Jawapan Doa Istikharah Hawa

Assalamualaikum semua pembaca semua.

Setelah sekian lama aku menjadi salah seorang pembaca tegar, terdetik hati nak share satu cerita yang menjadi pengajaran hidup aku.

Aku terdetik nak share lepas baca cerita kak Hanan dan suaminya Hariz (https://iiumc.com/ku-pinang-kau-dengan-bismillah-ii/).

First time aku share di sini. Terima kasih admin sudi siarkan!

Sedikit coretan aku dalam mencari jodoh online.

Perkenalan yang singkat tapi terpanjang dalam sejarah hidup aku yang tak pernah rapat dengan mana mana lelaki.

Aku pernah cuba apps berbayar tilljannah dan baituljannah, tapi takde jalan lagi bagiku. Pernah berkenalan tapi tiada yang serius.

Aku seorang yang tak begitu rapat dengan lelaki, jadi aku buat keputusan untuk cuba cari jodoh online.

Aku Hawa (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun taaruf dengan Adam, 29 tahun (bukan nama sebenar) di laman fb dating.

Sedikit sebanyak tentang kami. Aku graduate medical background manakala dia graduate background agama. Aku seorang penjawat awam KKM dan Adam seorang guru sambilan Quran.

Pada permulaan taaruf, kami sudah jelaskan perkenalan masing-masing iaitu niat untuk nikah.

Kami berdua tidaklah terlalu rancak bermesej dek kesibukan masing-masing dalam kerjaya.

Di akhir minggu pertama perkenalan, Adam menyatakan kami tidak serasi kerana dua dua introvert. Jadi mesej kami terhenti di situ sahaja.

Aku pun fikir, takpelah dah takde jodoh kan. Aku masih berkenan dengan Adam kerana dia ada semua kriteria jodoh yang aku cari.

Setelah mendapat pandangan Mak, Mak aku suruh approach balik dia. Sebab susah nak cari lelaki macam dia.

So aku pun dengan muka tak malu tanya dia balik untuk taaruf baik2 dan ajak berjumpa ftf untuk tahu serasi ke tak.

Nampak macam terhegeh hegeh tapi aku percaya, kalau ini untuk kebaikan dan niat yang baik untuk redha Allah, aku akan usaha yang baik baik.

Adam jejaka pertama yang aku serius untuk taaruf dan ajak berjumpa. Tidak ku sangka, Adam setuju rupanya! Jadi kami dah plan masa dan tempat untuk first meet.

Kami dah sebulat suara supaya masing2 jujur kalau tak nak teruskan taaruf. Aku suka cara dia yang direct dan jujur sepanjang aku kenal dia. Dia seorang yang humble dan rajin.

Target first meet aku adalah untuk cari keserasian dan sekufu. Itulah mesej terakhir kami. Dua dua introvert tak mulakan conversation.

Aku percaya, dry text bukan kayu ukur taaruf tapi perjumpaan yang sebenar. Jadi aku kentalkan hati untuk kenal jejaka misteri ini. Dia tak banyak bermesej tapi pandangan dia ringkas dan padat.

Seminggu sebelum hari perjanjian kami, hari hari aku doa istikharah. Di sini lah aku dapat rasa doa istikharah sangat powerful.

Bersama doa ini, aku rasa tenang walau apa pun jadi sebab aku percaya takdir Allah yang akan beri terbaik untuk kita, bukan yang kita nak.

“Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa Adam baik untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku, Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut.

Jika Engkau tahu bahawa Adam buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku,

Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya”

Aku jugak ada doa ciri-ciri jodoh yang aku cari.

“Ya Allah, Kau kurniakanlah padaku suami yang baik agama dan akhlaknya, terima aku seadanya, sekufu denganku, pembimbing keluarga, bertanggungjawab, setia dan sayang padaku sampai hujung nyawa, boleh jadi ayah yang baik untuk anak-anak kami”

Jeng jeng jeng..

Bermula lah fasa Adam tiba tiba menghilang. Aku rasa ni jawapan yang Allah tunjuk padaku. Beberapa hari sebelum our first meet, tiba tiba akaun fb dating si Adam hilang.

Aku sedih juga lah, bukan senang aku jumpa dan berkenan kat orang online ni. Aku membuat andaian sendiri dan yakin dia tidak berminat untuk teruskan taaruf.

Tapi aku tetap pergi ke tempat perjanjian kami untuk first meet bersama adikku di sebuah cafe yang dia cadang.

Aku menunggu selama lebih kurang sejam lebih sambil aku makan la dgn adikku. Memang dia tak datang. Aku agak kecewa kerana dia tak tepati janji.

Pada pandanganku, takkan dia tak tahu hukum menepati janji, dia kan seorang ustaz dan ada background agama yang baik.

Aku lebih senang kalau dia cakap direct dia taknak teruskan daripada terus menghilang. Banyak pertanyaan yang aku ingin utarakan namun semua sudah jadi sejarah yang sudah terkubur.

Kenapa tak tepati janji? Kenapa tak jujur kalau tak nak teruskan taaruf? Kenapa perlu lari?

Aku pulang selepas dikecewakan. Aku teringat Adam pernah minta aku doakan dia dapat kerja tetap. Semasa perkenalan kami, aku tahu dia seorang yang rajin bekerja.

Seorang ustaz Quran di sebuah sekolah Tahfiz pada weekdays dan mengajar di rumah anak yatim pada weekend.

Sebabkan aku rasa geram dengan dia, aku selalu berdoa dia tak dpt kerja tetap yang dia nak dan jumpa jodoh yang selalu scam dia haha aku sangat tak matured ya macam budak2.

Then, one day aku realise, kenapa aku nak doa buruk buruk dekat orang.

Aku terfikir, apa kata aku tukar doa aku doa yang baik baik untuk dia. Sebab aku percaya Allah akan ganti balik dengan balasan yang lebih indah untuk aku satu masa nanti.

Jadi bila aku teringat dekat dia, aku doa supaya dia dapat kerja tetap dan dapat isteri yang dia cari.

Sebenarnya, walaupun aku dan Adam tak dapat contact each other dekat fb dating sebab akaun dia dah tak aktif, aku dah lama jumpa fb sebenar Adam sejak awal perkenalan.

Tips nak cari fb someone dkt fb dating, dkt fb dating ada view kita punya mutual friends. Then, cari initial nama dia dkt friend list mutual friends kita.

Boom, jumpa lah! Sebab fb dating kan memang link dengan fb sebenar kita. Well, perempuan ni bila jadi detektif kalau stalk orang memang macam macam dia boleh tahu.

Melalui fb dia aku tahu alamat rumah dia, nombor telefon, keluarga dia, tempat dia belajar dan banyak lagi hahhahaha.

Adam seorang yang aktif bisnes di laman fb. Almost everyday dia update bisnes dia di fb. Macam takde apa yang berlaku dalam hidup dia. Ingat aku tak boleh jumpa ke dia dalam dunia online ni.

Tapi aku buat keputusan untuk tak bertanya di fb dia disebabkan kami tidak pernah bertukar fb/nombor.

Sejak aku kena tipu aku dah block fb dia. Walaupun hakikatnya kami tak pernah add friends pun. Saja nak bagi puas hati.

Satu hari, aku terfikir untuk unblock dia. Rupanya hari aku unblock dia, aku dapat tengok status fb dia pada hari yang sama, dia baru berjaya dapat kerja tetap yang dia idamkan.

Dia berjaya mendapat jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti awam.

Aku terfikir, Allah makbulkan salah satu doa aku. Masa ni aku terfikir, doa lah yang baik baik walaupun orang tu menyakiti kita. Kuasa Allah tu sangat besar.

Dan aku tak rasa sakit hati pun tapi aku bahagia untuk dia.

Pengajaran yang ringkas dan padat – amalkan doa istikharah, Allah bagi yang terbaik untuk kita dan dapat ketenangan hati. Jangan paksa Allah untuk mohon apa yang kita nak.

Jangan lupa doa yang baik baik untuk orang walaupun kita tersakiti. Dan aku percaya, usaha seorang wanita mencari jodoh takkan sia2. Cepat atau lambat Allah bagi pada masa yang terbaik.

Jika tidak berjodoh di dunia, Insya Allah jodoh di akhirat kelak. Buat masa sekarang, aku memilih untuk nikmati hari hari bahagiaku bersama keluarga tersayang.

Kepada Adam, teruskan berbakti menjadi seorang Pendidik yang bermanfaat untuk masyarakat.

Terima kasih kerana sudi taaruf dan bertukar pendapat. Hati saya dah tenang tanpa awak cuma fikiran saya masih tertanya kenapa awak tak tepati janji awak? Saya percaya awak seorang lelaki yang baik.

Saya dah maafkan awak. Saya harap awak tepati janji awak dengan bakal isteri yang awak idamkan. Jaga lah hati dia.

Jujurlah padaku bila kau tak lagi suka,

Tinggalkan aku,

Bila tak mungkin bersama,

Jauhi diriku lupakanlah aku,

Selamanya…

Eh ternyanyi pulak.

Sekian coretan ringkas, seorang Hawa yang pernah mencari jodoh yang jujur dan serius.

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *