Jentikan Ilahi

Assalamualaikum.. hai readers..

Aku tak ada apa la sangat nk confess, cuma nak berkongsi.
Aku ni seorang pendosa..bukan la nak bangga, tapi sebagai mukaddimah dulu.. anak derhaka, pencuri, mulut celupar, biadap, cakap la dosa apa yg aku tak buat lagi? banyak dah kot yang aku dah buat.

Hidup aku yang penuh dengan dosa tu aku akhiri selepas tamatnya spm.. banyak nasihat-nasihat yang aku baca dalam fb ni berkaitan apa yang kita buat sekarang nanti kemungkinan akan ada orang lain pulak buat kat anak kita or anak kita sendiri yang akan buat apa yang kita dah buat tu. Disebabkan aku taknak anak-anak aku jadi macam aku, so aku bertaubat. Aku dah janji dengan diri aku bahawa aku taknak buat dah. Antara dosa yang dah berjaya aku tinggalkan sepenuhnya ialah tabiat onani. Aku memang dah betul-betul tinggalkan tabiat tu, dah berjanji taknak buat dah. Sebab aku tahu banyak kesan buruk di masa akan datang. Sampaikan aku sendiri lupa yang aku ni pernah onani dulu..sebab aku memang dah buang jauh tabiat tu dalam hidup aku. Tapi satu je aku tak buat. Taubat! Aku hanya tinggalkan benda tu je tapi aku tak bertaubat. Masa aku solat taubat dulu, aku tak ada masukkan pun dosa onani tu dalam solat taubat aku tu. Maksud aku, masa aku mitak ampun dari Allah atas semua dosa-dosa aku, aku tak sebut pasal dosa onani ni. Dengan erti kata lain aku tak mintak Allah ampun dosa tabiat aku yang satu tu.. hanya dosa lain je yang aku sebut. Bukan sebab aku taknak Allah ampunkan, tapi sebab aku tak tahu tabiat tu dikira berdosa jugak. Sebab aku kurang pendedahan bab tu. Aku ingatkan berzina lelaki-perempuan je yang dosa.

Nak dijadikan cerita.. selepas bertahun aku tinggalkan tabiat tu, tetiba aku terkenal dengan sorang mamat ni. Dia cakap benda sexual kat aku. Macam-macam la dia ajar.. Mula-mula aku tak ambil layan sangat, tapi lama-lama aku rasa “why not?”. So aku terjebak la.. dipendekkan cerita, aku pun beronani la. Selepas kali pertama aku beronani tu, entah kenapa tetiba aku menangis dan macam satu trauma yang lama datang kembali macam tu. Entah la aku pun tak dapat nak huraikan macam mana. Aku pelik dengan diri aku waktu tu. dan bila aku berhubung dengan mamat tu, aku akan buat lagi. dan selepas tu aku akan menangis. Lama jugak aku cuba cari punca tapi tetap tak dapat. Perasaan sedih melampau + takut melampau sepanjang tahun tu setiap kali selepas onani.

Lama aku pikir, tetiba baru aku teringat yang aku pernah onani waktu dulu dan dah berjanji taknak buat dah. Masa tu aku rasa macam orang bodoh sangat kenapa la aku boleh lupa. Memang aku betul-betul tak ingat pun yang aku pernah ada tabiat tu sebelum ni. So disebabkan aku dah ingat balik janji lama aku tu, aku pun stop la disusuli dengan solat taubat. Sebab masa ni aku dah tahu benda ni berdosa. Dan kalau nak tahu, emosi aku yang sedih melampau + takut melampau tu terus hilang selepasnya solat taubat tu.

Kemudian aku terpikir.. mungkin ni cara Allah peringatkan aku balik yang aku masih ada saki baki dosa yang belum aku mintak ampun.

Tu je la kot.. Thanks.. chow…~

– husnudzon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit