Jawapan Balas Buat Sang Isteri “Alim” Tapi Jahil

Assalamualaikum semua. Mata aku mengantuk tetapi hati tidak tertahan untuk menulis setelah membaca confession, (https://iiumc.com/hidup-setelah-berkahwin/).

Lagi tidak tertahan hati apabila membaca komen-komen kaum hawa yang melampiaskan hawa nafsu amarah sambil mencampakan akal mereka di belakang.

Aku kaum adam akan cuba sedaya menjawab dengan adil dan rasional. Aku akan memberikan hujah, jadi jika nak komen biarlah dibalas hujah dari akal yang sihat jua.

1) Menjawab poin confessor pertama iaitu si suaminya tidak membenarkan upload gambar dalam media sos**l.

– Confessor tak membantah dan bersetuju dengan suaminya 100%. Aku bagi kredit atas ketaatan kau pada suami untuk benda yang baik dan makruf, tahniah.

– Aku nak menambah hujah (in case ada yang komen aku ekstrimis). Kecantikan wanita bukan untuk tontonan umum. Ianya eksklusif.

Menutup aurat dan tidak mendedahkan tubuh badan sering diingatkan kepada kaum hawa bukan kerana agama ini bersifat patriaki tetapi untuk menutup kemudaratan yang besar. Zaman kini bila saudari upload gambar, orang lain mudah untuk download atau screenshot.

Ada yang jadikan gambar-gambar itu untuk tujuan modal nafsu serakah mereka. Aku sendiri ada kawan waktu universiti dulu yang suka download gambar kawan-kawan perempuan sekelas (aku tegur dan marah member tu).

Jadi pada pandangan aku tindakan suami confessor itu adalah untuk menjaga maruah isteri sendiri. Itulah tugas suami!

2) Menjawab poin suami tak nak beli rumah dan duduk menyewa sebab tak nak terlibat dengan riba.

– Confessor kata dia reda dan setuju 100% (aku rasa dia tak reda pun sebab mention “seronok tengok deco rumah cantik-cantik di Facebook.)

– Bab ni aku sendiri ada pandangan yang berbeza dengan si suami confessor. Bagi aku memang ada pinjaman Islamik yang ditawarkan oleh bank. Walau bagaimanapun menghindarinya lebih baik.

Aku cenderung untuk memilih menghindari selagi mana mampu. Jika keperluan yang sangat mendesak barulah aku gunakan pinjaman Islamik ini.

– Walau bagaimanapun kita tak boleh nak kata tindakan suami confessor ni ekstrimis atau kolot juga tidak patut kerana memang ada ilmuan dan ulama yang membantah istilah “pinjaman Islamik” ini.

Bagi mereka pinjaman ini merupakan “back door riba” kerana masih lagi berlaku penindasan bank kepada pelanggan.

– Paling tinggi aku boleh katakan si suami mungkin tak beri pemahaman yang betul kepada si confessor sebelum nak implement benda ni. Pasai tu confessor “terkejut beruk”.

– Ini serba sedikit dalil tentang riba (buat tukang komen yang kata si suami tu ekstrimis)

Allah mengisytiharkan PERANG terhadap mereka yang berseronok dengan urus niaga yang mempunyai unsur riba, tatkala Allah berfirman,

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah menjauhi riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).

Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah modal asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Al-Baqarah (279)

Nabi Muhammad SAW juga menyatakan dengan tegas tentang amaran Allah mengenai mereka yang terlibat dalam kancah riba. Abdullah Ibn Masʿud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

لعَن اللهُ آكلَ الرِّبا ومُوكِلَهُ وشاهدَهُ وكاتبَهُ

Maksudnya: Allah MELAKNAT pemakan riba, wakilnya, saksinya, dan penulisnya.

Riwayat Ahmad (5/274)

3) Confessor kata dia dan suami sama-sama langsaikan loan kereta dia. Si suami siap tutup akaun Tabung Haji untuk langsaikan loan tu.

– Kau tengok, si suami begitu komited nak langsaikan hutang kau sampai habis duit Tabung Haji dia, itu pun kau banyak keluh-kesah ka? Bersyukurlah, paling tidak pandanglah kebaikan dia sehingga tertutup kelemahannya.

4) Confessor kata dia sejak melahirkan anak tidak dibenarkan drive seorang diri. Nak keluar pun perlu berteman dengan suami. Tambah confessor lagi, dia rindukan freedom.

– Kebebasan apa kau cari wahai confessor. Si suami tu mungkin nak menjaga kau. Prihatin terhadap kau.

– Entah berapa banyak kes r0g0l, ragut, samun, cabul yang berlaku terhadap kaum hawa akibat berjalan sendirian. Paling tidak jika dengan suami bolehlah dia awasi dan protect kau.

– “Eleh sekarang perempuan dah boleh berdikarilah! Janganlah kolot sangat!”…. haaa time tak kena bolehlah bongkak macam tu, bila dah kena kau play victim “lelaki semua gila s3ks/lelaki semua sama”.

– Aku pernah kerja dengan Tabung Haji. Banyak kali aku dengar dan jumpa kes pukau. Kebanyakan mangsa wanita dan orang tua.

– Kalau nak salahkan suami pun..aku paling tinggi akan cakap si suami terlalu drastik implement hal semacam ini. Walau pun tak salah tetapi paling tidak si suami perlu memberi pemahaman kepada confessor dan didikan secukupnya.

5) Confessor kata si suami nak dia jadi suri rumah supaya dapat jaga anak dan menguruskan rumah tangga. Tambah confessor lagi dia bakal menghabiskan phd dan orang tua dan orang sekelilingnya mengharapkan dia dapat keje beso bila dah grad nanti.

– Saudari, aku rasa benda simple semacam ini sebenarnya semua dah faham bahawa bila kau dah berkahwin maka keutamaan kau selepas Allah dan Rasul ialah tertumpu pada suami. Khidmat kau ialah khidmat kepada suami. Benda ni asas.

– Kalau kau nak letak matlamat orang lain atau pandangan orang lain dalam rumah tangga bermakna engkau telah membelakangkan suami kau sebagai ketua, pemimpin keluarga. Phd kau tak mampu menjamin syurga.

– “Abis kalau tak kerja, macam mana kalau suami tinggalkan dan abaikan aku”. Aku jawab, awal-awal perkahwinan lagi kau dah bersangka buruk terhadap suami dan fikir bukan-bukan.

Kau terlalu memikir sehingga kau lupa untuk berdoa agar suami kau dapat jadi orang bertaqwa, dan menjadi suami yang bertanggungjawab.

– Aku nak petik satu hadis yang mungkin boleh jadi ped0man kau, sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan TAAT kepada suaminya, niscaya ia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”

6) Confessor kata si suami percaya bahawa si confessor orang terbaik untuk menjaga dan mendidik anak. Namun confessor kata ia cabaran terbesar dan agak terganggu untuk kerja “writting”.

– Aku jawab, tengok untung laki kau percaya dengan sifat keibuan kau. Satu bentuk penghargaan sebenarnya.

– Dah nama pun cabaran. Kau try la adapt. Utamakan yang utama. Kalau kau rasa kerja “writting” kau lebih utama daripada suami dan rumah tangga, please la jangan kahwin sejak awal lagi. Kau sebenarnya tak ready pun.

7) Poin tentang jemaah usrah. Confessor mengadu mengenai suaminya tak izin dia ikuti jemaah usrah yang lama.

– Aku jawab. Aku dulu pun geng jemaah dan usrah jugak. Tapi apa guna kau join jemaah usrah kalau kau tak boleh taat suami. Kau sebenarnya faham agama ke tak?

Kesimpulan.

– Aku sebenarnya rasa tak puas hati dengan jawapan balas aku sendiri sebab aku tulis ringkas sangat dan agak sambil lewa. Yelah aku terlalu mengantuk, dah 3 pagi kot. Ada banyak lagi poin dan hujah aku sebenarnya.

Aku juga tahu tulisan aku ini memang akan dihentam oleh kaum hawa. Aku okey je kalau depa nak kritik dengan hujah ilmiah, tapi sebahagian besarnya akan hentam dengan emosi. Aku tabahkan hati jela untuk terima, huhu.

Sekali lagi aku nak ingatkan, tulisan aku ni bukan nak berat sebelah untuk bela si suami sebab aku lelaki… Tapi aku agak kecewa bila baca komen yang nak hentam si suami tetapi tanpa sedar terhentam suruhan Allah dan Rasul.

Sekian.

– Sang Pendosa Yang Faqir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *