Jejaka Berselindung Disebalik Almari

Hello, saya ingin menceritakan sedikit kisah berkenaan seorang lelaki lurus yang bernafsu serakah terhadap jantina sejenis berselindung disebalik imejnya yang sedikit beragama.

Dia merupakan seorang yang bermotivasi tinggi dan berkaliber dalam memimpin jawatan tertinggi. Peribadinya dikatakan sangatlah ramah, mesra, sedikit annoying in a good way (tidak dinafikan memang benar).

Akan tetapi, disebalik perwatakan itu, dia mempunyai sisi gelap yang mampu membuatkan orang disekelilingnya tersedak dan melutut dalam sekelip mata.

Wahai kaum hawa diluar sana, saya ingin memberi peringatan bahawa berhati-hatilah dengan kewujudan individu sebegini.

Hal ini kerana jejaka ini telahpun terlibat dengan aktiviti diluar tabii yang boleh merosakan kehidupan mahupun menjejaskan kesihatan kaum hawa yang tertarik, terpikat dan bersama dengannya.

Diperingatkan sekali lagi, individu ini belum pernah lagi melaksanakan saringan kesihatan se*sual.

Jika anda yang terlintas dalam fikiran ingin melibatkan diri dalam aktiviti bersama, tepuk dada tanya diri sendiri dan iman. Adakah perkara ini perlu dilakukan?

Diingatkan untuk bertanya dahulu berkenaan kesihatan se*sual pasangan terlebih dahulu supaya tidak merana sebelum mengikat hubungan rumah tangga ikatan sah bersama yang tercinta dimasa hadapan.

Sekian, terima kasih.

– Zack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *