Jawapan Balas PhD Menganggur di Malaysia

Ni jawapan balas aku terhadap isu PhD holder menganggur. Biar aku share pandangan dan kisah aku dapat PhD…

Aku ni habis SPM terus kerja. Di saat kawan2 yang lain sibuk beratur beli no Pin UPU kat BSN, aku terfikir nak cari duit saja dulu. Sebab parents aku bukan orang senang.

Aku rasa dengan bekerja cari duit untuk diri aku sendiri dulu, dapat bantu meringankan beban keluarga aku.

Habis sahaja SPM, Aku kerja tolak troli kat pasar borong Selayang selama 1 tahun, aku jd bouncer club 2 tahun, lepas tu aku pergi amik kursus Safety kat NIOSH. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja dekat satu construction site di Cyberjaya.

Aku dapat daripada customer yang selalu datang club aku jaga dulu. Aku tahu dia tauke company construction, sebab tu aku call dia tanya.

Dia baik dengan aku pun sebab aku selamatkan dia dari kena tikam dekat jalan P Ramlee dulu. Katanya pasal dia berjaya dapatkn tender projek kat Putrajaya. Competitor dia tu bengang la. Wallahualam…

Aku kerja dekat company tauke tu lebih kurang 3 tahun. Seronok bukan main aku masa tu umur muda lagi dah pegang gaji RM5k.

Pada suatu hari tu aku tengok FB, Aku seronok dan cemburu dalam masa yang sama bila tengok kawan2 aku update tengah buat assignment, study nk exam, buat presentation, etc.

Tapi aku positif kan diri aku, aku cakap dengan diri aku “takpe lah, at least ko dah kerja, dah ada duit kat tangan sendiri”.

Tiba2 timbul persoalan pada diri aku. Mber2 aku ni kalau keluar mesti dapat kerja lagi bagus daripada aku.

Itu baru member2 aku, IPTA & IPTS kat Msia ni beratus. Kalau satu IPTA saja graduate, dah beribu. Inikan pulak beratus IPT. Mau belas2 ribu nak berebut ganti tempat aku ni. Maksudnya persaingan jadi banyak.

Aku tiba2 jadi insecure… Orang lagi percaya cakap orang yang ada kelayakan akademik tinggi daripada orang yang ada SPM. Memang itu fitrahanyaa.

Kalau ada pengalaman 40 tahun pun, tapi takat SRP memang orang tak pandang. Sebab pengalaman tak dapat diukur. But, you can measure the academic knowledge.

Aku mengelabah masa tu. Aku pun mulakan carian aku di Google tentang peluang2 untuk upgrade diri aku. Ada banyak program2 diploma dan degree untuk golongan bekerja rupanya. Aku baru tahu masa tu.

Lepas tu aku dalam dilema nak pilih program Executive atau program non-Executive. Bagi yang tak tahu, dua2 program ni diiktiraf MQA.

Cuma Executive program tak diiktiraf SPA. Jadi nak masuk government guna diploma or degree Executive tak boleh la. Hanya terpakai untuk sektor swasta sahaja.

Yang bestanyaa pengajian lebih singkat berbanding program non-Executive. Cuma lebih mahal. Selepas puas aku fikir, aku ambil keputusan nak amik program non-Executive.

Reason aku adalah, aku taknak academic qualifications aku dipertikai oleh mana2 pihak macam “ala, degree Executive boleh la. Mana sama dengan kita yang amik full course ni”.

So beberapa IPT menjadi pilihan aku tetapi lepas fikir masa dan kos, aku memilih untuk buat degree secara PJJ di USM dalam bidang Pengurusan selama 4 tahun.

Alhamdulillah, keputusan aku tepat sebab USM bagi aku sangat bagus untuk golongan bekerja macam aku ni. Lecturer sangat supportive, lepas tu persekitaran belajar pun kondusif, cantik dan bersih.

Untuk pengetahuan, semua pelajar PJJ wajib hadir minggu intensif selama 3 minggu di USM. Biasanya pada hujung bulan 1 hingga bulan 2.

Minggu ni memang pelajar2 PJJ akan rasa kehidupan seorang full time student sebab kena duduk asrama, study untuk exam, buat assignment, makan dekat food court, group discussion, etc.

Masa zaman aku tu, student paling tua umur 50. Yang paling muda bawah aku umur 23 tahun. Aku enjoy dengan pengajian aku di USM.

Tamat pengajian 4 tahun aku di USM, Alhamdulillah… Gempak jugak la gred aku. Beyond expectation.

Habis belajar aku happy tapi boring sebab 4 tahun aku study, tiba2 ada banyak masa pulak terluang. Perasaannya seolah2 ada ruang kosong lagi yang aku tak penuhi. Aku nak rasa “feeling” tu lagi. Sebab aku rasa sunyi.

Jadi aku amik keputusan untuk sambung Master aku di OUM selama 2 tahun. Reason aku amik di OUM sebab dekat dengan rumah aku. Aku pun dah kahwin dan ada anak. Jadi aku taknak berjauhan dengan family.

Alhamdulillah, OUM pun mmg bagus yang amat bagi aku. Sangat2 fleksibel dan mudah bagi aku yang bekerja construction ni. Lecturer2 pun semua ada pengalaman industri, jadi memudahkan komunikasi antara kami.

Aku sukses dengan cemerlang kat OUM. Alhamdulillah…. Mungkin sebab mode belajar aku tu masih ON dibandingkan dengan student2 yang lain yang aku nampak “sedikit” bergelut untuk catch up sesuatu topik.

Masa aku amik scroll atas pentas, aku tertanya diri aku. “Is this the end?”

Aku raikan master aku tak se excited masa aku dapat degree dulu. Sampai wife aku tegur, “Are u ok?”. Aku just cakap ok je…

Balik tu aku termenung, apa lagi yang aku nk sebenarnya…

Wife aku datang, dia tanya aku apa yang aku fikir dan rasa. Aku pun cakap la yang aku rasa kosong. Tak puas, macam ada something yang aku belum buat.

Aku rasa macam nak buat PhD, tapi aku tak cakap dengan wife aku. Sebab terdekat dia tak setuju. Sebab PhD memang another level dia punya pressure. Tiba2 wife aku cakap, I rasa mungkin sebab hati u nak buat PhD ni.

Tapi u deny, sebab tu u rasa tak puas, rasa kosong. U buatlah PhD u tu. Tergamam aku.. Aku tanya wife aku, betul ke ni?

Aku cerita lah apa risiko dan cabaran yang akan dilalui nanti. Dia kata tak apa, dia faham dan dia sokong 100% apa yang aku buat. Jadi, aku amik keputusan sambung buat PhD di OUM jugak.

Alhamdulillah… Aku GBT.

Sebelum umur 35 aku dah berjaya dapatkan PhD dan aku puas. Kini masa untuk aku bahagia kan family aku pulak. Sebab dulu aku loser masa kat sekolah dulu. Cikgu pun tak harap apa kat aku. Belajar tak power mana. Sedang2 je.

Yang penting aku berjaya banggakan parents aku. Mereka kini boleh bercerita dengan sedara mara dan jiran2 “bangsawan” yang anak mereka PhD holder.

Betul orang kata, hanya akademik yang mampu ubah kelas kita. Aku dapat tengok benda ni berlaku bila parents aku yang dipandang sepi oleh sedara mara dan jiran2, kini jadi perhatian.

Ada apa2 program kemasyarakatan saja msti depa panggil parents aku untuk join. Dulu lalu lalang kat bawah rumah flat takda pun orang nak sapa parents aku. Sekarang semua kenal ibu ayah aku.

Depa puji parents aku berjaya besarkan dan didik anak dengan bagus. Anak2 kami yang dulu top students di sekolah, dipuji, disayangi guru2 masih lagi menganggur, kerja kerani, jual penapis air, etc.

Alhamdulillah, parents aku pny jawapan balas buat aku sedar betapa bertuahanyaa aku dikurniakan parents seperti mereka.

Diorang jawab balik, “Kita kena terus percaya pada anak2. Apa pun yang berlaku, jangan pernah rasa kecewa dengan anak2. Terus sokong apa yang mereka minat dan buat. Jangan letak harapan terlalu tinggi pada mereka. nanti mereka tertekan.

Tugas kita hanya menegur jika benda2 yang mereka buat salah atau betul, dosa atau tidak. Itu sahaja kerja kita sebagai ibu bapa. Tak malu pun kerja kerani walau ada degree sekali pun”.

Pesanan ni aku pegang untuk besarkan anak2 aku skrg ni.

Kepada PhD holder di luar sana yang masih menganggur, aku minta walau apa jadi sekalipun aku harap korang kerja lah. Kerja la apa pun McD ke, KFC, 7E, cashier Jusco atau apa pun. Just kerja sahaja… Jangan menganggur.

Kalau korang ada idea business apa pun, itu semua perlukan modal dan korang perlu kerja untuk dapatkn modal. Jangan malu sebab kerja biasa2.

Perasaan malu tu ada sebab kita rasa bangga dengan PhD kita tu. Please, jangan… Ini nasihat dari seorang fellow PhD holder kepada PhD holder yang lain. Just kerja apa pun.

Nak kurangkan ego kita sebagai PhD holder dan lebih mudah di dekati, apply kerja dekat mana2 guna degree or SPM sahaja. Nanti sambil2 kerja tu, cari juga peluang lain yang kena dengan qualification PhD kita. Yang penting kerja dahulu.

Kepada anak2 muda di luar sana, bukan aku nak hasut. Tapi kalau kau tak nak sambung belajar lepas habis SPM pun tak apa.

Apa yang penting tanam dalam diri yang “one day aku akan ada degree, by hook or crook”. Mahu atau tidak mahu, korang kena ada at least degree untuk bersaing dalam pasaran kerja.

Jangan percaya cakap motivator2 yang kata belajar tinggi2 ni tak perlu sebab Mark Zuckerberg dengan Elon Musk pun tak habis belajar. Kau lempang guna belakang tangan saja orang macam tu.

MZ dengan EM tetap habiskan pelajaran diorang lepas dah berjaya bukak company mereka. Dua2 ada degree. Semua top CEO di dunia ada at least degree.

Jadi, tanam dalam diri korang yang ijazah adalah keperluan sekarang. Benda ni kena tanam dalam diri sejak kecil lagi. Korang tak nak sambung belajar pun tak apa lepas SPM. Take time dulu untuk cari duit sendiri.

Alhamdulillah, di saat kawan2 aku sibuk cari duit bayar PTPTN dan MARA, aku bayar pengajian aku guna duit sendiri dan KWSP. Itu untungnya kaedah aku ni.

Aku harap perkongsian aku ini bermanfaat dan boleh jadi inspirasi kepada semua PhD holder, mereka yang sedang mncari jalan untuk tingkatkan kelayakan akademik, ibu bapa dan anak2 muda tengah plan nak buat apa lepas SPM.

Ingat pesanan aku ini : “Kerjaya di dahulukan, akademik diutamakan”. Dua2 sama penting tapi kerja di dahulukan.

– Ahmad Saiful (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> htetaps://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *