Assalamualaikum. Terima kasih admin yang sudi menyiarkan confession aku ni. Aku kira ini juga adalah hadiah untuk hari kelahiranku yang ke 30 yang sebenarnya aku tak berapa happy sangat hari ni. Wife aku, Ell, tiada di sisi lantaran bekerja yang tidak normal waktunya sebagai kakitangan perubatan.
Namun, aku tidak kesunyian, aku tetap ada keluarga dalam kehidupanku di mana jika syif jatuh pada sabtu dan ahad, aku ambil peluang balik ke rumah ibu ayah yang jaraknya kurang dua jam. Malah, pada hari-hari bekerja pun, andai kata syif Ell adalah malam, aku kadang-kala balik juga ke rumah ibu ayah sebab tempat kerjaku berada di tengah-tengah antara rumahku dan rumah keluargaku.
Kalau aku balik rumahku (unit kuarters kerajaan yang disewa Ell), mati kutu aku tak tahu nak buat apa. Syukur, Ell tidak berapa nak kisah sebab dia tahu kekangan kerja dia begitu. Tapi kalau dia bekerja syif normal dan off pada sabtu ahad, memang kami spend time bersama-sama. Jadi, apa masalah aku nak cerita ni ye?
Macam ni, sesampai je aku di rumah ibu ayah ni tadi, ibu memeluk aku lantas mengucapkan selamat hari lahir buatku sama seperti tahun-tahun lalu. Ceh, jangan cakap aku anak manja yang dah tua bangka ni. Kelima-lima kami adik beradikku memang ibu buat begini. Tiba-tiba, adik perempuan aku, Anne yang muncul daripada bilik turut wish birthday kat aku dengan ucapan, “Semoga Abang Long jadi abang yang lebih bertanggungjawab …”.
Aku terkesima dengan ucapan dia tu. Aku tanya semula, maksud kau apa Anne? Selama ni tak cukup ke peranan aku sebagai abang sulung? Ada ke aku mengabaikan keluarga meski pun aku dah berkahwin? Dia jawab, setakat ni belum terbukti kebertanggungjawabanku walau pun tidak dinafikan aku ni abangnya yang baik. Terbukti macam mana? Dia kata belum memenuhi piawaiannya.
Ah, malaslah aku nak bersoal jawab dengan di Anne ni. Dia memang mulut puaka sikit. Perempuan pulak tu, takkal an aku nak bergaduh hanya dengan ucapan dia tu. Aku pun bukan jenis suka bertikam lidah. Tapi sampai ke malam, aku terfikir-fikir apakah yang tak cukup lagi peranan aku sebagai Abang Long yang bertanggungjawab terhadap keluarga?
Mengenai aku, aku anak sulung yang dibesarkan oleh nenek di kampung satu masa lalu. Manakala adik aku yang lain semuanya bersama-sama keluarga. Begitu pun, hubungan aku dengan ibu ayah dan adik-adik sangat baik. Tiada rasa disisihkan, malah ibu ayah tak pernah mengabaikan aku. Hanya aku sedikit bertuah kerana dimanja oleh nenek yang apa-apa hal pun,nenek akan menangkan aku berbanding adik-adik aku dan sepupu-sepupu aku yang lebih kurang sama bayanya. Tapi aku tak kerek. Aku menyantuni semua adik-adikku dan sepepu-sepupuku dengan baik. Kebetulan aku juga cucu sulung kepada nenek.
Begitu pun, nenek selalu bagitahu, sebagai abang long, kene tunjuk contoh kepada adik-adik. Aku kadang-kadang tak faham, kenapa aku yang kena jadi contoh? Masing-masing kenelah pandai-pandailah nak hidup macam mana. Terasa berat pulak jawatan tak diminta tu tergalas kat aku selaku Abang Long.
Selepas nenek tiada, aku kembali bersama-sama keluarga aku sewaktu dah bersekolah menengah. Tak ada rasa terasing pun. Sama seperti biasa sebab daripada kecil kalau waktu cuti sekolah, adik-adik akan balik ke kampung nenek atau pun aku diambil ibu ayah menghabiskan masa bersama-sama mereka. Adik-adik aku pun suka Abang Longnya kembali. Itu pun aku tak dapat lihat mereka membesar sangat sebab aku daripada form 1 bersekolah di asrama penuh. Selepas tu sambung matriks dan university. Mujur bila dah bekerja, masih dalam satu negeri yang sama dengan rumah keluarga aku.
Daripada aspek pendidikan dan kerjaya, Alhamdulillah, aku dah tunjuk contoh yang baik kepada adik-adik, siap belajar sehingga kedoktoran dan bekerja dalam sector kerajaan. Mereka pun tidak kurang hebatnya, sama-sama hebat dalam bidang masing-masing.
Dari segi spend time dengan keluarga, aku tak mampu nak menilai sejauh mana lebihnya aku berbanding keempat-empat adik aku yang lain. Aku, daripada kecil duduk dengan nenek. Bila kembali bersama keluarga, aku dah berada di asrama sehingga degree. Tetapi, bila time cuti, aku memang suka spend time dengan family. Bila start bekerja pun, aku tinggal dengan family. Sehingga aku berkahwin pada umur 28, barulah aku tinggal berasingan. Itu pun kerap balik seperti mana yang aku cerita mula-mula tadi.
Adik yang bawah aku, Mad, dia pun dah berkahwin, menetap dan bekerja satu daerah dengan family aku. Dia ni jarang balik ke rumah family mungkin kerana dah ada komitmen anak-anak. Semasa aku tinggal dengan nenek dulu-dulu, dialah menggantikan aku sebagai abang sulung di rumah. Begitu pun, adik-adik aku yang lain lebih sukakan aku berbanding Abang Ngahnya yang jenis baran. Tapi, aku tetap menghargai Mad yang mampu mengawal kenakalan adik-adik berbanding aku yang tak garang dan jenis cool je.
Yang ketiga tu si Anne lah, dia belum berkahwin, satu-satunya anak perempuan yang boleh jadi peneman bual bicara hal-hal wanita dengan ibu kami. Tapi, dia menetap dan bekerja di daerah yang lain dan hanya balik pada setiap hujung minggu. Begitu juga Eddy, adik bawah si Anne ni juga menetap dan bekerja di daerah yang sama dengan Anne. Cuma dia jarang balik kalau tak ada hal mustahak di rumah. Biasalah lelaki… Eh, aku pun lelaki…balik je rumah selalu. Tapi dia ni jenis bersosial. Biasalah budak muda. Aku tak kisah. Janji ingat ibu ayah di rumah.
Manakala Fir, adik bongsu kami, juga sudah bekerja. Dia satu-satunya yang masih tinggal dengan family sebab tempat kerjanya sangat dekat dengan rumah. Dan dia juga satu-satunya anak ibu ayah yang study jauh berbanding abang-abang dan kakaknya yang study suatu masa lalu berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, kini semuanya bekerja dalam negeri yang sama berdekatan dengan rumah family.
Daripada situasi kami berlima ni, rasanya aku dan adik bongsuku lebih kerap berada bersama-sama ibu dan ayah. Bila aku berada di rumah family ni, aku memang akan bantu ibu memasak, menyiram pokok, mengemas rumah. Nak harapkan si Fir, memang dia leka dengan laptop dan henfon je kalau cuti tidak bekerja. Tapi, dia rajin dalam bab-bab bawa ibu atau peneman ayah pergi ke mana-mana sekali pun ke kenduri kahwin.
Berbanding aku, aku memang jenis tak suka keluar rumah. Kalau taka da apa-apa hal selain hal kerjaya, aku lebuh suka lepak di rumah sama ada rumah sendiri atau rumah family ni. Dalam hal ehwal pengurusan keluarga, boleh aku katakan selalu aku lead. Nak bercuti ke mana? Aku yang booking. Nak buat family day, aku yang uruskan. Sampaikan Ell kata aku ni bias terhadap family aku berbanding dirinya. Astaghfirullah al-‘Azim…
Alhamdulillah, ibu ayahku dulunya bekerjaya, sekarang dah bersara dan masih sihat wal’afiat lagi. Hal-hal kewangan insya-Allah ada rezeki pencen mereka. Tapi aku tetap hulur sikit ikut kadar kemampuanku. Doa kesejahteraan buat kedua-dua ibu dan ayah, insya-Allah aku panjatkan kepada Ilahi sama ada seusai solat atau di waktu lainnya.
Apa lagi yang tak terbukti kebertanggungjawabku terhadap keluarga aku? Aku tidak berhasrat nak membuat sebarang penilaian siapa yang lebih bertanggungjawab kepada keluarga antara kami adik beradik. Tetapi ucapan si Anne terhadap aku meninggalkan persoalan yang sukar untuk aku fahami. Cuma aku mengandaikan mungkin ada perkara yang aku aku tak cakna sehingga Anne menegur aku dengan cara itu, tapi apa? Sebenarnya, adakah tugas anak sulung lebih-lebih lagi aku ni Abang Long begitu berat dan lebih daripada anak-anak yang lain?
Kadang-kadang aku terfikir juga, sebenarnya, tanggungjawab aku terhada Ell sedikit terjejas lantaran banyaknya komitmen keluarga yang aku handel walau pun selepas berkahwin. Sedangkan Mad juga dah kahwin tak begitu concern terhadap family kami pada pandangan kasarku. Adakah Eddy dan Fir tak perlu ada tanggungjawab kepada keluarga walau pun mereka belum berkahwin? Anne, ya aku akui, sebagai adik dan anak perempuan, dia sepsis yang patut dilindungi. Cuma, berani pula dia membuat statement sebegitu terhadap aku semata-mata aku anak sulung! Allahu Rabbi…
Aku doakan agar keluarga kami terus harmoni dan dalam masa yang sama, aku turut berharap situasi aku ni tidak membuatkan tanggungjawabku kepada Ell malah terhadap keluarga mentuaku terjejas. Wallahu a’lam.
– Abang Long
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit