Jemaah Universiti

Hai, Assalamualaikum. Sebenarnya dari tadi tersenyum-senyum sebab teringat memori dulu-dulu masa cari idea nak tulis dekat confession ni.

Yes, ni confession pasal jemaah, sebab ada terbaca beberapa siri sharing daripada bunga dengan kawan dia.

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-jemaah/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kerana-jemaah-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/kerana-jemaah-iii/).

Hai korang. Semoga diberikan kebaikan dan dipermudahkan segala urusan.

Sebelum kita mulakan eloklah diperkenalkan diri dulu kan. Nama ana, Hassan (bukan nama sebenar), hahahahaha. Alamak, kekwat kot. Dah la first time aku menulis dekat sini.

Sorry la ye, kalau bahasa tak berapa nak indah. Support la sikit bbnu dekat sini. Haha.

Okeylah, aku nak cerita ni dulu-dulu masa aku zaman muda remaja pernah la aku terikut dengan satu jemaah ni.

Tapi aku rasa macam jemaah lain dari bunga dengan kawan dia yang aku ikut ni. Entah, diaorang lagi tahu kot.

Aku mula-mula terjebak dengan jemaah ni sebab nak try berubah jadi baik kononnya. Yelah dah masuk universiti islam kan. Why not ambil kesempatan buat perubahan ke arah yang lebih baik.

Kemudian time tu aku pun start la belajar-belajar solat dekat masjid.

Pendekkan cerita aku terjumpa geng-geng jemaah ni dekat masjid uia tu diaorang duduk area tepi masjid lepas solat asar, sorang baca kitab yang lain kerumun.

Aku pun try la tanya, boleh join sekali? Diaorang kata mai, mai, sila-sila.. jom kita dengar sama-sama.

Bermula pada situ la, hidup aku boleh kata hari-hari dalam circle jemaah ni. Asal pergi masjid je, kena tegur dengan diaorang-diaorang ni.

Asal lama tak datang solat jemaah je, dicari sampai ke bilik dekat hostel, tanya khabar, ada masalah ke? Okey tak.. baik kot diaorang.

Tapi yang tak boleh blah nya, setiap hari lepas solat maghrib geng-geng ni duk kacau orang pergi ketuk pintu-pintu bilik orang.. jumpa budak-budak dekat hostel bagi ceramah. Haha.

Tapi lama aku duk perati je diaorang ni, ntah macam mana aku pun terikut sama join pergi ketuk-ketuk. Baru la aku rasa sendiri pengalaman tu macam mana.

Serious aku ni dah la tak suka berkawan kemudian tak pasal-pasal jadi ramai pulak kenalan dekat satu hostel tu.

Muka pun dah kena mark dah, budak ni ikut jemaah ni. Ada jugak yang melarikan diri ingatkan aku ni geng campus buddies. Yang badan pencegahan maksiat dekat uia masa tu. Haha.

Eh, alamak dah panjang la, kenangan ikut jemaah ni banyak sangat.

Aku pulak tak pandai nak cerita guna point-point penting je sebab bagi aku flow perjalanan pengalaman aku dengan jemaah ni semua penting.

Tapi yang paling penting sebenarnya, aku sebenarnya nak bagitahu satu saje, jemaah yang aku join ni macam ada yang sama dengan jemaah bunga dan kawan dia tu,

Kata kena taat Amir, cerita-cerita pengorbanan untuk akhirat dan lain-lain. Tapi banyak jugak yang lain…

Itu yang aku macam confius, sebab semua pakai term jemaah. Korang confius tak? Hahaha. Ntah la, tak tahu nak huraikan macam mana.

Apa-apa pun aku pun dah tak aktif dah ikut jemaah ni. Harap-harap semua kita selamat lah ya daripada kehidupan yang menyalahi tuntutan syarak.

Semoga yang terpesong kembali ke jalan yang lurus..

Okey ke aku tulis ni? Kalau okey bagitahu la dekat comment, nanti aku try tulis-tulis lagi pengalaman aku dalam jemaah.

Best Regards,

– Hassan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *