Jawapan Buat Angah

Ya, saya Along.. Anak pertama. Tapi bukanlah Along kepada angah yang buat confession 2nd child syndrome haritu.. (https://iiumc.com/dua-beradik-yang-berseteru/).

Tapi jadi terpanggil untuk respon sebab triggered dengan luahan hati angah.. sebab angah saya juga pernah berkata-kata lebih kurang begitu kepada saya. Begitulah juga saya sebagai Along disini. Menjauhkan diri dari family.

I learned everything in a hard way sebab tiada contoh yang boleh Along tengok masa kecil.. Especially masa remaja.. Background family memang dari keluarga yang baik-baik.. Orang sekeliling juga baik2..

Buat angah… bila masa Along tersalah langkah atas pilihan sendiri, segala kebaikan yang telah diberi diungkit.. Segala apa yang Along cuba lakukan sekadar di pandang sebelah mata..

Bila Along dalam masalah, masalah rumahtangga especially. I tried to reach out my family tapi diungkit juga kahwin dulu ayah banyak keluarkan duit untuk kenduri..

Pada masa tu Along hilang arah dan memang sudah hampir bercerai. Sedangkan perkahwinan Along itu rupanya berpunca daripada perasaan tidak puas hati abang long terhadap layanan keluarga terhadap arwah bapanya dan juga dirinya.

Betapa on denialnye ibu ayah dengan menantu bila orang bertanya apa pekerjaan suami, ibu jawab pekerjaan yang bagus sedangkan suami Along hanya bekerja biasa-biasa pada masa itu..

Maka tahulah Along ibu ayah tak boleh terima pekerjaan abang long yang biasa2.. alhamdulillah marriage life is getting better.. my husband upgrade himself in so many ways.

Bilamana Along ada masalah kewangan dan meminta pertolongan, habis segala perbelanjaan, pengurusan kewangan ditanya.. Ya Allah terasa hinanya rasa..

Ya Along tahu angah, acik, alang semua kerja hebat-hebat. Berkahwin juga dengan orang yang hebat-hebat.. Semua dah beli rumah sendiri.. Simpanan beribu..

Tak usahlah ditanya pengurusan kewangan Along yang bergaji kerani di bandar besar ni.. Bila meminta bantuan tak perlu persoal “kenapa tak ada simpanan?” “Meh angah kirakan perbelanjaan Along macamna” Ya Allah hinanya rasa.

Ya, Along tahu angah bijak. Bijak mengumpul simpanan. Bijak mengurus kewangan.. Sesungguhnya tidaklah terasa susah dihati Along bila tiada simpanan yang banyak macam angah.. Along bahagia dengan cara Along, dengan kehidupan Along.

Tidak terasa miskin bahkan terasa cukup.. Banyaklah lagi kalau nak dicerita.. Ibarat setiap kebaikan yang diberi kepasa Along mesti dibalas semula..

Demi Allah sesungguhnya jika mampu, segala harta akan diberikan untuk ibu ayah dan keluarga.. Ya, sesungguhnya Along sangatlah faham setiap apa yang diungkitkan.. tidak pernah sekali pun lupa setiap kebaikan yang diberi..

Angah dan adik2 sangat beruntung kerana mampu membalas jasa ibu ayah.. Dapat beri ibu ayah duit yang banyak.. Belikan barang mahal2 untuk ibu ayah..

Along juga gembira bila lihat angah dan adik-adik dilayan penuh kasih sayang.. Tiada terguris dihati untuk semua itu..how i wish i can do the same for mak ayah..

Bila angah tanya kenapa Along tak minta tolong bila tak cukup duit, menjauhkan diri.. just so u know angah, supaya Along tak lukakan lagi hati ibu ayah sebab tak dapat jadi dan beri seperti apa yang mereka mahu..

Ibu pernah mngadukan pada angah yang Along tak bagi duit pada ibu masa ibu jaga Along dalam pantang seminggu lebih.. Along bagi ye angah..

Cuma tak banyak macam yang angah bagi. Sebab pada masa tu duit yang dah dikumpul setiap bulan tu perlu digunakan untuk masukkan adik abang long yang nak masuk university..

Mungkin silapnya abang long bagi duit yang sedikit itu pada ayah. Jadi ibu fikir tiada untuk ibu.. Im so sorry ibu. Along tahu ibu mengadu macam- macam hal pasal Along pada angah. Maafkan Along ibu..

Ya Allah… loser gila rase.. Sebab tu Along balik cepat-cepat taknak susahkan ibu sebab Along tahu tak boleh bagi ibu duit lebih pada masa tu.

Duit yang ada cukup untuk kelangsungan hidup kami anak beranak. Walaupun Along teringin sangat nak pantang lama lagi dengan ibu sebab Along rindu belaian ibu jaga Along.

Along tahu Along jarang dapat balik sebab Along duduk jauh dan kos untuk balik tu tinggi. Dan Along bukan tak mahu minta pertolongan adik-adik. Sebab Along tak mahu ibu ayah fikir yang Along mampu dan banyak duit..

If anything happened in future, takkan Along perlu meminta lagi.. Takkan Along nak kena explain pada adik-adik pula kenapa duit tak cukup kenapa tiada simpanan, kemana duit Along pergi..

Cukuplah ibu ayah tahu itu saja yang Along mampu.. Yang sebenarnya apa yang Along harapkan, semua orang bersangka baik pada Along dan abang long..

Abang long memang tak pandai berkata-kata berbudi bahasa macam keluarga kita sebab dia dibesarkan begitu.. he got no communication with his father.. Perasaan rendah diri tu buat dia jadi lagi diam dari nak cakap apa-apa.

Along rasa Along dah maklumkan perkara ni dari dulu.. Jangan minta orang berubah untuk menjadi seperti diri angah dan suami angah kerana setiap orang itu berbeza.. Terimalah kami seadanya..

Jika ada yang Along dapat beri pada ketika itu, sebab itu yang ada. Jika tiada.. Memang tiada.. Tidaklah Along tak dapat bagi sebab Along tak hargai pengorbanan ibu menjaga Along..Tidakkk..

Along jauhkan diri untuk my own mental health juga.. I’m a depression survivor sebab dulu pernah bertahun terasa takkan masuk syurga sebab anak derhaka tak dapat ikut apa yang ibu ayah mahukandaripada Along..

The words yang Along dapat daripasa kaunselor yang buat Along hidup lebih tenang adalah “ibu bapa juga manusia yang tidak sempurna.. tidak ikut atau menjadi seperti apa yang mereka mahukan tidak bermaksud kita derhaka..

Yang derhaka itu anak-anak yang layan ibu bapanya dengan buruk.. jadi layanlah mereka dengan baik. Kalau tak dapat menjadi seperti apa yang mereka mahu, senyum sahaja” .

In fact Along dah lama bersedia untuk diberi tanggapan yang macam-macam.. Along tak expect untuk family faham dan Along juga tak mahu explain untuk bagi family faham.. coz im tired doing it over and over again.

In the end ibu ayah pun akan bersangka sangka pada Along dan abang long untuk benda yang sekecil alam.. tak habiskan air yang disediakan dalam cawan sebab tak suka ibu?

Ya Allah.. Air tu memang nak diminum sedikit sedikit sampai tengahari. Belum sampai tengahari ibu dah angkat buang.. in fact pukul 9 dah angkat..

Along tak pernah tahu ibu terasa pasal tu. Along tahu dari angah bila ibu mengadu pada angah.. Bayangkan dah berapa tahun benda tu dah terjadi? Fahami lah yang Along ini berbeza..

Survival mode kita berbeza.. Its bout time for me to live my life as what it is dengan apa yang Along ada.. Sebab kalau Along asyik nak kena fikir apa yang Along perlu buat untuk tak lukakan hati semua orang dan apa Along kena jadi it’ll effect me and my marriage life..

Demi Allah Along sayang yang teramat sangat ibu ayah dan adik-adik.. sentiasa berada dalam doa Along.. Dan Along juga tahu mak ayah dan adik2 juga sayangkan Along.. Wallahi tidak sedikit pun Along terasa dendam jika dikata apa-apa.

Along terima sebab Along faham sangat-sangat semua pun berpunca daripada Along.. Tidak ada sikit pun Along salahkan family bilamana family tak boleh faham.. Cuma bila ibu mngadu pasal Along, Along minta jasa baik adik-adik cubalah neutralkan ibu..

If angah bagitahu Along, Along cuma boleh minta ampun sahaja tapi tanggapan ibu yang buruk-buruk pasal Along itu akan sentiasa ada dan akan berulang.. buat angah yang tersayang.. terimalah Along dan abang long yang tidak sempurna ini seadanya..

Terimalah Along yang memang tak mahu bercerita lagi keluh kesah kehidupan Along.. terimalah Along yang kehidupan tak macam angah.. terimalah Along yang memang mahu menjauh.. maaf Along tak boleh jadi macam angah dan suami angah sebab our self esteem is different.

Nak cakap banyak-banyak bila berkumpul pun takut didengari macam orang yang tak bijak pula, hahaha.. Ya, terimalah Along yang tak bijak ini.. ketahuilah Along yang tak bijak ini sanggup berkorban apa sahaja demi mak ayah dan adik-adik..

Im good right now dan tenang bila begini.. salam sayang dari Along yang jauh tapi dekat. Along terlalu sayangkan semua – Along

Nota kaki: Along tak izinkan orang lain bercakap buruk pasal keluarga Along. Mereka orang yang baik cuma berbeza pendapat dan cara hidup.. ambil pengajaran sahaja untuk kisah Along ini. They had done a lot for me.. They dont deserve bad words..

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *