Jeragat

Saya tertarik untuk menulis confession di sini setelah membaca confession yg bertajuk Jerawat, (https://iiumc.com/wahai-jerawat/). Tetapi cerita yg saya ingin kongsikan adalah tentang Jeragat.

Saya seorang wanita yg mempunyai jeragat (atau yang selalu orang panggil Freckle), sejak sekolah rendah lagi. Dan ia makin ketara semasa saya berada di sekolah menengah. Saya pun tak tahu apakah yg menjadi punca jeragat saya pada masa itu kerana rakan-rakan dan adik beradik sy mempunyai jenis kulit yg bersih tanpa jeragat.

Semasa memasuki alam persekolahan sekolah menengah,saya mula mempunyai rasa rendah diri dan agak malu apabila melihat wajah sy yang agak berbeza daripada rakan-rakan. Wajah sy yang agak cerah pada masa itu membuatkan jeragat saya agak ketara.

Semasa berada di sekolah menengah sepanjang 5 tahun,terdapat juga rakan yg memberitahu supaya tak payah risau sebab mat salleh tu pun ada benda tu dekat muka. Ada pula rakan yang memberitahu, tolong la buka jeragat kat muka tu, tak cantik. Muka senyum je dengar tapi hati macam nak nangis.

Setelah habis sekolah menengah, saya ada terjumpa satu produk (masa ni tak tahu lg tentang produk timbang kilo) dekat satu kedai yg menunjukkan gambar tentang wanita yg mempunyai jeragat hilang selepas menggunakan krim tersebut. Tanpa ragu-ragu,sy terus membeli krim tersebut dan mengamalkan setiap hari. Setelah beberapa hari,ia memang mnunjukkan kesan ketara dan jeragat tersebut makin pudar. Pada masa itu,memang sgt gembira sebab tak sangka wajah saya akan menjadi cantik seperti orang lain, haha.

Tetapi ia hanya cantik sekejap sahaja,jeragat tersebut muncul kembali malah lebih banyak dan lebih gelap. Dunia pun turut ikut gelap seketika. Saya berhenti memakai produk tersebut dan tidak lagi menggunakan apa-apa produk buat sementara.

Semasa berada di universiti, salah seorang rakan saya mengajak saya untuk berjumpa dengan beautician, dan dari situ la saya belajar untuk memakai sunblock. Baru lah saya tahu, punca utama jeragat ini adalah kerana kulit yang sangat terdedah kepada cahaya matahari. (Noobnya aku pada masa itu)

Pernah beberapa kali ketika saya dan rakan-rakan berjalan-jalan di shopping mall, datang orang untuk memberi risalah kecantikan hanya pada saya, sambil melihat wajah saya. Memang tujuan dia hanya untuk mempromosikan facial dan spa mereka, tetapi saya merasa agak malu dan terhina seketika.

Selama beberapa tahun ini, sudah banyak produk yang telah sy tempek dekat muka semata-mata untuk menghilangkan jeragat. Dari krim yang berharga paling murah (rm 7) hingga yang beratus-ratus. Saya juga sudah pernah membuat rawatan laser. Tetapi tidak sanggup untuk meneruskan kerana kekangan kewangan. Saya bukan seorang yg ingin mengejar kesempurnaan, cuma ingin merasa bagaimana agaknya muka ini jika ia mulus dan bersih seperti orang lain. Ya saya tahu ramai juga wanita di luar sana yang juga mempunyai masalah mereka sendiri.

Ada suatu ketika,saya pernah berfikir jika diberi pilihan antara jerawat dan jeragat, saya akan memilih jerawat. Tetapi itu dulu. Sekarang saya sudah belajar menerima diri dan jeragat ini seadanya.

Pada masa ini,walaupun sudah bekerja terdapat juga rakan-rakan yang tiba-tiba menghantar mesej untuk memperkenalkan produk yang boleh menghilangkan jeragat. Mungkin mereka berasa sangat terganggu melihat wajah saya yg mempunyai jeragat ini. Haha. Terdapat juga orang yg bertanya sama ada sy sudah berkahwin atau belum apabila melihat saya mempunyai jeragat.

Namun begitu saya sudah tidak kisah dengan semua itu dan belajar menerima diri seadanya.

Yang paling best, tidak disangka-sangka jeragat ini boleh menjadi satu trend. Malahan terdapat juga wanita yang sengaja membuat ‘fake freckles’ kat wajah mereka. Waw.

Dan sekarang,saya sedar sebenarnya orang tak berapa nak kisah pun sama ada saya ada jeragat atau tiada. Kadang-kadang saya yg ter ‘over’.

Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *