Jejak Rohana

Assalamualaikum. Kak Na. Lama sangat saya mencari kak Na. Kak Na ingat lagi ke abg Castello? Saya minta maaf sebab mencari kak Na. Family saya tertanya-tanya ke mana kak Na menghilang sejak peristiwa tahun 2006. Kak Na ingat lagi tak?

Sejak tu kita lost contact. Kak Na hilang dari kami. Abah tertanya-tanya kak Na sihat tak? Saya doakan kak Na berbahagia hingga ke hari ini. Mungkin kak Na dah berkahwin dan mempunyai family sendiri .

Kak Na ingat lagi tak, kita selalu berjumpa masa Kak Na belajar di UPM. Selalu jumpa kat Pudu. Masa tu abg Castello akan balik bercuti & lepak rumah abg Raz menyewa rumah di Pudu. Saya selalu teman abg Castello dating dgn Kak Na.

Abg Cast (saya pendekkan Castello) tu nampak nerd. Tapi dia garang sangat. Macam singa. Dia baik dgn Kak Na. Kak Na selalu pesan jangan ambik hati dgn abg Cast. Haha. Abg Cast tu memang macam tu. Dalam hati ada taman. Luar je garang.

Tahun 2003 masa mak kami sakit, kak Na datang menjenguk dan teman saya. Pujuk saya jadi kuat untuk jaga mak dgn baik ketika dia sakit. Kak Na banyak tolong saya. Abg Cast marah saya sebab saya cakap nak gi keluar kejap. Haha. Abg Cast marah kecik-kecik nak becinta katanya.

Padahal abg Cast tak tahu saya cuma berkawan je dgn budak Pee tu. Tak kuasa nak bercinta . Abg Cast cepat sangat nak marah. haha. Penjaga adik sangat. Kak Na pernah cakap abg Cast ni tak suka saya kawan dgn budak laki. Bahaya katanya.

Abg Cast ni tentera. Selalu cuti lama sikit dari biasa. Malam2 kita keluar sama. Makan ramai-ramai. Nama abg Cast sedap tapi panggil Castello sebab botak macam Rosyam Nor. Nama tu hanya Kak Na dgn dia je kan tahu. & Saya tahu sebab kita rapat.

Tapi tu semua suatu masa dulu. Saya tahu tak patut saya cari kak Na lagi.Tapi saya teringat sangat dgn Kak Na sejak 2 3 hari ni. Ingatan saya pada kak Na membuak-buak. Mungkinkah kak Na juga sedang mencari saya?? Kita terpisah kerana Waktu.

Walaupun dah 12 tahun terpisah, saya tetap sebut nama Kak Na. Kami semua teringat Kak Na. Kak Na rasa bersalah ke? Jangan sesekali rasa besalah kak Na. Semua tu ketentuan Allah. Kita tak mampu halang perjalanan takdir.

Kak Na nak tahu tak.. Pada hari tu kan.. Ketika Abg Cast nak pergi rumah kak Na, dia excited sangat2. Saya nak ikut tapi dia tak bagi . Dia cakap tunggu la kat rumah. Suatu masa nanti kak Na mesti datang jugak. Dia senyum je. Sampai tak nak makan. Punyala excited kan.

Berjam-jam dia pergi rumah Kak Na maklumla perjalanan jauh kan. Mesti makan masa. Kita pun berhubung petang tu Kak Na bagitahu abg Cast nak balik dah. Kul 4 gerak balik.

Namun siapa sangka…Malam berlabuh sepi. Yang ditunggu tak kunjung tiba. Seawal jam 1.30 pagi… Polis call nombor Hp last call & memberitahu Abg Cast terlibat dalam kemalangan jalanraya. Menggigil!! nadi bagai terhenti. Lemah jiwa. Dan saya tahu kak Na juga luluh hati kerana Abg Cast bekeras nak balik & lalu jalan yg dia tak pernah lalu.

Saya bergegas dgn abg Radi ke hospital jam. 2.00 pagi. Ayah & adik beradik tunggu di rumah sebab masing-masing ada anak kecil. Tiada air mata saya ketika itu.

Sampainya di hospital, Kami berdua menanti dgn bertemankan ayat-ayat al-Quran. Agar semuanya selamat. Berdebar jantung. Tangan kesejukan. Mata makin berkaca. Ya Allah…. tabahkan hati.

Dalam 1 – 2 jam kemudian, kelihatan kereta polis & ambulans masuk perkarangan hospital . Ada plastik hitam di dalamnya. Kaku. Saya terpana.

Dan saat itulah saya menangis semahunya. Saya kehilangan abg Cast!! Abg sulongku. Abg yg selalu saya gaduh. Abg yg sentiasa marah saya. Saya terduduk sepi. Abg Radi juga menangis. Dalam ambulans pula abg Raz patah kaki. Dia masih mampu tersenyum. Dia cakap dia saksi semua tragedi tu. Dia fobia.

Hari semakin siang. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Saya semakin terhimpit rasa bagai nak mati. Azan subuh berkumandang . Allah Maha Mengetahui dan lebih menyayangi hamba Nya. Saya redha.

Lebih kurang jam 8 Selesai postmortem dan jenazah di bawa pulang untuk urusan pengebumian pula. Arwah Abg Cast tiada kesan luka. Tetapi dada remuk dan sedikit darah dibibir kerana hentakan kuat didada.

Kelihatan kak Na sekeluarga datang pada hari tersebut . Namun tiada sepatah kata mampu terluah. Itulah kali terakhir kami melihat kak Na . Dan kak Na orang terakhir berada di kubur. Menangis teresak-esak. Kami tak mampu bersuara. Kami faham perasaan kak Na.

Dari jauh kami melihat. Mungkinkah kak Na rasa ralat? Jangan kak Na. Itu semua ketentuan Allah. Kalaupun bukan arwah balik beraya dari rumah kak Na … Dia tetap AKAN PERGI JUGA kerana itulah masanya .. itulah tarikhnya. Tak siapa mampu ubah . Tarikh. Masa dan tempatnya.

Untuk Ka Na…. Saya harap saya dapat jumpa kak Na. Anak saya dah 3 orang. Mungkin kak Na pun sama atau lebih. Saya nak jumpa kak Na kerana kak Na pernah menjadi sebahagian dari kami. Walapun hajat arwah tak kesampaian tapi kak Na tetap menjadi sebahagiaan dari kami. Suka duka dahulunya .. Itulah kenangan yg terindah bersama arwah abg Cast. Semoga ada doa diselitkan untuk abg Cast.

Jika kak Na membaca confession ini. Saya berharap kak Na tak salah faham. Kami sayang kan kak Na. Kami rindu kat kak Na. Semoga kak Na berbahagia selalu. Namun andainya kak Na telah kembali pada Allah… semoga Allah membalas segala jasa & kebaikan kak Na pada kami suatu masa dahulu.

Terima kasih Kan Na pernah hadir dalam hidup kami. (Nama sebenar bukanlah seperti dalam ini untuk menjaga nama baik… tapi Rohana… Adalah nama sebenar Kak Na. Cuma aku tak ingat nama ayahnya.)

Ya Allah..

Aku rindu mereka. Al-Fatihah.

– Atie

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *