Link confession Lili, (https://iiumc.com/teguran-untuk-penulis-penulis-self-publish/).
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada IIUM Confession jika menyiarkan ‘confession’ ini.
Disebabkan saya juga penulis, saya mengambil kira setiap aspek kritikan Lili. Rumusan saya, Lili tidak berpuas hati dari segi teknikal penerbitan ebook.
Saya senaraikan masalah teknikal dan pendapat peribadi saya :
1. Layout/ Jumlah muka Surat/ Penipuan pada jumlah muka surat oleh penerbit/ Masalah cover/ Harga (Merangkumi aspek kos penerbitan ebook).
Layout yang digunakan penulis mempengaruhi jumlah muka surat. Hubungkait ini membuatkan saya merangkum kesemua ini pada masalah pertama dalam senarai 1.
Lili merasa tertipu kerana penggunaan Font yang besar menyebabkan pertambahan muka surat. Pertambahan mukasurat pula menentukan harga ebook.
Setelah membaca komen yang terdiri dari pembaca dan penulis, saya membuat dua kesimpulan.
Kesimpulan pertama, Lili mengatakan penulis perlu jujur dalam dakwaan mukasurat ebook.
Ya, saya sokong kenyataan Lili. Setiap aspek perniagaan harus bertunjangkan kejujuran.
Namun berdasarkan komen para penulis pula, terdapat pembaca yang mengkritik mereka kerana saiz font terlalu kecil, sukar dibaca kerana menggunakan phone, mengambil kira kritikan pembaca, penulis mengambil inisiatif membesarkan saiz font.
Jadi, kesimpulan kedua saya, wujud salah faham antara pembaca dan penulis. Bagi menyelesaikan salah faham ini, penulis boleh mengambil inisiatif dengan membuat spesifikasi spesifik berkenaan ebook mereka.
Contoh: Ebook Melastik ke Jantungmu
Harga : RM20
Bilangan muka surat : 600 m/s
Bilangan muka surat iklan : Tiada
Saiz font : 12
Spacing : 2.0
File : PDF
Boleh juga, disertakan ‘preview page’ dengan kaedah ‘screenshot’ untuk rujukan bakal pembeli.
Dengan spesifikasi secara terperinci ini, secara tidak langsung bakal pembeli dapat mengagak layout ebook yang akan diterima mereka.
Pembeli juga tidak akan rasa ditipu oleh penulis. Sekaligus dapat menyelesaikan salah faham yang wujud antara pembeli dan penulis.
Beralih kepada Kos penerbitan pula. Saya sertakan anggaran penerbitan ebook berdasarkan kos wajib untuk menerbitkan buku :
Contoh untuk manuskrip 500 m/s. Kenapa 500 m/s bukan 600 m/s seperti dinyatakan di atas. Kerana saya mengambil kira aspek teguran Lili.
“Ada sekali tu, aku beli ebook, page pdf dia 150, lepas itu aku eksperimen sendiri, aku try re-format ikut standard common (1.15 atau 1.5 spacing, margin narrow, remove space after paragraph, page size A5, size 12, TNR), sekali page dia 100 je actually.”
“Faham tak kecewa dia macam mana? 50 page kut beza dia!”
Jadi kerana ebook penulis bersaiz A4 dengan spacing 2.0 penulis kurangkan 100 m/s untuk saiz A5. Jom, kita buat anggaran kos.
Kos Layout : Anggaran kos adalah bermula dari RM3 -RM4/page.
RM3 × 500 m/s = RM1,500
(Kiraan kos minimum). Kos berwarna lebih mahal.
Suntingan manuskrip : Anggaran kos adalah bermula dari RM3 -RM4/page.
RM3 × 500 page = RM1,500
Masalah cover
Bagi masalah cover pula kos bermula dari RM350- RM600 dengan tempoh siap 14 hari kerja. 3 kali had ubahsuai cover.
Keseluruhan kos ebook Melastik ke Jantungmu: Layout (1,500) + Cover (350) + Proofread (1,500)= RM3,350
(Kiraan kos minimum),
Kos tak langsung juga diambil kira, kenapa?
Sama seperti buku bercetak yang mempunyai kos tidak langsung.
Contoh kos tidak langsung:
Pendaftaran Syarikat : RM70/ setahun
Penggunaan Data Internet : Mininum RM30/ sebulan [30× 12 = RM360]
Kos Promosi : RM230 (Kos promosi iklan berbayar sebenarnya adalah lebih mahal)
Kos keseluruhan : RM3,350 + RM70+ RM360 + RM230 = RM4000
Pengiraan pulangan modal, (Sekali lagi saya tekankan semua pengiraan adalah mengambil nilai kos minimun.)
Contoh : Harga ebook : RM20 : Pulangan modal = (RM4000/RM20= 200)
Berdasarkan pengiraan, penulis memerlukan sekurang-kurangnya 200 pembeli untuk mendapat pulangan modal sahaja.
Hanya 200 pembeli? Bukan Susah? Sikit je tu, mesti dapat modal balik
Saya tidak setuju dengan kenyataan ini.
Bagi penulis RM4000 jika dilaburkan untuk tujuan promosi lebih menguntungkan.
Apatah lagi, setelah membaca beberapa keluhan penulis yang mengeluh kerana sukar untuk menjual 100 buku bercetak!
Tambahan lagi, seluruh dunia dilanda COVID-19, sekaligus memberi impak yang besar kepada ekonomi. Industri buku juga teruk terjejas. Malah beberapa penerbit juga telah gulung tikar.
Malah beberapa orang pelanggan saya sendiri, terpaksa membatalkan tempahan akibat desakan hidup. Saya tidak menyalahkan pelanggan. Saya terima dengan berlapang dada. Sedar, ‘kasut’ setiap insan tidak sama. Ujian juga berbeza.
2. Jenis Ebook
Lili ada menyatakan bahawa penggunaan PDF adalah amat renyah. Petikan dari website ‘key different’ ePUB & PDF. (Rujuk rujukan dibawah)
When it comes to ePub vs PDF, the major difference is the reading experience. The general consensus is that e-published books have the edge in readability.
PDFs are essentially digital printed documents. It’s like having a piece of paper in your hand, except it’s on the screen (this has many advantages though!). PDFs can be viewed exactly the same as the original format. For readers on small devices, this can be a challenge.
ePub was created with today’s mobile device readers in mind. This is due to “reflowability”.
Reflowable: A reflowable document is a digital doc that can adjust its presentation to the device. This is especially important when it comes to reading books on small screens.
Sebenarnya, penggunaan file PDF juga boleh dibaca dengan selesa jika Lili menggunakan app percuma. Cuma download Apps yang sesuai, ‘open’ PDF file menggunakan app seperti, Pocketbook, ReadEra, Moon+Reader atau Adobe Acrobat.
Penggunaan Pocketbook dengan jumlah download 1M+ dengan membaca ebook jenis PDF adalah sangat selesa malah halaman boleh ‘diselak’ seperti buku.
Adobe Acrobat dengan jumlah download 500M+ juga sangat membantu. Saya hanya senaraikan beberapa app yang diguna untuk membaca.
Tambahan pula pembaca tidak perlu ‘zoom out’ berulang kali. Cukup dengan sekali ‘zoom out’ secara automatik m/s seterusnya turut memaparkan ‘setting page’ yang sama. Sangat mudah.
Malah saya sendiri membantu memberi tunjuk ajar kepada pelanggan dalam penggunaan Apps serta menunjukkan cara ‘setting’ yang sesuai untuk pembacaan.
3. Pembaca tidak layak menegur penulis!
Saya sangat tidak setuju dengan kenyataan Lili.
“Aku ini, tak adalah layak mana pun nak menegur. Pembaca je pun. Bukannya penulis. ”
Kepada Lili, tidak kira anda pembaca atau penulis, anda layak menegur. Tambahan lagi, anda adalah pembeli ebook, jadi anda sangat layak menegur.
Malah, saya berterima kasih kepada Lili kerana dengan teguran langsung ini, para penulis akan ambil cakna, membaiki mana yang perlu, berdasarkan kemampuan penulis. Secara tidak langsung, wujud situasi menang-menang antara penulis dan pembaca.
Akhir kata, jujurlah dalam berniaga kerana hidup bukan berakhir di dunia. Semua akan dihitung di sana. Maaf, jika ada terkasar bahasa, terguris atau tersilap di mana-mana.
Assalamualaikum.
– Syed Uwais Qorni (Memang Bukan Nama Sebenar. Sekadar Nama Pena)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit