Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Saya Nala, seorang ibu tunggal berumur 30-an. Saya nak bercerita tentang jawapan istikharah saya yang sweet, jawapan dari Allah Ya Rahman Ya Rahim untuk saya hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan pertolongan-Nya.
Ini tentang kisah cinta saya yang gagal dengan seseorang yang saya kenali di dalam portal jodoh online dan juga beberapa pengajaran yang saya dapat dari kisah cinta ini.
Kisah cinta yang gagal ye. Ingat, jawapan istikharah yang manis itu tidak semestinya bermaksud kita ada jodoh dengan lelaki itu. Tapi, jawapan istikharah tidak berjodoh itu juga adalah sebuah jawapan yang manis sebenarnya.
Itu tanda Allah SWT pandang kita, pandang usaha kita, dan pandang doa kita. Allah Maha Baik, kan?
Saya sudah berpisah dengan bekas suami selama 5 tahun. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya lah juga untuk mencari pengganti. Entah bagaimana, saya tergerak hati untuk mendaftar di dalam sebuah portal jodoh online.
Dipendekkan cerita, saya akhirnya berkawan dengan A, seorang duda anak ramai umur 40-an. Hanya dia seorang sahaja yang saya teruskan berkawan di luar portal.
Masa saya mula-mula dapat PM dari A ini, saya ada terbaca kisah dalam IIUM Confession tajuknya “Saya Silap Buat Keputusan”, kisah tentang seorang balu muda yang berkahwin dengan duda anak ramai.
Saya jadi takut juga. Teragak-agak saya nak balas message duda ini, tapi akhirnya selepas 15 hari dia PM saya,
Saya memberanikan diri untuk berkawan dengan tujuan untuk berkahwin. Kenal pun dalam portal jodoh online Islamik, kan? Jadi, saya cuba juga lah untuk memberi peluang. Profile dia not bad, profile yang saya boleh terima.
Niat untuk berkawan tapi jadi macam bercinta pula. Ini memang silap saya. Kami tertarik dengan diri masing-masing seolah-olah macam magnet. Magnet trauma penceraian sebenarnya.
Cepat sangat saya ada attachment dengan dia. Ada juga lah saya ni dapat silent treatment (ST) selepas beberapa minggu kenal, saya muhasabah mungkin kerana saya jadi clingy/needy sampai dia lari.
Asbab kena ST tu, saya mula belajar tentang kuliah jodoh, video youtube dating & relationship, dan juga saya kenal tips relationship Kamalia Kamal (Kak Kay).
Dan selepas kena ST, saya banyak melazimi solat istikharah dan doa istikharah setiap kali solat fardhu. Alasan dia ST saya katanya sebab dia ada konflik dengan bekas isteri dia. Tapi, apa kena-mengena dengan saya?
Saya cuba kawal pace saya berkawan dengan A ni, dan kami berbaik semula dan terasa makin reciprocating perasaan kami. Dia pun minta maaf 6-7 kali dengan saya.
Banyak juga lah kata-kata dan janji manis dari dia. Tapi, semakin lama saya rasa makin hambar sebab A ni seolah-olah mengelak bila diajukan persoalan tentang perkahwinan. Saya mula terasa disisihkan, memandangkan saya pun nampak dia masih masuk lagi dalam portal jodoh online.
Saya dengan A belum pernah jumpa. Tapi, itulah bila diajak jumpa selepas PKP (datang ke rumah ibu-bapa saya), dia mengelak dengan memberi bermacam-macam alasan. Kak Kay cakap logik saja ada perasaan suka atau cinta dengan lelaki yang kita kenali secara online.
Sebabnya ialah saya tak jaga hati saya, saya tak faham konsep pilih dan cari bakal imam, tak ramai yang cuba berkawan dengan saya,
Saya tak berkawan dengan orang lain, saya dah mula rasa someone care tentang saya, dah sampai masa untuk saya berkahwin, iblis dah mula tiup bisikan jahat dalam hati saya, dan saya tak boleh rasional kerana saya tiada ilmu.
Sehinggalah baru-baru ini saya di-ST kan kali ke-2, dalam keadaan saya tahu saya tiada salah pun dengan dia.
Dalam chat, saya memang maintain cool saja bila berkomunikasi. Tapi, bila cakap pasal perkahwinan je, dia memang mengelak. Jadi, kami berkawan ni untuk apa? Setakat untuk mengisi kesunyian tanpa ada komitmen?
Setakat morning wish, emoji, pick-up line? Lama-kelamaan saya jadi kurang sabar bila kena ST ke-2 ni, tapi saya masih maintain cool bila message dengan dia.
Saya melipat-gandakan solat istikharah dan doa istikharah sepanjang tempoh dia ST saya kali ke-2 ini.
Saya juga mula menganalisis segala texting saya dengan dia, voice recording saya dengan dia yang saya rakam dalam perbualan kami baru-baru ini. Saya bincang dengan kawan-kawan saya dan juga bincang dalam group telegram Kak Kay.
Banyak buka minda saya lah. Saya juga analisis segala petanda yang Allah bagi, sebagai contoh confession “Saya Silap Buat Keputusan” itu. Dan saya analisis sikap dia yang mula hambar dan suka ST tanpa sebab yang jelas. Antara pendapat kawan-kawan saya ialah:
Kak F: A ini ada baggage, tak serius, saya pernah kawan dengan orang macam dia ini. Sia-sia, membazir masa. He just wants you to fill his void. So i am a living example if you don’t love yourself enough to walk away; and let people trample all over you.
Ser: Dia ni emotionally unavailable kak, sebab dia mengelak bila cakap pasal marriage. Believe in perfect timing, Allah akan jaga akak.
Azr: Adakah dia adalah lelaki yang terbaik untuk akak seeding?
Mira: Dia moody? Cari kawan lain saja lah kak…
Izz: (yang ni dia call saya). Maaf ye, saya bagitahu terus-terang. Dia ni ada ramai calon lain, dan dia cuma main-main saja dengan awak. Ada benda yang dia tak lepas dari ex wife dia. Ini hubungan toksik. Saya pernah rasa.
Sol: saya sependapat dengan kawan-kawan akak tentang A ni (a very conclusion, LOL)
Di awal perkenalan saya dengan A, A ni pernah bagi saya beberapa screenshot conversation dia dengan seorang kakak yang saya namakan sebagai Kak I, juga kenal di dalam portal jodoh online yang sama.
Dia pernah approach Kak I ni beberapa minggu sebelum saya. Dia cakap dia bg saya ss tu nak tunjukkan ujian datang dari pelbagai arah. Kak I dah mula rancang tentang wedding. Dia cakap dia rimas bila dinyatakan soal hantaran.
Dia cakap Kak I ini terlalu mendesak. Saya baca saja lah apa yang dia tulis dalam whatsapp tanpa ada rasa prejudis. Saya yang innocent ini cuma mengambil pengajaran, “oh, jangan desak dia, control the pace”. Saya cuma reply pada A, takpelah, Ustaz Adi Hidayat kata, enjoy nikmat bertaaruf.
Saya analisis segala screenshot di antara A dengan Kak I, dan baru saya nampak ada red flags. Dan saya memang berterima kasih pada Kak I sebab tanyakan soalan tersebut. Hati saya dari 100% kepada A ni makin berkurang ke 50%. Masih lagi mengharap.
Tapi, this time saya rasional. Saya ambil kira pendapat kawan-kawan saya, tengok balik texting dan dengar semula voice recording adakah dia melengkapi atau tidak.
Baca juga ss perbualan A dengan Kak I. Memang ada beberapa red flags. A tak save nombor Kak I, sakit hati mungkin sebab dicabar isu financial.
Walaupun masa A ss conversation dia dengan Kak I dia dah crop gambar dan nombor telefon, tapi ada beberapa message yang dia reply pada ayat Kak I, jadi keluar nombor Kak I dalam ss tu. Saya pandang nombor telefon Kak I.
Maka, saya pun memberanikan diri untuk telefon Kak I. Dia saja sumber yang saya ada, orang yang mengenali A walaupun secara maya.
Kak I memang cool lah bila saya call. Terkejut juga, bagaimana saya boleh dapat nombor telefon dia. Dari Kak I, memang nampaklah A ni bagaimana orangnya.
Rupa-rupanya Kak I ni hanya menguji A sahaja dengan soalan tentang wedding sebab Kak I pun pernah kena ST, A mengelak bila ditanya tentang perkahwinan tapi dia sentiasa online dalam portal jodoh itu.
Sedangkan, A ni dah berjanji bulan bintang dengan Kak I. Jadi, Kak I ni mula menekan A untuk wedding preparation; hantaran, kenduri, cincin, gelang. Memang terkesima A ni dan terus putuskan hubungan dengan Kak I.
Sama situasi dengan saya, cuma saya ni husnuzhon saja bila dia online dalam portal jodoh tu sebab dia kata dia check message saja dan pandangan dia kosong bila masuk portal itu,
Kononnya sebab dia dah komit dengan saya. Dan saya tak pandai nak testing A ni macam Kak I buat. Nak maintain cool.
Tapi, saya cuba uji dia dalam tempoh ST ke-2 ini dengan sentiasa bagi morning wish yang sweet. Dia responded well, tapi tiada komunikasi selepas itu. Dia tak initiate chat. Dan saya nampak pattern itu.
Kalau saya tak mulakan perbualan, dia takkan mulakan. Kalau message dalam portal jodoh online masa mula approach punya lah panjang. Nampak lah kehambaran itu sekarang.
Dan Kak I punya input tu, sampai kami boleh bincang tentang karakter dia yang sweet talker, aktiviti sosial dia dan cara dia ST.
Orang yang emotionally unavailable ni sebab masih tak move on dari bekas isteri dia, tapi hanya mengurat dan berbual dengan calon-calon perempuan dalam portal jodoh online untuk mengisi kesunyian di dalam hati.
Kak I cakap dengan saya, sabarlah. Akan ada yang terbaik untuk saya. Kak I pun dah lama move on dari A ni.
Dan bila saya cerita semula tentang perbualan saya dengan Kak I dengan kawan-kawan saya:
Kak F: Wow. seriuslah? Terbuka segala rahsia A. Dah dapat jawapan, senang nak move on.
Sol: wah, padulah akak berani akak call Kak I
Idz: Akak rasa, adakah no telefon Kak I dalam ss tu satu kebetulan? (tak, memang Allah tunjuk, kalau tau dari awal akak dah lama call Kak I ni)
Ais: MasyaALLAH, Allah dah tunjuk segala-galanya
Izz: terbaik lah awak sebab berani call. Sekarang lagi mudah nak move on kan?
Saya dengan A tidak ada bergaduh. Tapi itulah, dia main tarik tali dengan saya. Saya tidak tahu sejauh manakah relationship kami ini. Adakah dia benar-benar ikhlas hendak menghalalkan saya?
Selepas saya analisis segala-galanya, petunjuk dari Allah, mendengar kata kawan-kawan saya termasuk info dari Kak I. A ini tidak melengkapi dan tidak menghargai saya. Saya nekad untuk walk away dari perkenalan saya dengan A.
Saya walk away dan move on silently. Tentang dia, biarlah saya biarkan tanpa closure. Nak berbincang pun susah sekarang ni. Saya pernah try buat closure dengan dia masa ST yang pertama, jadi reciprocate pulak. Jadi, kali ini saya tidak mahu ada closure.
Closure untuk diri saya sahaja, and here this is my confession. Biarlah saya pula yang ambil langkah walk away. Ini self-respect untuk diri saya.
Untuk A, biarlah Allah sahaja yang membalasnya. Doa orang teraniaya dimaqbulkan, saya tidaklah mahu mendoakan yang tak elok untuk dia. Tapi sebaliknya, saya mendoakan yang baik-baik untuk saya.
Ini adalah beberapa pengajaran yang saya dapat sepanjang perkenalan saya dengan A ini:
1. Jangan takut dan prejudis dengan portal jodoh online. Orang-orang yang berada di dalamnya sahaja yang lemah. Kena pandai filter dan berhati-hati. Sama juga dengan kenalan yang kita kenal secara offline, kena pandai filter.
2. Bila mula berkawan, jangan ada feeling/attachment. Kak Kay pesan banyakkan berkawan biasa dan seeding/tanya soalan berkenalan dengan tujuan untuk berkahwin. Ustaz Buya Yahya pun suruh kita memilih. Rules kak kay jangan ada attachment. Pilih yang paling melengkapi.
3. Tentang attachment tu, yg salah ialah saya. Saya yang izinkan attachment tu. It’s ok, lesson learnt in a very hard way. Cara nak elak attachment ni ialah dengan cara berkawan ramai.
Berkawan saja tau dan tanya-tanya soalan, tanpa ada feeling, jangan bagi harapan pada setiap orang. Si A ni dia berkawan dan bagi harapan pada semua calon, contohnya saya dan Kak I. Kenal orang melalui akal baru rasional. Bukan kenal melalui hati, nanti patah hati.
4. Kalau dalam Islam, kena jaga ikhtilat. So, nak cari jodoh zaman moden ni, memang kena blend kan cara Islam dan cara moden.
Jangan cakap saya tak pernah usaha dengan cara orang tengah Baitul Muslim, banyak kali pernah cuba tapi tak pernah berhasil. Perkahwinan terdahulu pun melalui family matchmaking. Jadi kali ini, saya cuba cari sendiri.
5. Bila nak cari jodoh dengan usaha sendiri, never ever settle for less. Kena check kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman diri kita (SWOT) dalam soal jodoh ni.
Check samada ciri-ciri calon suami tu melengkapi atau tidak. Syarat yang pertama ialah agama. Dan yang lain tu check melengkapi ke tidak.
Contohnya, saya ni kaki sembang. Saya suka A sebab dia juga kaki sembang. Maksudnya, kita akan cepat suka dengan orang yang macam kita, tapi apakah orang yang macam kita ni melengkapi?
Kita selalunya tak suka dengan orang yang melengkapi kita. Cinta itu boleh diasah, benci juga boleh diasah. (Quote from Kak Kay)
6. Jangan beri harapan palsu. Dan jangan juga percaya dengan janji-janji manis. Lelaki yang baik ialah lelaki yang buktikan kata-katanya dengan tindakan. Ini sekadar janji bulan bintang, lautan api sanggup ku renangi, tak payah lah nak percaya. Ajak jumpa face to face pun susah.
Fahamlah tengah PKP, tapi takkan lah tak boleh reply langsung bila tanya tentang journey nak menuju marriage. Macammana nak bincang hal lain yang lebih besar?
7. Ni paling penting. Kita kena ada self-love dalam diri. Mencintai diri sendiri. Bila kita ada self-love, kita akan lebih rasional. Alhamdulillah, saya walk away ini is the act of self-love and self-respect.
8. A ini datang dalam hidup saya sebagai pengajaran. Allah nak didik saya untuk jadi penilai yang baik, untuk lebih bersyukur bila dapat jodoh yang sebenar,
Untuk saya mengetahui bahawa pilihan Allah, jawapan Allah itu adalah lebih baik dari pilihan saya. (baiknya Allah…), dan juga untuk memberi saya pengalaman yang sangat naif tentang relationship ni.
9. Nak move on mmg sakit. Tapi life goes on dan Allah tak suka kita sedih lama-lama. Syaitan suka, so kita kena win the batttle. Don’t let our emotion control us.
Saya tengah self-healing. InsyaALLAH saya ok. Alaa, dulu pernah move on dari divorce, lagi sakit, kan? InsyaALLAH saya ok je. Doakan saya ye…
Harap pembaca IIUM Confession dapat mengambil iktibar dari kisah cinta saya. Untuk single ladies, teruskan memperbaiki diri, banyakkan doa, bila dah mula mengenali seseorang (atau beberapa orang, better kenal ramai lagi untuk elak attachment), teruskan solat istikharah.
Bila istikharah dan musyawwarah, memang kita takkan rugi walau apa jua outcome dari result istikharah. Bagi saya, jawapan istikharah saya sangatlah manis. Sentiasa bersangka-baik dengan Allah. Thank you, Allah.
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan menjadi hakmu. Tapi, takutlah kehilangan dirimu dalam proses mencintai sesuatu yang bukan milikmu.
Sekarang dalam doa saya dalam tempoh self-healing ini, banyak saya berterima kasih dengan Allah atas pengalaman ini dan bagi jawapan istikharah.
Sedih lah juga, tapi Ustaz Hanan Attaki pun cakap, Allah akan tolong kita bila kita ada masalah dengan 2 cara iaitu diberi ketenangan hati, dan diberi jalan keluar.
Saya confess pada Allah yang saya ikhlas melepaskan dan meninggalkan A kerana Allah. Dan saya yakin, Allah akan beri ganti yang lebih baik. Ok, nak move on cepat-cepat, dah tak sabar nak jumpa jodoh sebenar.
“Sesungguhnya, jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan memberi ganti kepadamu dengan yang lebih baik.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5:363)
– Nala the Mamalion (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit