Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya cuma ingin menyuarakan pendapat mengenai isu tulisan jawi yang semakin panas. Baru lepas scroll FB, lihat bermacam- macam komen. Positif dan negatif.
Pertama sekali, saya terfikir. Tulisan jawi yang “cuba” diterapkan dalam silibus Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) adalah sebahagian silibus Bahasa Malaysia (BM). Yang mana merupakan satu matapelajaran wajib yang perlu dikuasai tidak kira sekolah mana kita belajar.
Tidak perlu ambil kira konteks kurikulum sekolah antarabangsa atau persendirian. Mereka memang berpaksikan bahasa Inggeris. Saya boleh umpamakan orang yang menentang tulisan jawi seperti orang yang mahu belajar Matematik tetapi tak boleh terima 2+2=4.
Apabila seseorang cuba belajar sesuatu bidang, maka semua ilmu dalam bidang tersebut mestilah didalami dan difahami seperti yang telah diperakui dan ditetapkan dalam peraturan ilmu tersebut.
Dah sememangnya sebelum menggunakan huruf rumi, Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu menggunakan huruf Arab. Tiada apa yang perlu diperdebatkan mengenai perkara tersebut.
Tindakan mengecam tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam isu tulisan jawi pada saya ialah satu serangan tidak langsung terhadap bahasa kebangsaan kita.
Bukankah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk menguasai, menyayangi, menghargai dan menyanjungi bahasa kebangsaan?
Adakah penggunaan bahasa ibunda kaum lain pernah dihalang tanpa sebab?
Adakah warganegara Jepun menolak untuk belajar bahasa mereka dalam tulisan “kanji”?
Atau adakah warganegara British yang menolak bahasa mereka sendiri kerana tidak suka kepada HRH Queen Elizabeth?
Adakah kita tidak mengiktiraf Bahasa Malaysia walaupun kita lahir dan hidup dengan hasil negara yang bertuah ini?
Isu ini sebenarnya mudah sahaja. Tapi, tak tahu kenapa orang bijak pandai tidak dapat memahami isu yang mudah. Saya tulis dalam formula mudah :
Bahasa Melayu = Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia = Bahasa Kebangsaan
Tulisan Jawi = Bahasa Melayu
Tulisan Jawi = Bahasa Kebangsaan
Kemudian, saya terbaca pula perkongsian seorang biro politik sayap sosialis muda daripada parti yang dikatakan demokratik. Boleh lah ye cari- cari di FB. “She” said, makan guna chopsticks tak menjadikan saya bukan Melayu.
Pelik, kenapa dia tidak bersemangat seperti itu untuk tulisan jawi. Mungkin dia liberal. Mungkin lah ye. Tapi rasanya belum terlambat kalau beliau mahu belajar tulisan jawi. Tambahan pula namanya kedengaran Melayu.
That’s it for tonight folks. Keep the jawi flag flying high. Hasil tulisan yang pertama. Semoga dapat dihadamkan dengan berhemah.
– Coffeeblack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit