Assalamualaikum. Terima kasih kerana memilih confession saya ni untuk disiarkan.
Saya berharap dengan confession ni akan lebih membuka minda kaum-kaum wanita diluar sana terutama yang berkerjaya. Kenapa saya fokus pada yang berkerjaya? Saya akan nyatakan di bawah.
Sebenarnya saya nak buat pos balas kepada post mengenai “susah menerima kekurangan pasangan” (https://iiumc.com/susah-menerima-kekurangan-pasangan/).
Mungkin tak menjawab soalan atau mungkin berbeza dengan situasi sebenar Puan Mai. Tapi ini serba sedikit yang dapat saya kongsikan.
Untuk pengetahuan semua, saya juga menghadapi perkara yang sama (boleh kata 99% sama macam suami saya). Jadi saya nak berkongsi punca dan cara atasi perkara tersebut. Moga bermanfaat.
Saya akan kongsikan kisah saya dan balas satu persatu seperti yang disenaraikan.
1. Lembab. Ya suami saya juga saya boleh kata lembab. Bila cakap kadang susah nak tangkap. Tak tahu la dia berangan ke apa.
Satu perkara kena ulang berkali-kali. Naik muak nak ulang. Macam tak faham bahasa pula. Disini saya nak nyatakan. Tak semua orang ada tahap kefahaman yang sama.
Kita hanya akan sedar bila perkara tu berlaku pada kita. Contoh, saya memang cepat “pick up” kalau bab-bab hands on. Sekali tengok terus boleh buat. Sebab tu saya kategorikan suami saya lembab.
Tapi kalau bab elektronik dan komputer, saya memang kalah dengan dia. Ada dia kata saya lembab? Tidak sama sekali.
Mungkin dia lembab bab tertentu tapi percayalah bahawa ada perkara yang dia lebih daripada kita tapi tak pernah nyatakan dan beritahu bahawa kita lembab. Ulanglah berkali-kali tanpa jemu. Manusia mudah lupa. Perbaiki kekurangan, raikan kelebihan.
2. Tak pandai buat benda simple. Ni lagi la sakit hati. Minta tolong sidai baju, buat macam tak ikhlas. Macam dihempuk-hempuk je baju tu. Basuh pinggan?
Berminyak pinggan macam tak basuh. Lepas masak tak payah cakap. Mesti dapur macam tongkang pecah. Perkara tu simple untuk perempuan tapi bukan lelaki. Ni saya nak beritahu yang simple bagi lelaki tapi suami tak pandai buat.
Tukar lampu, tukar paip, betulkan pintu almari, tukar suiz dan lain-lain kerja simple lelaki pun tak pandai buat. Sakit hati tak? Macam kita pula lelaki.
Disini saya nak nyatakan. Allah ciptakan pasangan tu saling melengkapi. Kita selalu nak pasangan yang melengkapi kita, orang lain pun begitu. Macam tu juga suami.
Dia memang tak pandai bab macam tu tapi disitulah kehadiran kita melengkapi dia. Ajarkan sikit-sikit. Insyallah lama-lama goyang kaki je kita. Dia bukan tak mahu buat, cuma tak tahu.
3. Makan lahap. Ni tak payah cakap. Sakit hati dengar makan bising. Tapi perlu sedar semua orang datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza. Bagi mereka tu normal.
Bagi kita tidak. Tapi untuk sesuatu hubungan tu bahagia, perlu ada tolak ansur. Apa yang saya buat, saya beritahu kelemahan dia. Saya minta dia beritahu kelemahan saya.
Jom baiki sama-sama. Tengok siapa yang boleh atasi kelemahan tu dulu. Tapi tipu la kalau boleh sabar. Dah janji nak ubah tapi masih buat.
Jangan lupa, perangai tu dah berakar umbi lama sejak sebelum kenal dia. Nak ubah bukan setahun dua. Perlukan kesabaran. Yang penting tolak ansur.
4. Bersangka buruk dengan orang lain. Bagi saya ni perlu juga bagi seorang lelaki untuk melindungi keluarga. Cuma bila berlebihan perlu dikawal. Memang kami akan kerap bertengkar kerana selalu tidak sependapat.
Tapi apa yang kami amalkan, musyawarah. Berbincang kenapa dia fikir begitu dan kenapa saya fikir begini. Dan perlu ada yang berlapang dada dengan perbincangan.
Ye la kita perempuan mesti nak menang je. Tapi kadang kita juga tersilap. Contoh, pernah sekali di airport ada orang nak tumpang barang sebab barang dia penuh.
Suami dengan suara keras menentang kata tak boleh tolong dan terus berlalu pergi. Saya bertekak dengan dia. Kenapa perlu begitu? Kesian dia. Tolong la.
(Perempuan kan naif. Semua orang nak ditolongnya. Bukan fikir panjang pun). Tapi jawab suami. Macam mana kalau dia letak dadah dalam tu?
Siapa yang kena tanggung. Ye ada betul juga. Disitu saya silap. Tapi saya juga perbetulkan dia. Lain kali boleh tolak dengan cara yang sopan. Tak perlu marah-marah. Saya terima teguran dia, dia terima teguran saya. Sama-sama ambil iktibar.
5. Marah dingin. Suami saya juga begitu. Saya boleh kata orang marah dingin ni jarang marah. Tapi bila marah mcm tu la. Dingin tarik muka. Tanya ok ke tak, dia jawab ok tapi mencuka.
Kita patut bersyukur sebab suami bukan jenis pemarah sampai naik tangan atau keluar kata-kata kesat.
Tips untuk sejukkan dia, just peluk je dia sampai dia sejuk. Bagi ciuman manja sikit. Usap-usap dada sikit. Dah jadi suami isteri kan? Dah halal kan? Gunakan kelebihan tu. Insyallah lelaki cepat sejuk.
6. Tak pandai layan perempuan. Awal-awal kawin pun macam tu. Tak tahu nak rasa bersyukur ke tak. Haha. Pujuk tak pandai. Kita merajuk dia buat tak tahu. Kita nak itu ini bagi signal dia tak tahu.
Ketahuilah, suami kita itu lelaki. saya cadangkan baca buku “women from mars, men from venus” daripada ustaz hasrizal mudah difahami.
Masalah ni selalu dihadapi di awal perkahwinan.
Memang rasa nak cekik-cekik je dia. Haha. Tapi ok lah dia tak pandai layan perempuan. Pandai layan nanti lain cerita pula. Perempuan manalah yang dilayannya.
Apa yang boleh dilakukan adalah berterus terang. “Takkan setiap kali, setiap perkara, setiap benda nak beritahu”. YES YOU SHOULD. Bagi skema jawapan untuk dia.
Next time kalau saya macam ni, awak buat macam ni ya. Anggap dia tak tahu apa-apa. Lama kelamaan dia akan biasa dan kita akan terkesan dengan hasilnya.
Contoh, kalau saya merajuk saya tak nak pandang dia. Jawab pun tak nak. Bila dia tengok situasi tu, saya nak dia pujuk. Simple.
Kalau dia refuse, beritahu sebab. Nak rasa dimanjakan dll. Bincang dan mintalah apa nak. InsyaAllah akan dapat sebab suami puan sangat sayangkan puan (saya akan jawab di bawah).
Kalau dia kata, tak suka kita buat macam tu. Nampak macam tak hormat suami sebab tarik muka.
Ok fine. Kalau macam tu macam mana boleh dizahirkan merajuk tu. Ha bincanglah. Suami isteri kan. Saya beritahu kalau marah memang tak boleh pandang muka.
Kata dia “Ok fine. Tapi at least jawab kalau dia tanya. Jawab dingin pun tak apa. Rasa masih dihormati sebagai suami. Nanti saya pujuk”. Kan win-win situation tu.
7. Kurang common sense. Tak payah bagi contoh sebab berjela-jela nak senaraikan. Cuma nk bagitahu, Tegurlah dengan berhemah dan jangan jatuhkan ego suami.
Cuba pujuk nada manja. “Abang parking tempat OKU, malam ni tidur luar”. Alah suami isteri kan. Banyak cara nak cairkan suami. Gunakan senjata tu untuk didik dia.
8. Tak pandai jaga penampilan diri. Sama juga macam suami saya. Memang selekeh. Tapi apa guna isteri kalau tak groom suami.
Saya boleh kata berapa kali je dia beli baju untuk diri dia. Banyak lengkapkan keperluan saya dahulu. Dan selalunya saya yang akan belikan baju untuk dia.
Dan perkemaskan dia supaya lebih hensem. No harm right. Sedekah paling baik adalah untuk keluarga sendiri. Sejuk hati tengok dia pakai baju kita belikan. Tak gitu? Hehe
9. Libido rendah. Ni tak boleh komen banyak. Suami saya pun begitu. Jangan tunggu dan berharap, tapi minta. Buat la macam mana pun. Goda ke. Lelaki kompem cair.
Nak dia faham kita je memang dia tak faham la. Nak-nak kalau pendam je. Cakap. CAKAP. Nak malu apa. Suami sendiri. Another tips, fahami jadual “kehendak” dia. And you could also play your role.
10. Rasa tak disayangi. Semua perempuan begitu. Suami buatlah macam mana pun. Tak kena dengan cara kita je, kata tak disayangi. Saya ada tanya suami. Kenapa lepas kawin dah kurang romantik. Tak ada ayat-ayat manis masa ngorat dulu. Adakah sebab dah dapat then thats it.
Dia kata bukan sebab tak sayang. Tapi lepas kawin lelaki banyak fikir tanggungjawap sampai terlupa benda simple. Birthday or anniversary memang dia tak pernah ingat.
Saya beritahu ok saya terima. Tapi saya masih nak juga supaya saya rasa dihargai. Then saya beritahu apa saya nak.
Kadang-kadang nak surprise kata-kata manis. Kalau birthday etc saya akan remind tapi saya nak something. Bertolak ansurlah. Kesian kaum lelaki banyak kena fikir. Kita bantu juga dia. Mengada-ngada nak dimanjakan? Boleh. Ingatkanlah dia.
11. Tiada pekerjaan tetap. Ini berkaitan rezeki. Boleh jadi selalu tak puas hati dengan suami juga. Jadi lapangkan dada terima kekurangan suami. Insyallah rezeki bertambah. Percayalah.
12. Tidak memahami. Sama je macam point di atas. Satu yang harus diingat dan disemai dalam kepala kita, dia tu lelaki. Memang susah nak faham perempuan terutama bila tak cakap. Bagi muka atau pendam je. Memang tak smpai point tu. Jadi, cakap. CAKAP.
Perempuan ni memang semua orang kita anggap tak faham kita. Kadang kita sendiri tak faham diri sendiri. Amalkan berbincang dalam famili. InsyaAllah banyak kesannya.
Kelebihan suami yang dikongsikan oleh Puan Mai:
1. Sanggup buat apa sahaja.
2. Setia.
3. Kuat ingatan.
4. Rajin tolong kerja rumah.
Untuk point no 1, 2 dan 4, boleh disimpulkan bahawa suami puan sangat menyayangi puan seperti saya nyatakan di atas. Sanggup buat apa sahaja untuk puan. Dari situ ada kelebihan untuk puan. Disebabkan dia sayang, boleh gunakan point tu untuk perbaiki dia dan famili.
Bak kata orang, dah sayang sanggup buat apa sahaja. Tapi dengan syarat, cakap elok-elok dan jangan runtuhkan ego suami.
Kami amalkan sejak awal perkahwinan, BINCANG. Setiap benda. Even remeh. BINCANG dan CAKAP. Juga bertolak ansur. Angkat suami di kedudukan lebih tinggi.
Saya juga masih berjuang dengan diri sendiri yang selalu tak puas hati dengan suami. Tapi bila bincang, alhamdulillah semua boleh setel.
Dengan kelebihan suami puan, puan akan rasa beza jika ada anak kelak (saya doakan murah rezeki puan). Sebab suami akan sangat banyak bantu. Rasa ringan kerja-kerja.
Walaupun geram sebab benda simple pun tak boleh buat, at least dia tolong. Daripada goyang kaki tapi kita handle anak alone kan. Biar dia rasa susah juga supaya dia juga menghargai. Saya cakap atas dasar pengalaman. Boleh kata lepas ada anak, banyak suami tolong uruskan.
Bahagi tugas. Saya akan buat perkara yang betul-betul dia tak boleh. Contoh bangun malam bagi susu dll.
Seperti diatas, kenapa saya katakan lebih fokus pada wanita berkerjaya? Sebab wanita berkerjaya egonya lebih tinggi.
Kenapa saya selalu tak puas hati dengan suami dan rasa suami lembab, tak ada common sense dll.
Sebab ego saya sebagai wanita berkerjaya, gaji lebih tinggi daripada dia, pangkat lebih tinggi, lebih tua daripada dia dan education juga lebih tinggi.
Disebabkan rasa ego, kita rasa suami lebih rendah daripada kita. Kita tak nak tegur suami. Anggap suami faham kita tapi dia buat-buat tak faham.
Cuma satu pesan suami saya, kalau Allah nak tarik semua tu, sekejap je. Biarlah kita gah diluar tapi dirumah, suami tetap perlu dimuliakan. Jadi bersyukurlah. Maka Allah akan tambah lagi nikmat.
Bila baca kisah orang lebih bawah daripada kita, kita akan bersyukur dengan kedudukan kita. Jangan dibaca cerita orang lebih tinggi daripada kita, kelak akan naikkan rasa cemburu dan mulalah compare dengan orang lain.
Mungkin orang kat luar berebut nak kan suami macam suami kita. Tapi banyak hikmah Allah selitkan kenapa dia terpilih untuk kita dan vice versa.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sebagai penutup, boleh saya simpulkan:
1. Bincang. CAKAP. CAKAPPPPP.
2. Tolak ansur.
3. Baiki kelemahan, raikan kelebihan.
4. Live and learn. Hargai setiap detik bersama suami kerana dia kiriman dari Allah yang terbaik untuk kita.
Wallahualam. Sekian dari saya yang banyak kekurangan…
– Arabella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit