Jemput-jemput untuk Abah

Bismillahirrahmanirrahim..

Confession ini aku kongsikan sekadar untuk memperingatkan diri aku dan kita semua bahawa apa yang kita punya, kita tatap, kita pegang dan kita nikmati harini cuma pinjaman semata-mata. Hatta rezeki yang masuk ke mulut kita juga jika Allah tidak izinkan untuk kita makan jatuh jua ke tanah. Semoga kita dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur dan menghargai semua perkara yang datang dan pergi dalam hidup kita.

Ya, aku masih punya kedua ibu dan abah. Alhamdulillah atas rezeki yang Dia pinjamkan ini. Sehingga minggu lepas, 1/3/2019 hari lahir ku yang ke 29 aku masih merasa nikmat kasih sayang mereka dan saudara serahim ibuku. Terima kasih Allah.

Aku anak sulung dari 4 beradik, 3 perempuan 1 lelaki dan yang bongsu adalah lelaki. Abah aku masih bekerja dalam sektor swasta di Johor, cumanya dia tak serumah dengan kami atas faktor jarak tempat kerja dan ibu kami bimbang abah aku keletihan memandu hari2, seakan faham dengan keadaan abah. Syarikatnya menyediakan kemudahan tempat tinggal di sana. Abah cuma pulang ke rumah seminggu sekali atau bila dia punya hari cuti tertentu. Dalam sebulan adalah 2x ibu akan ikut abah kami pulang untuk tolong masak, kemaskan dan temankan abah.

Aku dan adik2 masih tinggal serumah dengan ibu atas faktor tempat kerja kami dekat dengan rumah, cuma adik aku yg no 3 masih belajar di utara tanah air. Ikatan kami adik-beradik baik2 sahaja, cuma biasalah, masih ada pasang dan surut, bak kata ibu aku adat adik beradik salah faham sikit2 tu biasalah, cuma jangan berlarutan, tak elok.

Abah aku tahun ni berumur 57 thn dan ibu 53 thn, kudrat kesihatan mereka makin hari makin kurang. Maklumlah. dah usia emas. Mulanya aku hanya berfikir mencapai usia emas itu cuma proses biasa, rupanya bagi aku sebagai anak untuk terima hakikat mereka semakin tua buat aku merasa kecewa dan takut tiba2.

Tak tergambar perasaan takut dan kecewa itu kerana Allah Maha mengetahui seperti apa yg aku rasa. Abah aku memang penggemar jemput2, dari mula kahwin sampai sekarang sarapan dan minum petangnya berbanding kuih lain, jemput2 memang jadi menu pilihan dia.Jadi tak peliklah kami semua diajar buat jemput2 dari kecik.. hehe..

Baru2 ni abah pulang nak siapkan kabinet dapur kami, macam biasa aku adunkan jemput2 bawang dan ikan bilis untuk abah. Pesannya pada aku, “gorengkan jemput2 abah tak payah garing2 tau kak, gigi abah dah patah nak makan keras2 dah tak boleh, adun pun lebihkan air tepungnya tu”, mulanya kami adik beradik sengih sesama sendiri sambil berbisik ngan ibu tentang jemput2 abah, sebab semua tau aku dan abah memang suka jemput2 garing dan rangup.

Tiba waktu aku masukkan adunan jemput2 dalam kuali, terasa macam ada yang menjentik hati aku, sampai hati aku berkata, macam tak percaya je abah mintak jemput2 lembut. Betul agaknya giginya tak kuat nak kunyah yang keras2. Dengan tenang aku habiskan adunan jemput2 aku goreng.

Malamnya kami santai2 tengok tv, dan abah mintak tolong tengokkan hpnya masih ada langganan internet atau sudah habis. Abah bercerita pada kami situasi tempat kerjanya, dia antara tenaga kerja utama dalan kilang itu untuk selesaikan kontrak2 kecik yg perlu disiapkan segera, ya, segalanya kerja berat.

1/3/2019, hari lahir aku, selang berapa hari, 3/3/2019 hari lahir adik aku yang ke 3, jadi kami rancang buat makan2 sikit untuk kami sekeluarga berkumpul. Mulanya aku bagitau abah tak payah balik, tapi katanya InsyaAllah abah balik, tapi lambat, ada kerja perlu diselesaikan.

Abah sampai rumah maghrib, kami pun siapkan hidang makanan, lepas abah solat maghrib dia suruh adik bongsu kami ambik barang kat kereta. Rupanya abah belikan kek untuk aku dan adik. Allah je tahu perasaan aku. Aku dan adik malas nak beli kek sebab kami tahu nanti tak habis makan, membazir. Rupanya abah singgah beli kek.

Hujung bulan ni, adik aku yang bongsu bakal menghadiri pemilihan akhir perajurit muda Tldm. Buat masa ni, tiada apa yang pasti. Cumanya abah dan ibu ada berbasa basi dengan kami adik beradik lain, doakan kejayaan adik, andai dengan izinNya adik lulus dan terus menjalani latihan, kita doakan keselamatan dan kesejahteraan adik. Andai bukan rezeki adik, abah kata kita semua akan sentiasa doakan yang terbaik untuk adik dan semua ahli keluarga.

Saban hari, aku jua dapat khabar kawan2 sekolah, dan kawan universiti kehilangan ayah/ bonda/ ahli keluarga. Dan aku tak terlepas daripada berfikir bagaimana caranya aku menghadapi kehilangan itu, hanya Allah ada jawapannya.

Ya, kasih sayang sesama manusia sementara baik antara suami isteri, ibu dan anak, kakak/abang dan adik, tapi sungguhkan sementara, penghargaan dan mensyukuri kasih sayang itu adalag yang sebaiknya buat kita.

Saling mendoakan yang baik2, elakkan hasad dengki dan iri hati, bersangka baik sesama manusia, buang rasa curiga, mohon bantuanNya untuk kita mampu jaga akhlak, lidah, dan hati kita pada ahli keluarga dan orang lain.

Aku bukan kakak yang baik, anak yang baik, cuma aku selalu mencuba jadi yang terbaik sebab aku takut aku yang pergi dulu sebelum mereka dan takde perkara yang baik mereka ingat tentang aku.

Akhir kata, aku titipkan doa buat semua supaya Allah sentiasa pimpin dan bantu kita jadi baik. Semoga kita diberikan kekuatan utk berbakti pada ayah bonda selagi umur mereka ada. Aamin.

Salam sayang,

– Kak Long

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *