Jemaah Tabligh Di Kampung X

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku Muaz. Saja share sini sebab aku rasa audience sini lebih matured. Jadi maaf kalau tulisan lintang pukang and panjang.

Banyak sangat masalah rumah tangga lately. Jadi biar aku share pengalaman lain dari yang lain pulak ya.

Trailer movie box office Indonesia KKN desa penari 2 dah kuar kan. Jadi ramai orang duk excited. Actually aku nak kongsi pengalaman ni sejak KKN 1 (2022) lagi. Tapi tulah. Tak tahu nak mula dari mana dan aku tak tahu nak cerita apa sangat. Sebab butiran lebih aku tak ingat mana.

Idea untuk tulis pengalaman ni bermula bila aku tengok 1 video tik tok tunjukkan Google maps location desa penari (Di Indonesia) tu. Allahu memang dalam benar kawasannya.

Dan kawasannya mengingatkan aku pada satu kampung yang aku pernah kuar tabligh di Kelantan (2021). Memang sebijik locationnya sama macam desa penari tu. Dalam, jauh, dan terperusuk. Kalau nak masuk kena masuk dengan 4×4. Kita panggil kg ni kg X la ya.

Sebelum masuk kesana, amersab (ketua jemaah) dah mudzakarah (perbincangan) kan tentang adab2 Safar dan adab2 masjid. Especially bila nak masuk kawasan pedalaman macam ni.

Route kami ni ke dalam kampung di pedalaman di dalam satu daerah di Kelantan. Antara adab extra yang ditekankan ialah:

1. Taat amersab sungguh2.

2. Jangan meliar ke kawasan masjid berseorangan walaupun ke tandas (especially selepas isyak).

3. Kalau ada keperluan di luar masjid, kena inform amersab atau seniors dalam jemaah.

4. Jangan tidur di tengah2 ruangan solat. Semua jemaah kena tido ditepi ruangan solat.

5. Semua ahli jemaah kena ada lampu suluh sebab malam kg x gelap gelita.

6. Jangan buat benda2 tak senonoh.

7. Jangan buat hal.

Dan banyak lagi. Pokoknya semua adab masjid kena amalkan. Dalam banyak2 larangan di kg X ni, yang no.4 tu yang aku paling suspicious. Kenapa tak boleh tidur di tengah2 ruangan solat? Aku dah boleh agak jawapannya tapi aku senyap and taat je.

Pernah dikhabarkan bahawa jemaah yang boleh masuk ke kg x hanyalah jemaah yang betul2 boleh taat amersab nya dan boleh taat mesyuarat. Mana individu atau remaja yang liar, tak lepas nak masuk kg X ni.

Ok. Kg X ni lawa. Yelah dalam hutan kan. Suasana sangat tenang. Pagi2 penuh kabus. Malam sejuk sangat sampai ke tulang. Yang paling best, kami jemaah duduk iktikaf di masjid X yang sangat besar dan lawa. Dibuat dari kayu sepenuhnya (yang tau kg X ni kat mana, senyap jelah ya).

Di sekitar masjid di kg X ni ada banyak pondok2 kecil tinggalan pelajar2 pondok. Disini dulu jadi pondok. Masa Kami kesana takde pelajar dah. Jadi memang senyap sunyi area masjid kg X ni. Orang kg ada. Tapi sunyi je sebab tak ramai. Untuk solat jumaat, cukup2 aja ahli kariah nya.

Aku seronok duk di masjid kg x ni. Memang sunyi. Tapi aku tenang. Nak main phone tak boleh sebab takde line. So kami banyak buat amal jelah. Amersab kami ada bawa panah (alasannya nak pergi buru kijang, tapi tak kena sekor pun).

Jadi time waktu free petang or pagi kami main panah tu jelah. Kadang2 bila budak2 dalam jemaah kami bosan depa g mandi sungai or kutip pucuk paku buat makan lunch or dinner nanti. Seronok.

Alhamdulillah, jemaah kami okay. Jenis boleh jaga adab dengan baik. Takde yang pelik2 sepanjang kami duk sana. Amersab kami pernah kuar tabligh di kg x ni dulu. Jadi dia agak tegas bab2 adab di kg x ni. Kami pun taat je.

Dan kami sama2 jaga satu sama lain, saling tegur satu sama lain. Walaupun ada budak2 tahfiz yang muda dalam jemaah kami, kenakalan mereka terkawal.

Bila malam menjelma, vibes seram tu takde sangat bagi aku sebab aku tenang dan rasa selamat duduk sini. Cuma aku tak suka pergi tandas lepas isyak sebab gelap gelita (takut terpijak makhluk berbisa) and sejuk. So aku akan elakkan minum air 2 or 3 jam sebelum tidur. Segala keperluan Hadas aku akan sempurnakan sebelum Maghrib. Cuma ada vibes lain bila waktu sepertiga malam.

Memang rutin jemaah akan bangun tengah malam untuk bertahajjud and buat amalan malam hari. Tapi ni amalan dengan kerelaan sendiri bukan dipaksa atau berjemaah.

Aku mengaku aku lemah bab bangun malam terutamanya dengan keadaan masjid x ni. Tandas jauh, tempat wuduk pun jauh. Malam2 pulak gelap gelita dia lain macam. Jadi aku akan habiskan amalan malam (Al mulk, Al Waqiah, zikir dan solat sunat etc) aku sebelum tidur.

Tapi aku pernah terjaga di tengah2 malam. Vibes dia memang lain. Sekarang baru aku paham kenapa jemaah kena tido di tepi ruangan solat. Sebab ada jemaah lain tengah beribadat di tengah2 ruangan solat.

Jemaah yang kita tak nampak dengan mata kasar. Aku ni tak kasyaf. Memang aku tak nampak dengan mata kepala aku. Tapi selalunya aku boleh rasa bila ada entiti lain ada sekitar aku.

Perasaanya seolah aku boleh nampak dan rasa ada makhluk lain tengah solat, tengah zikir dan beribadat malam tu. Aku macam boleh nampak macam mereka tengah sujud, qiam dan duduk antara dua sujud. Ini biasa ya di mana2 masjid. di masjid kg korang pun. Akan ada.

Tapi bezanya di kg x ni, mereka sangat RAMAI. Seolahnya masjid kg x ni hub mereka. Memandangkan kg x ni tengah hutan, wajarlah kalau jumlah mereka ramai macam ni. Dah kampung dia, tempat dia dan kawasan dia. Mereka ni jinn Islam.

Sekarang baru aku paham kenapa adab sangat ditegaskan di sini. Ye weh, tempat dia. Takkan Kau nak buat sesuka hati kau. Aku rasa kecik sangat masa tu. Tapi mereka okayy. Tak kacau jemaah. Dia buat ibadat mereka je. Lagipun jemaah jaga adab dengan baik. So that’s why they’re fine with us being there.

Sepanjang kami di kg x, alhamdulillah takde apa2 benda yang pelik berlaku pada kami. Malah jadi pengalaman yang best. Rindu nak kesana lagi. In shaa Allah one day again.

To cut the story short, kami balik KL. Masa aku minum2 dengan amersab aku, baru amersab buka cerita.

1. Ada jemaah sebelum ni masuk kesana. ada remaja2 dalam jemaah tu. Satu hari budak2 ni jumpa sarang ular dekat mic masjid kg x. Jadi budak2 tu amek buang la dalam sungai. Bila waktu Maghreb menjelma, ada sorang ahli jemaah ni kerasukan. Kita namakan yang kena rasuk ni abang K.

Dalam kerasukan tu, abang K ni duk menggumam dalam suara kasar yang tak jelas “nak bola, nak bola”. Nak bola apooo.. takde sorang pun ahli jemaah tu paham. Nasib baik, ada ustaz masa tu. Ustaz tu kira hebat juga bab2 macam ni. Dia yang deal dengan kes ni.

Rupanya jiinn yang rasuk abang K ni mintak sarang ular yang budak2 tadi tu g buang. Rupanya tu rumah/tempat tinggal dia. Ayooo. Orang dah buang ke sungai bang. Jadi terpaksa lah gi settle kan kes di sungai bagai.

2. Satu lagi, abang K ni memang dah lemah orangnya. Tak silap aku sebelum ni pun dia memang dah sakit batin asbab amalkan ilmu Salah or keturunan. Dalam badan dia memang dah ada 2 or 3 ekor jinn dah sebelum masuk kg x.

Alhamdulillah ustaz tu jugaklah yang islamkan dan buang jinn dalam badan abang K. 2 ekor jinn sedia masuk Islam. 1 ekor taknak. Lebih kurang macam tu. aku ingat tak ingat. Jadi ustaz tu suruh jinn2 tu ke tempat lain (madinah or Indonesia) untuk belajar Islam.

Tapi ada isu sebab jinn tu tak boleh teleport ke tempat lain sebab area kg x ni sangat banyak jinn. Dia macam ada barrier macam tu. (aku tak paham sangat pasal ni, kalau korang tahu lebih pasal alam jinn, boleh share dalam ruangan Komen). Lepas pada tu aku tak ingat macam mana ustaz tu settle kan isu tu.

3. Pernah ada jemaah tidur di tengah ruangan solat, esoknya bangun di luar masjid. Ayooo. Kalo dia angkat letak tepi masjid okay lagi, ni luar masjid terus bhai. Bayangkan kau bangun2 subuh duk dalam semak. Sebab tu penting amalkan adab tido dan masjid.

4. Dikhabarkan jugak di kg x ni ada sekor babi tunggal setinggi pondok. Taktahu la tu memang betul2 babi atau jelmaan. Masjid x ni tak dipagar sepenuhnya. Dia bersambung terus dengan hutan belantara.

Jadi percentage untuk kau jumpa babi tunggal ni memang ada ya. Perangai babi tunggal ni suka sondol orang bila dia rasa dia diprovoke tau.

Jadi apa Persamaan desa penari dengan kg x?

Lokasi kami lebih kurang sama. Pedalaman. Tengah hutan. Populasi padat dengan makhluk lain selain dari manusia. Jadi kena jadi jaga adab sebaik mungkin.

Jadi apa perbezaan desa penari dengan kg x?

Penduduknya. Jinn dan manusia di kg x rata ratanya soleh solehah, beriman, beramal dengan cara Islam yang betul. Takde yang mensyirikkan Allah melalui apa jua cara. Di desa penari pulak, terlalu banyak adat resam lama yang mungkin bertentangan dengan ajaran Islam.

Tambahan pulak, di desa penari majority nya bukan Islam yang masih berpegang teguh pada budaya, ajaran dan adat resam nenek moyang.

Jadi apa yang kita boleh belajar dari desa penari dan kg x?

1. Menjaga adab dan menghormati adat saat berkunjung ke suatu tempat walaupun adat kepercayaan penduduknya bertentangan dengan ajaran Islam.

Benda ni applicable bila korang travel ke tempat yang majority bukan Islam ya. Walaupun korang tak setuju dengan adat mereka, korang diam je.

2. Jaga lidah and sikap kita. Mulut jangan celupar dan suka cakap besar. Bukan tempat kita. Jangan terlalu selesa. dan Jangan sesekali nak buat onar tempat orang.

Bila kita buat maksiat atau benda2 tak senonoh (especially di tempat yang padat dengan penduduknya bukan dari bangsa manusia), mereka ni boleh tengok kita bermaksiat dan boleh doa keburukan terus untuk kita. Nak2 kalau meraka ni jenis yang soleh solehah, Allah makbulkan trus doa mereka. Tu kita dapat laknat.

3. Jaga amalan harian kita. Kita orang Islam kita ada banyak amalan harian yang nabi Muhammad saw galakkan kita amal. Zikir pagi petang, Al Quran, doa2 etc untuk keselamatan kita dan sebagainya.

Masa aku g pasar Filipin di Sabah, kawan aku nasihatkan suruh banyakkan Selawat sebab peminta sedekah sana kuat juga pukau. So sepanjang trip aku kat Sabah okay je selamat alhamdulillah.

Lastly, ada satu hal yang buat aku tak suka cite KKN ni. Yang ending cerita tunjuk Nur ni selamat sebab dia ada khadam yang jaga dia. Bukan ke orang Islam kena letakkan 100% pergantungan pada Allah ke?

Selain pada Allah takleh buat apa2. Why not tunjukkan Nur ni selamat sebab amalan harian dia ke, sebab dia selalu baca ayat kursi ke. Barulah penonton akan yakin kepada amal bukannnya pada belaan Saka nenek moyang.

Ending ni la yang aku rasa agak disappointed as a Muslim. But then movienya hasil produksi negeri konoha. What do you expect kan? Kita amek bagus jelah.

Okay lah guys thanks for reading. Sorry ada yang silap tulis etc. aku tak pandai mana pun. Kalo ada silap, buleh komen kat bawah.

P/s: geng2 yang berkhadam orang tua, harimau putih, puteri tujuh etc tolong jangan kecam aku. Aku tak pandai mana dan aku taknak jatuhkan hukum syirik pada sape2.

Minta Jasa baik alim ulamak, ustaz ustazah dan orang2 berilmu yang baca sharing ni dan bagi pencerahan pasal khadam2 ni dalam ruangan komen.

– Muaz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *