Hi guys. Asalamualaikum guys … So for today saya ada confession untuk meminta pendapat u all, because i’m seeking for opinion and guidance.
So guys, i would like to introduce myself as aku ni seseorang yang agak ambivert creatures jugaklah who like to be friend dan suka bergaul for eventhough i am ambivert creatures yang suka berkawan, fun dan bergaul i am the type who like to secluded myself from toxid environment.
I ada ramai kawan tetapi i find susahnye ye nak dapat kawan yang betul2 ada susah dan senang which i means berkualiti.
Tapi faktanya tu about me i memang tak suka hidup bersendirian. If jika diasingkan mungkin i ni termasuk kelompok centrist. I find myself mudah bergaul and cant stand living alone, hard truths.
Tapi walaupun i suka berkawan, i find myself hard to trust man, susah untuk membuka diri dan mempercayai lelaki. So as you all know disebabkan sikap i yang xsuka hidup bersendirian, i mean i loner lah.
So disebabkan i yang tidak suka bersendirian, i need to have at least one close friend which i had but, and if i have One boy friend which i mean One special guy i am a clingy type which i called clingy girlfriend, needy girlfriend and Queen control girlfriend. Ooops how Sad, Sa’d fact ya.
So i want to ask is it a problems for a lady to become an ambivert to a man view? Can jealousy destroy a relationship jika dibiarkan mcmtu je dan tak diambil pusing? I found myself had a jealous boyfriend which could lead to destroy relationship if tidak ditangani.
Tapi i hemat kuota ya, pasangan i ada seorang sahaja limit kuota. takda sepuluh. All this bukanlah stereotaip attitude but its more to menjaga diri, tidak ingin terlalu bersosial. Pasangan i ada seorang saja dan tak ada sepuluh boyfriend ya.
Tapi as u all know been an ambivert creatures can lead to problems to partner if or jika pasangan you adalah seorang yang kuat cemburu or suka mengekang or kuat cemburu mudah cerita boleh jadi salah faham disitu.
I adalah loyal walaupun i suka berkawan tetapi i susah percaya orang and itu mmg i. Walaupun personaliti i yg mudah bergaul suka berkawan, dan sebagainya namun i datang dari background keluarga yang sangat lah konservatif.
My mum adalah seorang yang sangat mementingkan aspek agama dalam kehidupan.
Singkatnya, background ibu i dari belah nenek moyang, mak menakan, adik beradik lain background nya adalah dari salasilah mereka yang berpurdah bertudung labuh litup dan sebagainya yang mementingkan agama dalam kehidupan yang sangat hidupnya berpegang dengan agama.
So when it comes to anak2 been taught mcmtu jugakla. We know what we can do, and what we cant there is a limit eventhough you want enjoy life. When i was still a child, my mum akan pukul i if i taknak pergi mengaji Al quran, mengaji kafa dan sebagainya.
Sikap malas solat, malas baca quran tu kalau boleh dia nk terajang jauh2 so that dia bantai dengan penyapu lidi. hahaha. Sakit u all.
Untuk hal yang berkaitan agama, ibu dan bapa i ni jenis yang tidak mengambil hal itu sebagai suatu hal yang ringan untuk ditoleransi. So my mum taught me benda yang paling penting dalam hidup adalah agama dan tuhan.
Hidup ni takkan tenang jika tiada agama tidak meletakkan tuhan segala galanya. Manakala ayah i pulak adalah pesara tentera darat yang sangat strict dan berdisiplin. He always taught me with strict disipline, giving so many rules to be followed to be punctual.
he always told, i ni perempuan has to act like perempuan ada banyak rules jadi perempuan and it’s all how seorang ayah didik anak perempuan nya. woman has pride to be taken care of.
Tentera darat ni One of kind jenis minda bersemangat waja and as you know diorang sangat lah berdisiplin dan tough in personaliti. bagi
Dorang tak ada benda yang boleh dibuat main dibuat jenaka kerana hidup bukan lah suatu gurauan and ayah sangat serius orangnya. So hidup i, as u all know sebagai anak seorang tentera darat diajar dan diddidik dengan ketegasan dengan disiplin yang teguh.
Ayah yang selalu memantau ketat gerak geri anak2, ibu yang sangat garang dan tegas erti katanya. Didikan asuhan diorang yang tegas, membentuk anak2 supaya taat agar tidak terpesong keluar landasan yang tidak sepatutnya.
Makanya kehidupan saya sebagai anak gadis seorang tentera darat agak dikawal rapat oleh ibu bapa. mesti u all pikir hidup i agak membosankan of penat but Yes la ini dunia kan ada peraturan ada rules.
Walaupun saya diberi kebebasan tidak lah sepenuhnya, kerana lebih banyak dikekang.
Ketegasan ayah saya banyak menuntut saya supaya melakukan yang terbaik dalam hidup seperti pekerjaan, study dan sebagainya kerana hidup bukan lah canda tawa atau gurauan baginya melainkan sebuah perjuangan dan tanggungjawab.
Maka, ayah banyak mengekang dari sudut pergaulan, pilihan hidup dan sebagainya kerana tidak mahu saya terkeluar landasan walaubagaimanapun ayah dan mak banyak memberikan tekanan dari aspek pekerjaan dan career saya. Katanya itu adalah masa depan saya,
sekiranya mereka sudah tiada setidaknya saya boleh berdikari jika saya mempunyai steady career. Tetapi ayah agak mengekang tidak memberi saya kebebasan mutlak dari segi membuat keputusan hidup seperti membuat keputusan berkerja jauh dari tanah air sendiri yang membuat saya galau.
Walaupun ibu membenarkan jika saya ingin berhijrah ayah sebaliknya risau ingin melepaskan saya pergi jauh kerja jauh memandangkan anak perempuan yang paling bongsu. Agak susah untuk dilepaskan pergi tanpa pemantauan keluarga.
Ini menyebabkan saya menjadi stress dan tidak terlalu berdikari kerana ibu bapa yang bersikap mengekang dan meletakkan peraturan …
Sikap ayah yang tegas ingin membuat keputusan dalam hidup anak anak membuat ia bercanggah dengan keinginan anak-anak kadang.
Walaupun begitu, jika keputusan yang ayah tetapkan terhadap saya bercanggah dengan keinginan saya, saya lebih kepada memberontak.
Saya kadang-kadang keliru dan bingung dalam membuat keputusan dalam hidup. Cuma pada akhirnya saya sedar yang ketaatan kepada ibu bapalah yang membawa kebaikan keuntungan kepada diri saya dan hidup saya kerana mereka jauh lebih makan garam.
Sikap saya yang suka membuat keputusan sendiri, merasa paling betul keras kepala justeru boleh membawa mudarat kepada diri sendiri kerana melakukan sesuatu tanpa meminta izin mereka.
Tanpa izin mereka melakukan sesuatu saya boleh tersilap jalan dan tersalah jalan ataupun tersalah mengambil keputusan hidup,saya akui.
ini kerana mereka sangatlah details dalam meneliti membuat keputusan akan baik buruk sesuatu perkara dan mereka lebih makan garam.
Sifat keras kepala saya justeru akan membawa kesusahan kepada diri saya sendiri kerana kurang kematangan dalam membuat sesuatu keputusan.
Cumanya tekanan daripada ibu bapa yang sentiasa menuntut saya untuk melakukan yang terbaik menjadi yang terbaik contohnya dalam career, pekerjaan study sebagai nya agak memberi kan tekanan kerana pendirian ibu bapa yang mendidik dengan ketegasan..
saya bukanlah tahu akan segalanya hal dunia, saya pikir dengan mentaati mereka saya akan jauh menjadi peribadi yang lebih baik, yang lebih sempurna yang lebih berkesan dan betul.
Ini kerana saya menyedari yang diri saya tidak sentiasa betul dan kadang2 melakukan kesilapan tanpa dorongan tanpa bimbingan mereka tanpa disedari.
Peranan seorang ibu dan bapa sangat lah penting dalam hidup saya…
Tetapi ibu dan bapa yang mengawal mengontrol mengekang daripada membuat keputusan sendiri dalam kehidupan membuat saya menjadi tidak tahu berdiri di atas kaki sendiri ataupun mungkin tidak berdikari seutuhnya.
Saya seringkali merasakan masih bergantung kepada ibu bapa di usia 23 tahun sekalipun. saya merasakan hidup saya masih berada di tangan mereka dan tidak boleh buat keputusan sendiri seutuhnya.
Pernah ada sekali kawan kerja yang memanggil saya anak mak sebab kalau ada apa2 masalah kat tempat kerja dengan kawan sekerja saya akan balik menceritakan hal tersebut kepada mak dan minta pendapat mak saya. Saya mungkin dipandang tidak berdikari dengan sikap yang sedemikian.
Walaupun di zaman sekolah menengah dahulu saya dihantar masuk ke sekolah berasrama untuk diajar berdikari tetapi di usia saya sudah menjangkau 23 tahun saya masih tiada keyakinan diri seutuhnya yang saya mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa pertolongan ibu saya.
Saya dididik dan asuh dengan tegas namun saya adalah peribadi dengan kelembutan hati yang walaupun diasah mental dan fizikal menjadi kuat masih banyak yang perlu sharpkan tajamkan dalam diri saya.
Setelah habis belajar di kolej, masuk ke alam pekerjaan saya menemukan alam pekerjaan tidak mudah saya jangka yang memerlukan ketabahan ketajaman mental dan fizikal untuk bertahan dan kesabaran.
Saya tidak tahu adakah kerana saya terlalu manja kerana anak bongsu yang membentuk saya menjadi peribadi sejenis lembut dan anak mak.
Lumrah seorang perempuan, namun saya mengganggap ia satu cabaran. Namun hakikatnya Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang tegas mendidik saya menjadi kan saya agak ‘boyish girl’ menjadikan saya sedikit tomboy.
Saya tidak lah peribadi yang terlalu lembut tepi mungkin average sahaja tidak lah terlalu lembut. Jika orang lain menganggap saya lembut mereka adalah silap besar kerana saya bukan lah datang dari background keluarga yang lembut,
Melainkan dari keluarga yang tegas, kasar dalam ucapan, tegas dalam didikan menjadikan saya seorang yang berani dan tidak takut dengan apa2 masalah ataupun takut dengan sesiapa melainkan tuhan.
Pernah juga ada kawan saya yang meminta saya mengahwini seorang tentera atau polis kerana katanya dengan sikap saya yang tegas dan garang sesuai untuk memiliki kerjaya seperti berkenaan,
Masuk ke alam IPT jugak sedemikian kerana ada seorang staft di IPT yang menyuruh saya menceburi dunia polis kerana staft tersebut mengatakan dengan ketinggian saya dan ketegasan saya membuatkan saya sesuai jadi seorang lolis.
Tetapi ayah pula bahkan menuntut saya untuk menceburi bidang tentera darat kerana ayah ingin mendidik saya menjadi lebih berdisiplin dalam kehidupan dan lebih mampu untuk self defense diri dari segi physical dan mental.
Pernah saya menyuarakan untuk menjadi seorang pramugari kepada ayah,tetapi ayah cakap seorang yang panas baran tidak boleh jadi pramugari dan saya speechless. Mungkin personaliti yang agas tegas dan garang menyebabkan dia berfikir sedemikian.
Akhir sekali, saya ingin menyuarakan pertanyaan. adakah yang salah dengan personaliti saya yang anak mak? Dan jika pada umur 23 menjangkau 24 tahun saya masih belum berkahwin dan masih memikirkan career adakah saya seorang loser?
Saya keliru.. dan jika saya ingin membuat keputusan sendiri dalam kehidupan saya adakah itu salah? Dan berkaitan dengan career adakah menjadi kesalahan untuk memilih kerjaya mengikut minat saya.
Apa yang saya tahu jika seseorang itu memilih dream job nya, dia tidak akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana itu minat nya.
Bahkan jika anda memiliki kereta idaman, adakah anda akan menjual kereta idaman anda. Sama konsep dengan kerjaya mahu pun pasangan, sekiranya anda memiliki pasangan yang anda cintai, mahupun pekerjaan impian anda yang anda minat, adakah anda akan meninggalkn pekerjaan tersebut?
Semestinya tidak kan? Tetapi hidup jauh angan2 tak semua benda akan dapat melainkan dengan daya usaha kita kan…
Satu pertanyaan saya nak tanya kepada awak semua? Opinion dan pendapat? Bagaimana kalian boleh hidup dengan tenang, perform dalam kerjaya sebagai nya jika mempunyai masalah dalam percintaan….???
Adakah jika anda mempunyai masalah dalam percintan seperti ditinggal kekasih akan membawakan kesan berlarutan dalam hidup seperti membawak kesan yang buruk di dalam kerjaya.
Saya mendapati saya sukar untuk fokus di dalam kerjaya jika mempunyai masalah dalam hubungan percintaan kerana tidak mengawal kesedihan emosi dan sebagainya.
Sebagai seorang anak bongsu yang adik beradik lainnya sudah berkahwin, saya berasa sedih dan liner ditinggal kan sendirian dan saya sangat mencintai pasangan saya.
Dan jika hubungan saya tidak berjalan dengan baik saya akan merasa sedih yang berlebihan membawa dampak sehingga saya risau membawa dampak buruk kepada kerjaya saya.
So guys. I want to ask, adakah sikap seorang perempuan yang ambivert ke extrovert could lead problems to relationship as when partner kuat cemburu.
So macam mana nak kerja pramugari kalau pasangan sendiri kuat cemburu which u know pekerjaan tersebut sememangnya menuntut untuk bersosialisasi dengan public ya.
– Puteri, Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit