dia?
Kembali kepadak Anna iaitu tragedi semalam. Anna cerita kat aku. Mami J kata memang neraka tempat orang yang putuskan silaturahim.
Dia merujuk pada aku la tu yang masuk neraka tu. Aku kan tak tegur dia.
Aku mengaku aku ni keras hati tapi mak aku tak wei. Sebab tu mak aku mampu hadap jiran gini berpuluh tahun. Reaksi mak aku, cukuplah berbaik dengan Mami J. Mak aku berpatah arang dah. Mak aku anggap saja la ada hikmah semua ni jadi.
Mak aku kata, kalau dia berbaik dengan Mami J, nanti bertambah masalah. Mami J ni jenis yang suka bertandang rumah orang menyampai cerita cepat dari berita. Yes! Mami Jarum.
Dia mampu duduk berjam-jam dekat rumah orang cerita buruk dan aib orang. Mak aku malas nak dengar. Ye la… kan kira terpalit dosa sekali.
Mami J ni dia tak kira covid ke tak covid. Yang penting kena bertandang bercerita. Kadang mak aku nak solat dhuha pun terganggu. Dah dia datang takkan mak aku nak cakap nak solat. Karang dikata riak.
Dan gosip Mami J tak kira bulan puasa ke tak puasa ye. Jadi bila tak baik dengan Mami J, telinga mak aku lega.
Aku pun jadi lega sekali sebab kalau tak aku nak masak, mengemas rumah, urus anak semua susah sebab dia bertenggek ajak mak aku membawang. Kalau hari-hari hadap cerita negatif, mindset hidup kita pun boleh jadi negatif sekali. Stress kut.
So apa tujuan aku confess cerita fasal makcik ni?
Antara menghindari toksik dan memutuskan silaturahim dalam situasi aku ni, keduanya ibarat ditabiri langsir yang nipis.
Aku nak elak orang toksik macam ni. Orang macam ni tak bagi impak positif pun pada emosi. Tengok situasi Makcik Z sudahlah. Sampai aku pesan pada Anna suruh mak dia jangan sedih sebab aku dengan mak aku ok saja.. Dah tak fasal-fasal Makcik Z tu tolong sedih sekali.
Pada masa yang sama, ye. Aku sedar. Dosa memutuskan silaturahim. Neraka bak kata Mami J. Tapi kalau aku berbaik balik dengan Mami J, rasa macam tak ada faedah selain dapat tahu berita rumah tangga orang yang tak tahulah entah sahih ke tidak.
Korang rasa?
– Durian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit