Assalamualaikum. Masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Jemaah Islam. Yang berminat nak tahu boleh teruskan bacaan. Yang tak minat boleh skip.
Jemaah Islam ni apa benda sebenarnya? Secara ringkasnya, jemaah ni adalah kelompok masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam diketuai oleh khalifah Islam. Alah, macam zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin dulu tu.
Yang tak biasa dengar mungkin akan serabut. Ilmu agama basic pun dah pening, inikan pula nak dengar pasal jemaah ni. Serabut je kan. Tapi perlu ke jemaah Islam ni?
Ada yang cakap, hidup buat yang basic pun cukup. Solat mengaji pun dah cukup. Buat apa nak follow jemaah – jemaah ni. Tiada paksaan untuk sertai jemaah, cuma saya nak explain je serba sedikit supaya kalian faham.
Biasa dengar kisah Imam Mahdi? Ya akhir zaman nanti, Imam Mahdi akan turun ke bumi dan menjadi pemimpin kepada seluruh umat Islam di dunia. Ketika itulah tertubuhnya khilafah Islamiyyah (pemerintahan islam) yang diketuai imam mahdi.
Sekarang kita berada di zaman keempat dari 5 zaman yang nabi sebut. Apakah 5 zaman tersebut?
Zaman 1 : Zaman Nabi
Zaman 2 : Zaman Khulafa’ Ar-rasyidin
Zaman 3 : Zaman Umayyah Abbasiyyah Uthmaniyyah
Zaman 4 : Zaman diktator (pemerintah yang zalim)
Zaman 5 : Zaman Imam Mahdi
Sekarang kita berada di zaman yang keempat, zaman pemerintah yang zalim dan zaman yang penuh dengan fitnah.
Zaman sekarang ni terlalu ramai yang terkena penyakit wahan (cintakan dunia). Dunia dikejar seolah tiada akhirat. Yang bergelumang maksiat dipuja, pemerintah zalim disanjung. Ya inilah zaman kita sekarang.
Ramai yang menantikan pengakhiran zaman keempat ni kerana tidak sabar mahu menunggu kehadiran Imam Mahdi. Nanti Imam Mahdi bersama-sama Nabi Isa akan memerangi Dajjal.
Di Malaysia, kebanyakan jemaah berselindung di sebalik NGO dan ada juga berdaftar sebagai parti politik. Mari saya sebutkan contoh jemaah popular di Malaysia. Antaranya jemaah Tabligh, Ikram, ISMA, Sinergi, Pas, Abim, IRC, Haluan dan pelbagai lagi.
Tahukah anda? Anwar Ibrahim juga merupakan bekas ahli jemaah dan pernah menjadi presiden Jemaah Islam Abim.
Jemaah ni semuanya mempunyai agenda yang sama, nak menuju ke arah Daulah Islamiyyah (negara Islam).
Cuma yang membezakan jemaah-jemaah ni ialah cara dan sistem mereka. Masing-masing ada sistem tarbiyah tersendiri melalui usrah, namun dalam masa yang sama ada cara dakwah masing-masing.
Islam ini syumul. Sepatutnya Islam ni perlu diterapkan ke dalam semua aspek tak kira lah pendidikan ke, pemerintahan ke, perundangan ke.. Kita sepatutnya kena contohi zaman pemerintahan Nabi.
Bagaimana nabi berjaya menjadi pemerintah yang adil dan dihormati walaupun ada je rakyatnya yang non-muslim pada ketika itu. Begitulah yang kita mahu. Kita semua perlu duduk di bawah satu jemaah.
Apabila kita duduk dalam jemaah, kita lebih mudah bersatu hati. Bayangkan masing-masing mainkan peranan untuk dakwah Islam. Dalam jemaah islam di Malaysia ni, kebanyakan ahlinya adalah golongan professional dan juga golongan agamawan (sudah semestinya).
Ramai juga public figure yang kalian kenal antaranya adalah ahli jemaah islam, cuma isu jemaah ni agak sensitif di Malaysia kerana kerajaan Malaysia secara amnya dari dahulu sangat tidak sukakan apa-apa yang berunsurkan islamik.
Macam di universiti lah, kalau nak organize ceramah agama, mesti susah nak diluluskan. Tapi kalau konsert menyanyi melalak cepat je lulus.
Ya begitu jugalah dengan kerajaan negara kita. Lihat sahajalah di kaca television, mana lebih banyak.. program keagamaan kah atau program hiburan yang melalaikan?
Apa2 pun bergantung kepada pemimpin. Memandangkan kita diperintah oleh pemimpin yang zalim, apalah sangat kita expect kan.
Isu jemaah ni sangatlah rahsia sebenarnya. Tiada siapa berani beritahu secara terbuka dia masuk jemaah mana. Masing-masing hidup secara sederhana dan dalam masa yang sama, masih aktif bersama jemaah.
Saya pernah bersama jemaah A, dan jemaah A ini berdaftar sebagai NGO. Jemaah A banyak memperjuangkan untuk pendidikan.
Saya pernah menjadi speaker dan fasilitator untuk kem pendidikan dan langsung tidak dibayar gaji. Kerana itu adalah sumbangan ikhlas saya untuk jemaah.
Pernah juga menjadi guru di sekolah jemaah A, gaji dibayar sangatlah rendah berbanding gaji di sekolah kerajaan, tapi inilah perjuangan kami. Nak bantu terapkan pendidikan Islam kepada anak-anak komuniti.
Kami juga ada buat kelas tuisyen percuma kepada anak miskin di bandar dan anak gelandangan.
Tapi program kami tidak popular. Yelah kerana program kami di bawah NGO. Kami juga buat kem untuk pelajar sekolah. Banyak lagi sebenarnya sumbangan jemaah A yang ramai tidak tahu.
Jemaah B pula, banyak menyumbang untuk para pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Jemaah B inilah yang banyak jaga ‘student’ kita di luar sana, jaga iman mereka, selalu anjur usrah supaya tidak terbabas iman mereka, jaga kebajikan mereka.
Hasilnya, ramai doktor-doktor dari luar negara yang sekarang masih aktif bersama jemaah B. Jemaah B ini ramai golongan professional dan mereka sering anjurkan forum ilmiah, program2 ilmiah dan sebagainya.
Sekarang, doktor-doktor ini pula yang jadi murabbi dan naqib/naqibah kepada ahli-ahli baru. Jemaah ini juga ada sekolah sendiri, perniagaan sendiri dan hiburan sendiri (ada public figure dan artis yang bernaung di bawah jemaah ini).
Mereka famous dan hiburan mereka adalah untuk sampaikan agenda jemaah (dakwah melalui hiburan).
Jemaah C pula berdaftar sebagai parti politik. Meskipun baru dikecam sebagai pelacur politik, namun jemaah ini tetap utuh dan sangat ramai pengikutnya. Ramai tidak tahu asas kepada jemaah C.
Jemaah C bukanlah sekadar parti politik biasa, tapi jemaah C turut memperjuangkan pendidikan, menekankan tarbiyah dan tidak lupa juga siasah (politik).
Jemaah ini juga ada tadika sendiri, sekolah rendah & sekolah menengah sendiri, dan kolej sendiri.
Jemaah D pula lebih menekankan sunnah nabi. Hidup penuh tawadhu dan pergi berdakwah sehingga ke india.
Ada juga fitnah untuk geng jemaah ini, ada yang kata ahlinya pergi berdakwah tapi tinggalkan anak isteri kelaparan. Tapi hakikatnya jemaah ini lah yang paling banyak ajak orang kepada kebaikan (mereka berdakwah melalui akhlak).
Contoh paling besar public figure dari jemaah ini ialah Ustaz Ebit Lew.
Jemaah E pula banyak beri sumbangan kepada gelandangan, orang susah. Jemaah ini juga berdaftar sebagai NGO. Saya pernah turut serta bersama jemaah ini pergi ke rumah orang miskin dan beri bantuan.
Ya kami beri bantuan takde pulak nak tangkap gambar kemudian upload di facebook atau instagram. Sebab usaha baik kami adalah untuk Islam, demi Allah. Biarlah Allah yang nilai kebaikan kami. Bukannya menagih like dan pujian manusia.
Banyak sangat kebaikan jemaah-jemaah ini. Masing-masing ada ekonomi tersendiri. Masing-masing ada sistem pelaksanaan mereka sendiri. Cara pengurusan juga tidak sama antara jemaah kerana method dakwah saling berbeza.
Mereka ada duit sebab ada bisnes untuk jemaah. Cuma nama jemaah-jemaah ini tidak sepopular Global ***wan. Kesemua jemaah saling menjaga kerahsiaan masing-masing demi meneruskan dakwah supaya tidak disekat oleh kerajaan.
Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi takut korang mual pulak baca. Ok lah tu je takat ni.
– Marshanda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit