Assalamualaikum.
Terima kasih la ye admin kalau approve post ini. Objektif aku post benda ni sekadar nak kongsi je apa yang berlaku dalam keluarga belah mak aku (adik-beradik mak). Harap korang faham la apa aku cuba sampaikan.
Okay for the intro, adik-beradik mak aku ramai. Ada 13 orang. Kalau tak silap aku, perempuan 9 orang, lelaki 4 orang. Okay, fahamkan cerita selanjutnya.
Adik-beradik mak aku ni memang asal kampung. You know, kampung as in memang orang kampung la. Orang susah. Tapi dalam adik-beradik dia ada beberapa orang cikgu termasuk mak aku. Beberapa orang je la yang berjaya dan yang selebihnya ada yang tak kerja, ada yang suri rumah dan ada yang tak sambung pengajian. Macam kalau orang sekarang kata, belajar takat sekolah lah. Banyak dah yang kahwin, semua dah ada anak la. Dan, family kitorang antara family educated la sebab adik beradik aku memang semua sambung belajar sampai tahap degree diploma sebab ayah memang jenis nak anak dia educated. Tapi aku tak kisah bab tu.
Yang aku kisah sekarang, aku perasan adik beradik mak aku ni, diorang suka label kitorang as Orang Berduit. Which, aku faham, sebab ayah aku memang agak berduit sikit (bukan berlagak ok), tapi itu atas usaha ayah aku sendiri. Dulu sebelum ayah aku berduit, diorang taktau payah jerih ayah aku nak besarkan perniagaan dia. And sampai la tahap sekarang. Tahap dimana company ayah dah bertapak la jugak. Siap bukak satu company untuk abang aku lagi. Alhamdulillah.
Tapi, yang jadi permasalahan dia, aku cam tak suka la adik-beradik mak aku ni dok label kitorang macam kitorang ni berduit (yang berduit tu ayah aku, bukan adik beradik aku!), and diorang tu takde duit sangat. Bukan apa, yang aku perasan dari aku kecik sampai sekarang, asal bila balik kampung je haaa mulalah kalau mak aku bercerita something tu kan mesti diorang akan selit ayat macam (sambil pandang aku)(aku tak faham kenapa kalau dia cakap mesti dekat aku, maybe sebab aku perempuan),
“Alah, ayah kau kan kaya. Takyah risau2 la. Mintak je apa mesti dapat”
“Kau mintak je la ayah kau, macam tu je dia bagi taw”
And, aku pun mula la buat muka sengih je macam biasa. Dalam hati rasa macam hmm. Ayah aku memang adik beradik aku dari kecik sampai la besar memang diajar untuk dapatkan benda tu berdikari dan berusaha taw. Contoh, kalau kau dapat No 1 dalam kelas, haaa baru la kau boleh claim hadiah. Kalau setakat nak mintak saja2 tu memang susah sikit la nak dapat. Haih apesal la makcik2 aku ni perangai macam ni.
Tu belum lagi bab mengumpat diorang. MashaAllah. Aku malas nak cite bab tu. Dan satu lagi, mak aku ni dia rajin pergi travel dengan kawan-kawan sekolah dia. Memang bagus lah cikgu sekolah tu haha. Tapi mak aku ni taknak kalah. Bab travel mesti negara Eropah. Tapi mak aku dia guna duit kutu dia la. Duit tu dia memang buat untuk travel la. Semua hasil duit dia sendiri. Dan nak dijadikan cerita, semalam mak aku baru balik dari Paris, London semua tu. Aku pergi ambik dia kat KLIA. Dalam perjalanan balik tu mak aku pun cerita dia tak dapat nak beli something untuk adik adik dia sebab mahal sangat. Memang mahal tak terkata katanya.
So nak dijadikan cerita mak aku ni serba salah la. Nak belikan adik, adik ipar dia semua tak dapat sebab mahal. Pastu yang buat aku panas sikit tu, adik beradik mak aku ni tahu order je. Tapi jenis tak reti nak hulur. Excuse me! Korang tahu tak barang sana mahal, pastu kirim barang taknak kalah. Nak G-Shock la, nak jam Fossil la, nak handbag la. Duit ada bagi? Takde! Yang tak boleh blah, makcik aku sorang tu siap order nak handbag yang range dia RM200. Gila! Mana boleh dapat harga tu kat sana. Lepastu sukati je nak order2 tapi duit tak reti nak hulur. Haih
Masa mak aku cakap tu, aku terus je cakap
“Ai tahu kirim je? Duit mana duit?”
Mak aku pun terus senyap. Dia serba salah la tu. Aku rasa mak aku pun dah perasan yang aku ni kalau dia bercerita pasal adik beradik dia, ada je tak kena. Haha aku bukan apa. Aku macam entah la. Dah takde hati dengan perangai diorang tu. Aku tengok mak aku ni, dia jenis diam je apa orang kata pasal dia. Sampai adik-beradik dia macam dah tahap gunakan dia pun dia masih diam je. Tapi, tu lah. Hubungan adik beradik kan.
Macam ada sorang pakcik aku ni. Umur dah 40 plus tapi masih tak kerja langsung. Suruh jaga kampung jaga nenek pun kerjanya asyik nak melepak dan membuta je. Duit tiap bulan mak aku kirim. Ada pernah tu dua minggu je duit dah habis pastu senang2 whatsapp mak aku mintak duit lagi. Sebab apa? Sebab diorang fikir mak aku ni mampu. Diorang taktau the real story macam mana mak aku bayar itu ini guna duit gaji dia tu. Dengan nak tanggung adik dia yang dah lanjut umur tapi tak reti nak cari kerja tu lagi. Haih, aku pun tak faham la. Lepastu duit tu banyaknya ke rokok je. Aduh
Aku bukan apa. Aku jadi tak selesa taw dengan adik-beradik mak aku tu. Aku kurang sikit dengan diorang tu sebab aku tak suka perangai mengumpat diorang tu. Dari aku kecik sampai sekarang. Tapi aku masih hormatkan diorang. Memang aku diajar untuk hormat orang tua dari kecik. Tapi ada je pakcik makcik aku yang elok perangainya.
Aku rasa sebab tu kot aku dan adik beradik memang kurang rapat la dengan family belah mak aku. Sebab kitorang pun macam malas nak bergaul dengan orang camtu. Tapi masih maniskan muka dan bertegur sapa la. Cuma tak rapat sangat.
So, conclusionnya. Tolonglah guys, jangan judge orang dari luaran je. Kejayaan dan kekayaan tu tak datang bergolek taw. Mak ayah aku usaha sendiri semua tu. Bukan terus jatuh dari langit kaya tu. Tapi mulut manusia ni tahu bercakap je. Tak senang tengok orang bahagia, ada je tak kena. And tolonglah buang sikit perangai suka perli memerli orang tu. Kalau benda tu baik takpe, ini kau saja perli dengan nada tak puas hati. Alahai immature betul.
Okay itu sahaja luahan aku. Thanks baca!
– Hindustan Is Bae
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit