Ini adalah confession untuk balas jawab kepada confession ‘Adik Ipar Tak Guna’ (https://iiumc.com/adik-ipar-
Assalamualaikum Cik Sarah. Saya Wiya.
Saya tergerak hati untuk memberi sedikit pandangan berkenaan dengan confession Cik, memandangkan situasi kakak ipar Cik seakan sama dengan saya sekarang.
Untuk makluman, saya sedang berpantang anak kedua saya jadi saya amatlah tertarik untuk menyuarakan pendapat saya dari pandangan kakak ipar Cik Sarah.
Sama seperti kakak ipar Cik Sarah, saya juga kerap membaca artikel dan cara moden, hal ini kerana kebanyakkan perkara ini telah dikaji oleh mereka yang belajar dalam bidang berkenaan.
Biar saya terangkan mengikut pendapat saya;
1. Baby tidak boleh keluar selepas jam 7pm, hal ini kerana newborn perlukan tidur yang mencukupi.
Sekiranya diajar waktu tidur yang betul kepada bayi, inshaAllah akan memudahkan proses waktu tidurnya yang betul.
2. Keluar rumah pukul 6pm balik rumah pukul 1am tak apa, hal ini ada kemungkinan kakak ipar Cik Sarah hanya mempunyai masa ini untuk bercakap secara privasi dengan suami.
Memandangkan semua diberada di rumah, kemungkinan mereka memilih untuk bercakap didalam kereta.
Saya juga pernah meminta suami untuk berpusing2 di sekitar bandar untuk menghilangkan perasaan marah, sedih, letih, kecewa.
Selalunya selepas mengambil angin luar, inshaAllah akan kurang amarahnya. (ini berdasarkan pengalaman saya sendiri).
3. Yang lain-lain kebanyakkan mengenai penjagaan bayi. Cik Sarah, kakak ipar awak masih mencuba untuk belajar kaedah menjaga bayi, biarlah dia mencuba perkara yang sesuai dengan bayinya. Setiap bayi tidak sama.
4. Berada didalam bilik ketika berpantang adalah sangat tidak wajar dipertikaikan. Ibu-ibu yang baru bersalin akan mengalami pelbagai perubahan dalam hidupnya.
Dari perubahan bentuk badannya, dari segi penyusuan anak, nipple crack, bengkak ausu, susu kurang, anak perlu menyusu dua jam sekali dan sebagainya, dan dia juga perlukan rehat yang lebih.
Mandi dua kali atau lebih juga bagi saya tidak perlu dijadikan pertikaian kerana Cik Sarah Ijazah Kedoktoran, jadi lebih arif mengenai darah nifas, kebersihan diri dan sebagainya.
5. Memanggil abang dihadapan saudara ketika bayi menangis.
Tidakkan Cik Sarah melihat perkara ini dari sudut positif, kakak ipar Cik ingin menunjukkan bahawa suaminya seorang yang bertanggungjawab dan turut bersama-sama menjaga anak.
Jika perkara sekecil ini pun dijadikan isu, tidak hairanlah kakak ipar Cik Sarah sentiasa bersedih.
Kakak ipar Cik Sarah berkelakuan seperti itu kadangkala adalah hasil dari sikap orang dalam rumah sendiri kepada beliau.
Saya tidak berada serumah dengan keluarga Cik Sarah, tetapi saya juga akan menjadi demikian sekiranya di tempat beliau.
Saya doakan urusan kakak ipar Cik Sarah tinggal di rumah sendiri dipermudahkan. Nasihat saya, hati hati dalam berkata-kata, takut ada hati yang terluka.
Dia dari broken family (berulangkali Cik Sarah bercakap mengenai ini, mungkin disebabkan itu Cik Sarah sekeluarga memandang serong kepadanya).
Pasti tiada seorang pun pernah bercakap kepadanya agar dia menceritakan masalahnya. Jadi dia hanya memendam. Adalah tidak baik untuk dia, sekiranya hal itu berlaku.
Percayalah, kita tetap akan terlihat jahat dalam cerita seseorang.
Sebaikkan jangan mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Tutup mata, pekakkan telinga dan bisukanlah mulut sekiranya melibatkan rumahtangga orang.
Jangan kerana kata-kata yang keluar dari mulut kita akan menjadi punca runtuhnya rumahtangga seseorang.
Abang Cik Sarah perlulah keluar dari rumah tersebut dan sediakan tempat yang asing untuk isterinya.
Lain keadaan dirumah sendiri. Bermesra tidak diumpat, bermalas tidak dikisah, tidur tidak diganggu, makan tidak diusik. Demi keselesaan keluarganya sekiranya itu yang dia mahu.
Sekian, saya yang pernah melalui situasi ini,
– Wiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit