Jawapan Balas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada Bukan Islam yang membaca post ini.

BACA – https://iiumc.com/bila-lelaki-bersuara/

Saya tertarik dengan post daripada saudara Afiff Ariff. Malah, pendebatan hebat antara penyokong dan penyanggah di halaman post kamu. Ya, saya sangat tertarik dengan ‘suara’ kamu.

Sebelum dilanjutkan, saya mohon maaf andai post ini mengganggu jiwa baik kamu. Sepertimana kamu ingin menyampaikan, seperti itu juga saya ingin menyampaikan.

Saya tujuh beradik dan saya yang sulung. Seorang perempuan. Mempunyai penyakit eczema. Serba kekurangan. Tetapi berusaha untuk memperbaikkan diri dari masa ke semasa.

Perkara pertama. Bangun lewat. Saya terkesan dengan kata-kata anak gadis sering bangun lewat. Saya pun selalu bangun lewat terutama kalau dapat assignment last minute dan kena stay-up sampai 2-3 pagi. Kawan-kawan saya juga begitu. Adik-beradik perempuan saya pun macam tu. Tapi, solat subuh kami tak tinggal tau. Kami gagahkan jua sebelum tidur sampai jam 11 pagi.

Perkara kedua. Lipat baju. Istilah ‘perfection’ yang diketengahkan pun sebenarnya berbeza untuk setiap manusia. Seperti saya. Daripada lipat, saya prefer iron baju dan gantung terus supaya bila diperlukan, saya sarung je. Ada yang tak suka habiskan masa iron baju, maka mereka pun lipat baju. Tapi, cara lipat baju tu kan terpulang kepada kreativiti setiap insan. Seni.

Perkara ketiga. Isu aurat. Mendefinasikan kaum hawa tak cintakan, tak sayangkan Allah. Kamu silap mem’bahan’ kaum. Sebenarnya, kaum manusia yang lalai dengan cinta Allah. Terutama di akhir zaman. Bukan kaum Hawa, bukan kaum Adam. Tetapi manusia. Saya tak pandai titipkan al-Quran dan Sunnah dalam bait tulisan saya. Jadi, kalau rajin, boleh singgah Langit Ilahi sekali-sekala.

Perkara keempat. Bila di dapur, tak semua orang tahu tahap geli tu level berapa. Tak semua orang faham soalan siapa CHEF di dapur. Ngeri sekali bila Bonda tutup pintu, kata keretapi kita lambat dan dia ialah Jet. Tak semua orang tahu perang Bonda. Tapi sekali-sekala dia akan beri pisau – potong satu jam sebelumnya – dah siap, inform. Malah, kalau sibuk dengan assignment, Bonda akan titipkan pesan, Lunch dah beres. Dinner, masak sendiri okay? Hehe. Perkara biasa dalam keluarga saya. Maggi? Jarang-jarang sekali makan. Melainkan kalau teringin. Andai malas, bergilir dengan adik-beradik lelaki. Mujur dapat keluarga yang memahami. Semua rajin turun sekaki. Kalau tak sedap, pakat simpan je dalam hati.

Pertama-tama yang hinggap di hati ialah bengang. Selepas baca komen, depressed. Selepas beberapa ketika, saya tenang kembali dan memikirkan “Ah~~abaikan saja. Siapa tak makan cili, tak terasa pedasnya.” Tapi, tetap perasaan gundah tu tak pergi. Asyik terbayang seolah-olah saya ni perempuan loser. Seolah-olah wanita, baik Muslim ataupun Non-Muslim, yang kadang-kala tewas dengan nafsu, tergolong dalam kumpulan Tak Normal.

Then, saya terfikir balik. Zaman Millennia ni, semua orang ada cabaran masing-masing. Dunia dah maju walau semakin tua. Ilmu dah berkembang. Beza zaman 90-an dengan sekarang, yang mana ramai yang berseluar pendek atas lutut dan tudung semata-mata tutup kepala saja, kita sekarang semakin tahu kewajipan setiap manusia macam mana. Hanya perlu diperhebatkan lagi je.

Saya harap, bukan Kaum Hawa yang dikecil-kecilkan. Bukan segelintir, bukan sekumpulan, malah bukan sezarah pun. Setiap hari dibahan, badutlah kami.

Sekian,

Gadis Merah Jambu.

– Gadis Merah Jambu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit