Salam reader semua. Namaku Esah dan itu semestinya nama samaran sahaja takkan nak letak nama betul, hahaha. Aku dah mendirikan rumah tangga, dah ada seorang anak dah pun.
Hidup aku pjj dengan laki aku which is laki aku kerja di kuala lumpur dan aku bekerja di sebuah negeri di selatan tanah air. So far anak aku memang aku yang jaga.
Aku duduk jauh dengan family aku which is perjalanan ke rumah family aku mengambil masa 8-10 jam perelis untuk sampai ke sana. Tetapi lain pula dengan keluarga mentua hanya dalam 40-50 minit sahaja jarak rumah aku ke sana.
Begini ceritanya….
Aku seorang yang independent dan boleh dikatakan aku memang banyak berdikari sendiri dek kerana aku pjj dengan husband.
Masa awal perkahwinan dulu, antara aku dan husband aku… akulah yang ada kereta ni pun sebab suggestion oleh orang tua aku, katanya baik beli kereta senang kemana kemari bawa gi kerja kalau hujan senang.
Motor pun aku ada. Masalah aku sekarang, family mentua aku suka ambil kesempatan atas kesempitan aku. Suka pakai kereta aku ke sana ke mari begitu juga motor aku.
Pada mulanya aku okay je tapi lama ke lamaan makin menjadi2.
Pernah satu ketika aku nak ambil balik motor aku sendiri, kena marah dengan husband katanya motor tu ayah nak bawa pergi masjid. Aku jadi pelik sekarang ni motor tu motor aku atau ayah dia yang punya.
Untuk pengetahuan korang motor tu aku beli sebelum kahwin guna duit keje masa cuti tunggu result spm dulu. Kadang terpaksa pendam je perasaan ni.
Bukan tu je, adik ipar jenis berduit tapi asyik kena pau je dengan dia. Padahal abang dia ada tu. hahaha ngan adik sendiri takde macam ni.
Bukan nak cakap gaji aku besar ke apa, aku pun keje makan gaji ada keje ada gaji takde keje takdelah gaji.
Bukan kedekut jugak, kalau barang murah boleh lagi.. ni time tengah sesak dia pau beli barang mahal, abangnya yang tahu ni buat2 tak nampak pulak. Haish serba salah kite.
Bila kita jarang balik rumah mentua kena abg ipar kata macam2 siap kena bahan lagi. Tak… masalahnya suami tak balik takkan aku nak balik sesorang ke rumah mentua. Seganlah kan. Haish macam2 laa haaa.
Pernah juga suatu hari tu, ada kenduri arwah belah keluarga suami, aku dah hulurkan duit untuk sampaikan kepada balu arwah kiranya sedekahlah sebab petang tu aku tak dapat datang kenduri sebab kerja.
Jadi aku pergilah kenduri arwah pada waktu malam, apanya aku kena malu dengan satu keluarga besar masa dalam rumah sana sebabnya ayahnya cakap “eh esah takan takde sikit duit sedekah bg kat mak usu ni” terkejut aku bukan kepalang.
Malu pun dapat sebab semua orang tertoleh dekat aku. Ya Allah memang terasa terus dalam hati ni. Sebabnya aku dah pesan duit tu dekat suami aku petang tu. Tiba2 ayah dia tanya mcm tu depan orang ramai pulak tu.
Ntah la. Kadang penat nak melayan orang rasa macam elok duk sensorang je ada suami asyik nak backup family dia je.
Mentang family kita jauh sana takde tempat nak luah perasaan. Rasa fedup ngan give up pun sama banyak. Tengok lah, kalau aku tak tahan aku undur diri je la.
Banyak lagi kisahnya tapi yang lain tu aku pendam dulu. Sekian saja dari saya. Terima kasih sudi membaca.
– Esah Ramlah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit