Assalamualaikum wbt, warga KRT,
Macam mana nak kawal perasaan jeles apabila kita dapat tahu isteri kita jenis mesra dengan rakan sekerjanya (lelaki)? Saya namakan sebagai Z. Sehingga sebahagian besar kehidupan Z, isteri saya tahu—keadaan keluarganya, keadaan adik-beradiknya, sakit apa, makan ubat jenis apa, dan lain-lain. Saya kadang-kadang jadi jeles sebab bila saya dengar isteri saya bercerita yang Z tengah nak cari rumah sewa baru, lantas saya menegur. Saya kata, biarlah dia usaha sendiri. Saya faham, isteri saya perlu caring dengan Z sebab Z akan bantu uruskan kerjanya, tetapi bagi saya, kadang-kadang tak perlu sampai tahap itu. Saya jadi jeles sebab Z single, dan saya pernah dengar isteri saya meluah perasaan jika bos atas company memarahi isteri saya.
Saya pernah terbaca mesej Z dengan isteri saya—nampak profesional, tetapi mungkin ada beberapa ayat seperti memuji isteri saya, bagaimana isteri saya cadangkan idea dan menjadi bos yang memahami. Saya dengar, isteri saya dan Z teammate yang serasi. Apa idea yang Z beri, isteri saya setuju; apa komen yang isteri saya beri, Z terima. Sesama mereka kalau kritik mesti akan capai kata sepakat. Kadang-kadang saya cuba tanya isteri saya, boleh ke nak buat begitu dalam rumah tangga kita? Isteri saya diamkan sahaja. Katanya, beza rumah dan kerja. Tetapi saya nak sangat chemistry begitu dalam rumah tangga saya. Tak salah, kan, beri komen dan idea yang menarik dalam keluarga? Ini asyik saya je beri idea, dan asyik isteri saya je veto kalau tak setuju.
Malah, saya terkilan sebab saya sentiasa on phone 24/7 untuk isteri saya, tetapi Z juga dipilih untuk meluah. Saya bersangka baik, mungkin Z memahami situasi ketika itu dan mungkin saya tidak faham, tetapi boleh je saya nak dengar luahan. Selepas saya tegur isteri saya yang beliau kena hati-hati dengan Z sebab beliau lelaki, isteri saya tetap berseloroh yang Z ini macam adik sahaja, sedangkan umur beza tak jauh pun dalam 5–10 tahun.
Entahlah, warga KRT. Wanita berkerjaya memang begitu ke? Mesra untuk kerja? Bagi saya, saya sentiasa menjaga hubungan lelaki-perempuan. Bertahun-tahun rakan sekerja perempuan ajak keluar lunch sekali meskipun ramai-ramai, tetapi saya tetap mengelak kerana saya tidak suka jika isteri saya keluar begitu dengan lelaki lain.
Sekarang ini, isteri saya banyak mendiamkan diri sahaja dengan saya. Saya perasan, jika balik rumah, hanya phone sahaja peneman. Apabila bangkit tidur, saya nampak beliau sangat bergegas nak ke tempat kerja meskipun masalah di tempat kerja jauh lebih banyak dari masalah rumah.
Tegurlah apa-apa yang saya salah, warga KRT. Nak kata dayus, saya selalu tegur isteri saya dan ajak berbincang. Tegur sikit, diam. Tegur sikit, merajuk. Macam mana nak progress begitu?
– cuba jadi terbaik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Wajar la awak sebagai suami cemburu dgn hubungan yg rapat si isteri dgn rakan sekerja lelaki, malah perlu dicegah, hubungan sepatutnya tk lebih dari sudut tugas dan pekerjaan, isteri awak kena sedar perkara ini, klu balik rumah pun dok masih berhubung malah melalut sampai ke tahap urusan peribadi, ni memang dah lebih dari sepatutnya, sebb ini akan membuka jalan untuk curang kepada pasangan masing2, baik suami ataupun isteri, klu nk berhubung hanya urusan kerja, ok la jugak, awak perlulah bersemuka secara serious dgn isteri awak, tapi tak tau apa pulak kesannya nanti, mudah2an Allah selesaikan semua masalah awak dan dipermudahkan semua urusan awak dn keluarga
Redflag sangat. Jangan jadi DAYUS bang oiii. Aku banyak kenal bini orang spesis macam ni kat tempat kerja. Memang dah sah menyundal as office wife. Kau kena TEGAS. Kalau kau mampu, suruh dia berhenti, cari kerja lain je. Kalau taknak juga, sah, tu office husband dia. Dah tak berenggang dgn phone tu, ye la tu. Satu nasihat aku, check dashcam kereta bini kau, tu pun kalau kau rasa dua tu pernah naik kereta sama-sama. Mana tahu, kau akan jumpa bukti yang tak disangka-sangka. Doa banyak-banyak bang sempena Ramadhan ni.
Tlg TEGAS dgn isteri.Jgn terus bg dia melayan z takut nanti lps ni dia ada mslh dgn awk dan famili awk…dia pula luah dkt z.
Jarum halus mula dicucuk end up awk yg berpisah
Apa fungsi awk sbg suami?x reti tegur ke takut dgn bini?
Ckp yg awk x suka dia bercerita psl lelaki lain dan tlg jgn rapat dgn lelaki lain melayan smpai bawa cerita ke dlm rumah.Salah tu bro
Tahniah tuan kerana tuan masih lagi mnjga batas pergaulan wlpn bnda boleh.sebaiknya tuan cuba bg secara halus,share video2 ust berkaitan isu tuan hadapi ni melalui whatsapp.tuan cuba amik jiwa isteri tuan.somthing yg tuan xprnah buat sebelum ni.mgkin isteri tuan bosan dgn tuan?ni skadar cdgn.