Jennie, Lisa, dan Rose

Salam hai, nama aku Lisa (bukan nama sebenar) berumur lewat 20-an. Aku nak share sedikit kisah housemate aku, iaitu Jennie.

Tahun lalu, aku ada sedikit problem dengan bekas rakan sebilik aku. Aku masatu ambik bilik master, sharing berdua. Budak roommate aku tu kurang common sense.

Boleh pulak dia nak OTP (on the phone) tengah malam, dalam keadaan suara yang lantang tanpa enggan memikirkan aku yang tengah tidur kat katil sebelah. Boleh saja dia nak otp kat ruang tamu, tanpa menganggu rakan serumah.

Tambahan lagi waktu-waktu dia on the phone tu waktu tengah malam, waktu orang sedang tidur. Kerap kali aku tak cukup tidur setiap malam. Pernah jugak aku segaja keluar dari bilik sewaktu dia tengah otp tengah malam, plan nak tidur kat ruang tamu.

Pastu dia terus minta maaf dan gantikan aku di ruang tamu. Dan aku kembali ke bilik tidur. Bukan tak pernah tegur, pernah. Tapi macam biasalah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Dan paling worse, dia merokok tengah malam dalam bilik yang tak seberapa besar tu. Dia ingat aku tidur mati ke sampai tak boleh hidu bau rokok. Aku masatu memang tak boleh nak lelap, tiba-tiba pulak bau rokok dalam bilik.

Terus aku pura-pura pegi ke toilet. Dia maybe terkejut aku tersedar, dia cepat matikan rokok dan tidur semasa aku keluar dari toilet. Aku malas nak argue tengah malam buta tu, so aku cuba untuk sambung lelap.

Keesokkannya aku cuba-cuba scroll group facebook bilik sewa kosong area tempat yang aku tinggal ni. Rasa macam patut ke aku keluar, aku sajalah cari bilik baru. Kalau boleh, nak cari non-sharing.

Mesti korang baca sampai sini, ingatkan ex-roomate aku tu Jennie? Bukan. Sini mari aku ceritakan. Lepas aku scroll-scroll, aku jumpa la bilik non-sharing, dengan harga mampu milik dan rumah yang bersih.

Lagi best, rumah yang masih berdekatan dengan office aku. Tanpa memikirkan tentang lain, aku terus pm orang yang post iklan bilik tu.

Nama dia Jennie, semua persoalan aku tentang iklan tu dijawab baik oleh Jennie, tambahan lagi Jennie seorang yang mesra, senang masuk la orang kata.

Biarpun sekadar whatsapp, aku merasakan Jennie seorang yang senang bergaul. Cepat-cepat aku book appointment untuk tengok rumah sewa dia.

Petang tu, selepas habis kerja aku terus ke rumah sewa Jennie. Rakan serumah Jennie lain yang sambut aku, di bawak tour sekejap rumah sewa yang sederhana itu. Cukup aku lihat, alhamdulillah rumah ni cukup bersih. Kemudian, Jennie baru pulang ke rumah pun terus menyapa aku.

Rupa-rupanya Jennie ni sama negeri dengan aku. Apalagi keluar la dialek negeri kami. Punya berborak panjang, aku rasa selesa dengan Jennie.

Dan aku buat keputusan akan ambil bilik sewa tersebut untuk didiami bulan depan. Malam tu, selepas balik dari view rumah, aku terus bayar deposit untuk lock bilik tu bulan depan.

Jennie siap offer nak tolong pindahkan barang-barang aku dari rumah lama ke rumah baru dengan keretanya. Aku pun berbesar hati la menerima pertolongan dari dia. Tambahan lagi, rumah lama aku berdepan sahaja dengan apartment rumah baru.

Ok fast forward, bulan baru masuk lah aku ke rumah sewa Jennie. Ada sorang housemate baru jugak, Rose. Rupa-rupanya yang housemate Jennie yang hari tu pun keluar pindah, sebab dia kena pindah office branch lain. Jadi dia cari rumah sewa yang lebih dekat.

So rumah sewa ni ada Jennie, aku dan Rose. Yang aku suka rumah ni, Jennie limitkan 1 bilik 1 orang sahaja. Dengan harga sewa bilik yang aku mampu bayar, tak crowded dengan penyewa lain, bersih dan dekat dengan office. Aku pohonkan kesyukuran.

Tapi siapa sangka, rumah yang aku harapkan ketenangan tak berkekalan lama.

Mula-mula rumah yang aku diami ni takdelah masalah sangat pun. Semua berjalan lancar. Sampai lah satu hari tu, aku tengah memasak kat dapur, Jennie baru balik dari pasar rasanya.

Aku kat dapur senyum tegur Jennie, Jennie sikit pun tak pandang aku, dengan muka ketat dia berlalu. Aku pun macam? Oh mungkin dia period ke, gaduh dengan BF ke.

So aku biarkan lah, aku sambung aktiviti aku depan TV dan makan. Tengah syok layan Netflix, tiba-tiba Jennie hempas remote robot vacuum dia kat rak tv, berdepan dengan aku. Hempas macam lepas geram macam tu. Aku terkejut gila. Eh kenapa minah ni? Takde angin takde ribut.

Jennie pun berlalu dengan muka ketat. Aku pun takde mood tiba2 Jennie macam tu. Aku tutup tv semua, dan aku masuk bilik. Aku whatsapp Rose, aku ceritalah kejadian tadi.

Rose masa tu keluar pergi rumah cousin dia, so dia memang takde kat rumah lah. Dia pun balas la, ada yang tak kena ke kat rumah?

Kitorang ade buat salah ke?

Untuk info korang, Jennie kalau ada apa-apa, dia memang akan tegur kitaorang kat whatsapp group. Kami ok je, klu melibatkan rules rumah, atau ada benda yang bole or benda tak boleh. Ding-ding..betul, ada yang dia tak puas hati.

Masuk 1 mesej dari group rumah, dia cakap boleh tak lepas ni kemas peti ais, kalau barang yang tak elok, buang. Jangan letak lama-lama.

Orang lain nak pakai peti ais jugak. Rasanya Jennie memang nak tujukan untuk aku, sebab barang Rose tak banyak dalam peti, Rose tak rajin memasak.

For your info, itu peti ais Jennie, dia tukar peti ais dua pintu. Kalau sebelum ni, peti ais owner rumah 1 pintu je. Oklah, mesti korang rasa macam haa padan la muka.

Orang lain pun bengang kalau macam tu. Ok ni aku akui, aku ada sedikit banyak barang berbanding Rose, Jennie confirm dah banyak. Dia kan owner peti.

Lepas je Jennie sound kat group rumah, aku cakap aku akan kemas peti, dan buang mana yang patut. Lepas kemas, actually banyak je ruang.

Tapi Jennie rasa aku ni melebih-lebih lak letak barang, padahal dia owner peti. Oklah settle lah hal peti, aku dah kemas peti. Peti banyak ruang. Dan sejak hal tu terjadi, aku memang tak simpan banyak barang dah.

Kalau ada makanan, memang aku habiskan direct. Taknak simpan dalam peti ais. Sejak hal tu berlaku, hubungan aku dan Jennie so – so je. Jennie still macam dingin dengan aku. Aku biarkan je. Aku buat hal sendiri.

Kebiasaanya weekend, sabtu atau ahad Aku akan membersihkan rumah. Sapu rumah, mop lantai, lap dapur, cuci toilet. Dah siap bersihkan rumah, aku lepak ruang tamu tengok Netflix. Jennie pun balik dari kerja, masa tu Sabtu, kebiasaanya dia half-day. Dia masuk je rumah, dia pijak lantai.

Terus dia tanya aku, dengan nada yang aku rasa agak menjengkelkan.. “Kenapa lantai ni macam berminyak??” Aku pun balas, “oh aku baru mop lantai tadi. Aku dah bilas 3 kali tu.” Kan lepas kita mop lantai guna cecair pencuci lantai, lantai ada melekit sikit. Dia pun balas, “Aku mop pun tak macam ni..”

Dia seolah-olah nak cakap aku buat kerja tak cekap. Tak menepati piawaian kebersihan dia. Aku pun balas “ oh nanti aku bilas balik..” Jennie pun berlalu dengan muka ketat lagi.

Aku macam, rasa tak kena appreciate buat kerja seharian kat rumah. Kena sound lagi. Kalau dia pun rajin tiap minggu, bersihkan rumah takpe jugak. Ni alih-alih aku je, memandang aku je selalu stay kat rumah.

Sejak kejadian tu, aku tak rajin mop lantai. Aku sapu rumah dan bersihkan benda lain je untuk mencukupkan syarat aku bersihkan rumah. Seterusnya, ada kejadian lagi.

Pada satu malam tu, aku nak keluar lepak dengan kawan. Jadi biasanya aku keluar perlahan. Tutup pintu bilik perlahan, tutup pintu rumah perlahan dan begitu jugak pintu pagar. Tup tap Jennie update story kt whatsapp lak

“Aku kelakar gila la orang bergerak macam pencuri ni..sebolehnya taknak bagi dengar sound tapi kau dengar dengan jelas..(emoji gelak 3 kali)”

Lebih kurang macam tu ayat dia, aku lupa. Lepas balik lepak tengah malam, baru aku terbaca story dia. Aku rasa macam pehal minah ni?

Pastu aku tengok jam dia post story, betul-betul seminit lepas aku keluar. Macamana aku tahu? Aku tengok balik jam brapa aku whatsapp kawan aku, yang aku kata aku nak turun ke bawah dah.

Aku balas story dia, aku tanya ada masalah ke? Dia pun balas “eh tiber?” dia cakap pasal kawan dia, kenapa aku pulak nak terasa. Aku takdelah bodoh sangat.

Kalau aku baca story dia tu, dia memang merujuk pada keadaan waktu dia berada. Maksudnya dia cakap pasal kat rumah lah, sebab masa tu aku dan Jennie je ada kat rumah. Dan aku memang bergerak, tak buat bunyi. Bukan macam dia hempas-hempas pintu.

Dia kata dia ckp pasal kawan kepada kawan. Then dia tanya, aku ke yang ada masalah? Pastu aku minta maaf lah kat Jennie, kot-kot dia ada terasa hati ke apa ke. Ada buat dia tak puas hati ke. Jennie pun cakap la, dia takde masalah. Dan dia pon bukan jenis yang bawak-bawak hal kecik berlarutan.

Aku masa ni, like nak perli je balik. Yelah tu tak bawak masalah berlarutan. Dah tu dingin dengan aku 2 minggu sejak kejadian peti ais. Pastu act like aku yang bermasalah. Dia cakap lagi dia malas nak cakap dengan orang yang takde perubahan lepas dah diberitahu.

Aku like eh? Dia ni… aku dah kemas peti ais hari tu, then aku dah tak letak barang banyak.. aku sapu rumah kot tiap weekend.

Aku just ohh okey lah. Nanti aku kemas lagi peti ais, kot-kot ade lagi barang yang expired. Aku mengalah. Malas nak panjangkan isu. Lagipun aku dah minta maaf kat Jennie. Jennie pon cakap, okey appreciate!

Setelah aku dan Rose amati, perangai Jennie ni, dia buat boleh. Kitaorang buat tak boleh. Jennie ada cakap everytime lepas masak, mesti lap dapur. Basuh periuk or kuali yang digunakan. Dapur tu jangan la ada percikan minyak tu.

Aku okey je lah, memang aku lap tiap kali habis masak. Dan basuh terus periuk, Rose lah kadang-kadang lambat basuh periuk. Tapi kalau Jennie? Kadang-kadang dia pon tak lap dapur. Ada je percikan minyak kat dapur gas tu.

Periuk, kuali tu? Kadang 2 hari kat dapur gas, baru dia nak basuh. Kitorang malas nak cakap, so kami biarkan je lah dia. Sebab kitorang tahu Jennie ni sejenis trigger sikit bila kita tegur.

Mesti korang tanya, apa function Rose ni dalam cerita ni? Haha sabar jap. Meh aku cerita. Selalu nya Rose ni macam rilek-rilek je kan, aku yang selalu kena. Kali ni, Rose pulak kena.

Macam ni, Jennie bagitau kitaorang masa mula2 masuk pindah rumah dulu. Pakai je lah periuk nasi, kuali dalam rumah ni.

So ada 1 kejadian ni, masa tu bulan puasa. Aku dan Rose ada kt rumah, petang dalam pukul 5pm masa tu. Rose masak nasi guna periuk nasi Jennie. Lepas tu, ding-ding..satu mesej whatsapp group rumah masuk.

Jennie minta Rose masakkan nasi untuk dia disebabkan dia sampai lambat sikit, sebab jammed petang waktu puasa. Rose pun balas, okey baik Jennie.

Nanti Rose masakkan nasi after nasi Rose siap masak..pastu Rose pesan la kat Jennie, nanti cuci la periuk nasi siap-siap, supaya senang Rose terus masakkan dia nasi. Rose cakap dengan nada yang boekkk punya tau.

Aku sendiri baca, tak rasa offended pun. Jennie terus balas kat group.. Takpelah Rose. Dia beli sendiri nasi..pastu Jennie cakap lagi, lepas ni jangan guna periuk nasi dia. Rose macam kenapa Jennie ni?

Jennie rasa kenapa dia perlu tunggu nasi orang lain masak, padahal itu periuk nasi dia. Aku bagi ringkas la sebab malas nak taip panjang conversation dorang ni. Sebab tu la dia cakap lepas ni jangan guna periuk nasi dia. Sebab masa dia nak guna, ada orang lain dah pakai.

Padahal pada pendapat aku, boleh je Jennie tunggu nasi Rose siap masak, pastu Rose masakkan nasi untuk dia. Sebab azan pun pukul 7.30pm, masa tu baru pukul 5pm, sempat je masak. Tapi Jennie dah rasa bengang,dah lah Jennie suruh Rose masakkan nasi untuk dia, bukan minta tolong ok.

Pada pandangan aku, bukan hal besar la benda ni. Mungkin Jennie rasa bengang Rose suruh dia cuci periuk nasi before suruh dia masakkan nasi. Hahaha benda kecik je pon.

Rose terus mengadu dengan aku, takkan pasal periuk nasi, Jennie terus besarkan hal ni sampai Rose nangis-nangis kat bilik dia. Rose ni muda sikit, berbanding aku dan Jennie yang sama umur. Dia luar tough, tapi dalam hati dia tisu jugak.

Malam tu, Jennie berbuka puasa luar. 2 – 3 hari jugak Jennie dingin dengan Rose. Sekejap je Jennie dingin dengan Rose,berbanding aku yang dia dingin sampai 2 minggu. haha sebab Rose ni jenis natural.

Dia berkawan baik dengan aku, berkawan baik jugak dengan Jennie. Aku tak kisah la dia nak baik dengan Jennie, biarpun dia tahu macamana perangai Jennie ni. Masa dorg berbalas whatsapp kat group rumah tu, Jennie siap suruh Rose ni belajar common sense lagi.

Dia cakap housemate lama pun tahu common sense. Jadah apa cakap common sense kat kitorang. Kau Jennie bawak keluar masuk lelaki dalam rumah/bilik kau tak cakap lak pasal common sense.

Tiba-tiba je ada boifren kau dalam bilik, di buatnya aku atau Rose baru habis mandi berkemban, dia tak fikir lak benda tu common sense.

Yelah semua kan nak kena ikut cakap dia. Tak boleh bangkang.

Lagi satu, Jennie ni suka letak barang-barang dia kat luar/ruang tamu. Asal ada benda yang tak muat kat bilik master dia, dia letak la luar.

Masalahnya bila aku atau Rose letak barang kat luar bilik, tahu pulak dia tanya barang siapa tu. Hari tu Rose letak baju-baju kurung yang dia dah siap iron, dia letak la kt kerusi meja makan. Sebab dalam bilik dia, dah penuh dalam almari, Jennie terus tanya Rose, baju sape tu?

Baju Lisa ke…haa dia nak tuduh aku pulak, since dia dah lama tak seberapa dengan aku. Tak rapat. Then,Rose cakap “Haa baju Rose..kenapa?”. Terus Jennie diam, dan masuk bilik..

Aku sejak case peti ais tu, aku dah letak gap dah dengan Jennie,buat tegur macam biasa je. Tapi takdelah minta tolong dia itu ini sangat. Borak itu ini ke..Buat hal masing2..sebab aku rasa macam something je Jennie ni.

Selepas case rice cooker tu, Jennie dan Rose berbaik..Tapi Rose tu berbaik gitu-gitu je lah. Sebab dia macam baru realise perangai Jennie yang sebenar. Selama ni dia dok dengar je lah curahan hati aku. Ok aku sambung kisah selanjutnya, kisah ni lah buat aku dan Rose nekad nak pindah.

Hahaha..pada satu hari ni, Rose nak cuci baju lah. Tapi dalam mesin tu, ada baju Jennie yang dah siap basuh, so Rose ni nak minta lah Jennie pindahkan baju dia, then dia pulak boleh guna mesin basuh tu. Rose pegi lah bilik Jennie,pintu bilik Jennie terbuka luas.

Jennie masa tu tengah vc dengan family dia. Rose macam nak bagi hint,(Rose nak basuh baju ni, tolong angkat baju Jennie kat dalam mesin basuh tu) , Jennie tengok Rose yang kat luar bilik, pastu dia jeling Rose sambil dia teruskan vc.

Rose pun beralih since dia takdapat respon dari Jennie. Bila dia tengok bakul Jennie kat luar, so Rose terfikir, dia nak tolong pindahkan baju Jennie ke dalam bakul Jennie. Dia cuba lagi pegi ke bilik Jennie, dia nak bagitau kali ni biarlah dia tolong pindahkan baju Jennie.

Jennie still lagi berpura-pura tak perasan kewujudan Rose kt pintu bilik dia. Rose pun patah balik ke biliknya, dan whatsapp Jennie. Rose kata takpelah esok dia basuh baju. Maaf ganggu Jennie vc dengan family.

Rose whatsapp dengan penuh sopan santun ye. Aku ada baca conversation dia. Tapi Jennie bengang la kot. Samada dia bengang Rose ganggu dia, atau dia bengang Rose keep suruh dia alihkan baju dalam mesin tu. Jennie keluar dari bilik dia, dia hempas pintu bilik dia. Pastu hanger baju tu dia hempas2 bagi lerai.

Nampak sangat nak menunjukkan marah/bengang dia masa tu. Rose pulak dalam bilik rasa macam pehal Jennie tu. Sebab Rose tahu, aku dah tidur masa tu pukul 9pm. Jadi memang si Jennie la buat hal kat luar. Pastu Jennie whatsapp Rose, Haa pakai la mesin basuh tu. Nak sangat pakai tadi..

Rose pun keluar, face to face dengan Jennie. Jennie apalagi pergi tengking la Rose, sebab pasal mesin basuh lah. Rose ni pulak, jenis melawan. Dia lawan la balik, dia cakap “boleh cakap elok-elok tak?Jennie dah la tua dari Rose, sepatutnya Jennie la matang dalam hal ni.

Rose minta alihkan baju je. Rose nak tolong pindahkan baju Jennie dalam bakul.” Pastu Jennie balas “Jennie tak suka orang sentuh baju Jennie!..” Amboii kerlass kau ya Jennie.

Salah satu lagi ayat Jennie masa gaduh tu.

“Jennie penat lah balik kerja..pastu macam ni” Point ni aku nak ketengahkan sikit. Eh Jennie, kau ingat kau sorang je kerja. Habis tu aku dengan Rose ni penganggur berjaya ke? Kau ingat kau sorang je penat. Pastu sape yang mulakan dulu pergaduhan.

Dorang ribut-ribut kat luar bilik, ada aku yang tengah tidur mati tak dengar pergaduhan yang agak lantang. Banyak la Jennie dan Rose bergaduh.. aku dah tak ingat sangat apalagi yang yang mereka gaduhkan. Ini pun Rose ceritakan. Aku tahu cerita Rose sahih, dari banyak mana pengalaman kami duduk situ.

Sejak case mesin basuh, Jennie dan Rose memang dah tak bertegur sapa. Aku baik je dengan Rose, sebab Rose alami apa yang aku rasa.

Jennie tu aku tegur bila perlu je. Lepas je bergaduh malam tu, Jennie minta aku dan Rose tak perlu sambung kontrak menyewa kat rumah sewa dia. Lagi 3 bulan kami habis kontrak cukup setahun.

Dia memang plan nak kick out aku sebenarnya. Rose cerita kat aku, tapi dia cerita selepas kami dah pindah keluar rumah Jennie. Jennie tu nak cakap kat aku, yang after setahun cukup kontrak menyewa situ,dia nak aku pindah cari bilik lain.Kononnya dah ada orang lain nak menyewa situ.

Entah apa lagi yang dia bencikan aku, aku dah put gap antara kami, aku dah tak buat benda yang dia tak suka. Tapi tulah benci tak perlu ada sebab . Atau ada perangai aku yang dia benci, entah aku tak tahu.

Lagi satu Rose cerita kat aku, tapi bila aku dengar..aku terpinga-pinga..like what? Aku ada beli Xiaomi stick yang boleh pasang ke TV tu, boleh tengok Netflix or youtube kat TV.

Jadi kadang2 kalau long weekend, getaway g rumah macik aku ke, or pegi mana, or balik kampung, aku bawak lah Xiaomi stick tu sekali.

Jadi Jennie cakap la kat Rose, “Lisa tu bawak Xiaomi stick dia, Saja sembunyi taknak kita guna lah tu..Nanti balik, Jennie nak sorok remote Tv biar dia tak boleh guna TV..”

See, sampai tahap tu Jennie berperasangka buruk dengan aku. Padahal benda tu aku beli sendiri kot, bukan share bayar. Jadi suka hati aku la nak bawak kemana.. Padahal weekday or weekend biasa ada je Xiaomi stick tu terpasang kat Tv. Dan aku tak pernah larang daripada guna.

Plan dia kick out aku dan Rose, sebab dia tahu Rose kawan baik dengan aku. Rose suka lawan dia,dan aku lagi dia anti. So berbekal kan 3 bulan tu, aku try la cari bilik sewa baru. Sejujurnya aku tak suka pindah-pindah rumah, sebab penatnya mengemas dan unpack ya ampun.

Tapi rumah dah tak tenang, baik cari rumah lain. Semua kisah-kisah rumah ni, aku banyak share dengan boifren aku. Dia pun bengang perangai bod*h Jennie tu, Boifren aku cakap ambik la rumah sewa terus, sebab takut sewa bilik, dapat lagi perangai housemate yang entah apa-apa.

Deposit rumah aku guna sedikit duit simpanan kahwin boifren aku selepas dapat keizinan dia. Terima kasih kekasihku! Aku plan sewa 1 rumah yang ada 3 bilik, 2 bilik aku sewakan orang lain.

Nanti lepas kahwin, boleh ambik rumah tu terus duduk dengan suami. Bermula-mula lah aku cari rumah sewa di group facebook, dan of course aku cari rumah yang berdekatan office.

Eh, cerita belum habis lagi. Aku sambung sikit lagi ya, korang kan tak suka part by part ni. Lepas case mesin basuh, kitorang memang dah tak bertegur sangat dengan Jennie. Buat hal masing-masing je.

Satu malam, aku dah baring-baring kat bilik. Tiba-tiba aku dengar dentuman yang sangat kuat. Aku rasa macam bunyi tembakan pun ada.

Sangat kuat. Aku rasa sangat takut masa tu. Bunyi tu ada dalam 3 kali lah. Aku cepat-cepat whatsapp Rose, masa tu pkul 10pm, harap Rose tak tidur lagi.

“Rose, kau dengar tak bunyi kuat tu??” Aku cemas masa ni, aku fikir lagi Jennie marah apa lagi tu? Setahu aku, aku dah tutup TV dan cabut plug. Pintu dapur kat belakang pun dah tutup. Pastu Rose balas aku “Rilekk Lisa..Jennie trigger tu..haha..” Aku pun macam blur, pesal wei?

Begini ceritanya, Rose tengah iron baju kat ruang tamu, masa tu pintu bilik Jennie terbuka luas jugak. So almari dalam Jennie tu ada reflection diri Rose yang tengah iron kat ruang tamu. Kemudian Jennie pergilah tutup pintu bilik dia kuat. Sajalah kot nak menunjuk ketidak sukaan dia pada Rose.

Rose pun macam eh minah ni.. tiber pulak nak hempas pintu. So Rose buat don’t know je. Rose pun iron macam biasa dan sangkut baju dalam bilik. Pastu dia ke dapur pulak, dia nak isi air dalam botol dari Cuckoo. Tak habis lagi dia isi air, si minah Jennie pun keluar la dari bilik nak ke dapur jugak.

Bila Rose perasan Jennie keluar, dia pulak balas masuk bilik,hempas pintu sedikit kuat dari biasa. Saja nak bagi Jennie rasa lak. Oh tadi kau buat boleh, kali ni aku buat pulak, bidas Rose dalam hati.

Dan masa tu la Jennie rasa trigger, dia hempas pintu dapur, pintu bilik dia dan entah apa lagi dia hempas sampai 3 kali bunyi dentuman kuat. Aku dalam bilik kus-kus semangat, takut mereka bergaduh besar lagi.

Kalau nak di bandingkan aku dengan Rose, Rose lagi kuat melawan. Aku ni jenis diam je, sabar je lah. Malas nak gaduh-gaduh. Mesti reader fikir, eh lawan lah.. mana boleh bagi muka sangat kat Jennie tu. Aku memang bukan kaki gaduh, gaduh mulut aku tak pandai.

Tapi gaduh dengan adik beradik atau boifren aku, memang pandai je aku. Hahaha.. ok sambung, lepas dentuman-dentuman tu, aku keep stay dalam bilik. Takut lak nak keluar sound dia kan. So aku teruskan tidur memandangkan masa tu dah nak dekat 10.30pm, waktu tidur aku.

Esoknya aku keluar bilik, aku tengok iron kat ruang tamu, Jennie dah bawak masuk dalam bilik dia, iron board dia lipat, letak tepi. Suis cuckoo pun dia cabut. Cuckoo tu milik Jennie, so dia berani lah cabut. Aku pun takpelah biarlah, asalkan kau bahagia Jennie.

Fast forward, aku dapat rumah sewa baru. Rumah sewa baru ni kat apartment rumah sewa lama, kiranya aku pindah balik apartment lama cuma rumah lain. Disebabkan rumah sewa Jennie, dan rumah lama ni sangat dekat dengan office. So aku decide menyewa sini semula.

Rumah sewa ni standard harga, lagi-lagi kawasan yang dekat bandar. Harga sewa campur deposit pada bulan pertama, agak banyak kos digunakan. Tapi much better daripada menyewa tempat lain. Mungkin ada yang tanya, cari bilik non-sharing lain.

Jimat kos, daripada sewa rumah menelan kos yang tinggi. Rumah-rumah area sini, susah nak jumpa rumah sewa yang limit 3 orang. Aku pun tak suka crowded ramai. Lagi satu, banyak rumah yang non sharing tapi rumah kurang hyangiene.

Bila aku dah dapat rumah sewa baru, aku cakap dengan Rose. Aku plan nak sewakan bilik kepada dia, dan dia pun bersetuju. Pada aku, baik aku sewakan dengan orang yang aku kenal berbanding orang luar.

Kemudian, aku pun inform kepada Jennie, yang hujung bulan nanti aku nak pindah keluar. Aku kata maaf tak habiskan kontrak, deposit tu biarlah burn. Jennie said “Okiess Lisa..” Haaa suka lah tu aku keluar..haha eh perasangka buruk lak aku.

Kenapa aku pindah awal dari kontrak? Satunya rumah sewa yang aku view tu, cukup menepati ciri-ciri rumah yang aku nak. Jadi sebelum orang lain ambik, aku ambik awal-awal. Aku cakap dengan Rose, aku pindah awal lah. Rose stay je lah sampai habis kontrak supaya dia boleh tebus deposit rumah semula.

Mula-mula Rose iyakan. Tapi lepas case dentuman si Jennie buat tu, boleh gila dia duduk berdua dengan Jennie tu. Jadi dia pun ikut aku pindah hujung bulan tu, cumanya dia dua hari selepas aku pindah.

Sebelum pindah, aku sapu dan mop bilik dan susun atur seperti pertama kali aku pindah masuk hari tu. Aku whatsapp Jennie, yang aku tinggalkan bilik bersih. Member-member yang tahu kisah aku ni, dorang siap pesan. Tak payah bersihkan,tinggalkan je bilik tu semak.

Sape suruh dia buat perangai. Aku mengiyakan je, tapi aku bersihkan jugak. Aku kenang dia tolong aku masa mula-mula pindah hari tu. Lagipun dah nak pindah kan, malas la nak gaduh ke apa.

Pada hari aku nak pindah tu, Rose ngadu dengan aku yang Jennie dah tukar password wifi rumah. Padahal ada beberapa hari lagi sebelum hujung bulan, dan Rose tak pindah lagi, Jennie dah tukar password. Saja lah tu tak nak aku dan Rose guna dah. Dasar Jennie!

Sekarang aku dah berada dirumah sewa baru, satu bilik aku sewakan kepada Rose, dan 1 bilik lagi aku sewakan kepada Jisoo. Alhamdulillah aku dapat housemate yang baik.

Sebelum aku nak sewakan kepada orang luar, acap kali aku minta Rose doakan supaya kami dapat housemate yang baik, bertimbang rasa dan tak buat masalah. Aku takut sejarah berulang lagi. Aku nak rumah yang tenang..

Last update, aku tengok housemate baru Jennie ada post kat group cari rakan sewa baru. Nak je aku pm, tak payah lah masuk rumah ni. Sakit jiwa nanti dengan orang hempas-hempas pintu ni. Harap rakan sewa baru Jennie ni gangster ke apa, baru bertemu buku dengan ruas. hehe.

Baiklah, para reader semua, cerita aku sampai disini. Maaf la cerita berterabur ke atau penceritaan tak sampai. Ini sajalah kisah aku Lisa, Jennie dan Rose. Doakan aku Lisa, Rose dan Jisoo jadi housemate yang baik dan tak gaduh-gaduh pada masa akan datang.

– -LISA BLACKWHITE- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *