Assalamualaikum wbt.
Terima kasih admin andai confession ini diterima.
Saya tidak pasti adakah tiada salah saya konfesi secara benarnya apa yang didalam hati. Atau sebenarnya diam dan sorokkan dalam hati itu lebih baik untuk dunia akhirat saya. Mohon pembaca komen mengenai persoalan ini diruangan komen.
Sejujurnya, saya rasa hidup saya seperti tunggang terbalik tetapi saya sentiasa memakai topeng optimism, yang membuatkan saya masih hidup sekarang dan masih mampu bergaul dengan kebanyakan manusia.
Sebagai pengenalan, saya seorang perempuan, umur 33 tahun, kerja di sebuah kedai barang, gaji masih belum capai rm2k, belum berkahwin dan masih tidak nampak batang hidung bakal suami. Ya Allah, ampuni dosa saya kerana seperti mengeluh akan suratan jodoh saya, tapi ya Allah, beban dihati ini perlu dikeluarkan untuk hati menjadi ringan dan senang dibawa kemana mana.
Aku rasa jika ada mana-mana lelaki yang melamar aku, mudah saja untuk aku terima dan menyayanginya, asalkan dia cintakan Allah serta rasulNya. seorang Islam, menjaga batas pergaulan, tidak merokok dan menghormati orang tua dan seorang yang bertanggungjawab dan baik tiap butir bicaranya.
(Mohon pembaca maafkan saya sebab selepas ini saya gunakan ‘aku’ sebagai ganti nama pertama).
Namun, aku terlalu memikirkan yang bakal suami aku nanti, I can imagine how ibu akan ada sahaja ingin point out kekurangan yang bakal suami aku ada dan merendah rendah kan aku. Aku jadi takut untuk kahwin. Aku takut juga satu persatu rakan rakan aku berkahwin, dan aku dalam ikhlas ada kelatnya mengucapkan tahniah kepada mereka. Aku tidak cemburu jauh sekali dengki, tapi aku sedih dan memikirkan apa nasib aku.
Kadang, ada suara dalam hati, alangkah baiknya andai tuhan menjemput nyawa aku dahulu, sebelum aku hidup lagi lama dan menempuh hari-hari yang mana manusia memandang aku dengan jelek, sebagai anak dara tua. Aku mahu mati, tapi aku juga mahukan syurga. Andai ada satu tempat yang boleh aku pergi, dimana masyarakat sana tidak kisah soal kahwin, anak dan cucu, mungkin aku boleh menyelinap ke sana. Tapi aku juga gusar, menua seorang diri, tanpa manusia di sisi, sedang aku makin lemah dan tidak berdaya untuk berdiri.
Aku kini, boleh lagi bergelak menempelak soalan soalan manusia, bila mahu kahwin?bila nak makan nasi minyak ni?sudah ada yang istimewa?
Tetapi bagaimana 5 tahun akan datang?10 tahun?15 tahun akan datang?
Aku takut untuk kahwin. Tetapi aku takut juga untuk tidak kahwin. Dan aku tidak berani untuk mati, sedang dosa meninggi menembusi 7 lapisan langit.
Wallahu’alam…
– Wadinda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit