Jerat Poligami

Assalamualaikum.. Terima kasih admin kalau confession ini tersiar. Aku Nuh, dan selamat membaca.

Waktu sekarang menunjukkan jam 12.37 pagi. Aku penat dan mengantuk. Dah solat dah mengaji, sambil baring-baring, aku baca IIUM Confession ni.

Banyak cerita-cerita menarik dalam ni.. Tahniah admin sebab adakan satu platform untuk orang luah tanpa dikenali. Ok sekarang ini cerita aku. Panjang tapi aku ringkaskan.

Baca sahaja tajuk orang dah tahukan apa yang aku nak cerita. Pertama sekali aku tak tolak sunnah nabi yang satu ni.

Keduanya aku hairan dalam banyak-banyak sunnah nabi kenapa bab poligami ni orang lelaki paling nak menang.

Biar aku terangkan, kenapa aku kata ‘Jerat Poligami’. Babah, adalah mangsa kepada jerat ini. Ibu tidak berpoligami pun dengan mak tiri aku. Ibu ditalakkan sebelum sempat dimadukan.

Lepas ditalakkan, rezeki ibu mencurah-curah, masa terluang dengan banyak untuk bercuti dan menyertai kelas agama.

Sebaliknya berlaku pada babah. Bangganya babah menceraikan ibu yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Serba sedikit latar belakang babah. Babah dan adik-beradiknya datang dari pedalaman, ‘broken family’, tiada pelajaran dan tak mendalami ilmu agama. Merantau ke negeri sini untuk mencari kerja seterusnya bermaustatin di sini.

Aku kurang gemar ziarah rumah keluarga babah. Mereka suka membanding-bandingkan kami dengan anak mereka.

Siapa yang paling pandai, siapa yang kerja kerajaan, siapa dapat kahwin dengan penjawat awam, lagi dipandang tinggi.

Satu lagi perangai adik-beradik babah ni, mereka selalu ‘nasihat’ babah untuk satu keputusan. Mereka jugalah yang ajar babah buat pinjaman kad kredit sampai berpuluh ribu hutang babah.

Ibu dan babah memang dari dulu selalu bergaduh, tak sebulu. Mungkin sebab babah banyak dengar kata adik-beradik dia dari isteri sendiri.

Kemuncaknya bila babah dapat duit pampasan. Adik beradik babah mula masuk campur urusan rumahtangga ibu dan babah.

Adik-beradik babah pula, memang tak suka ibu. Mungkin sebab ibu sangat tegas dan berpendirian.

Beberapa bulan sebelum babah nak dapat duit pampasan tu, babah kantoi mesej dengan adik perempuan dia. Adik perempuan dia beria-ia nak kenalkan dengan beberapa orang wanita.

Dari wanita bekerjaya, badan kurus, badan gempal semua disuakan dengan babah. Sampailah akhir sekali, menantu dia sendiri dia sanggup ‘offer’ pada babah.

Dia kata anaknya tak sesuai untuk menantunya, si B ni. Sanggup diceraikan anak sendiri dengan menantunya semata-mata untuk beri si B pada babah.

Melambung-lambung dia puji si B. Katanya si B tak akan melawan cakap. Patuh saja bila disuruh buat kerja. Macam-macam kebaikan ada pada si B. Asalnya semua kerana duit pampasan babah.

Babah ketika itu mempungai krisis rumahtangga dengan ibu, apa lagi.. Melepaskan ibu untuk si B. Habis iddah, si B berkahwin dengan babah.

Si B, muda seusia anak ibu babah, ada 2 orang anak hasil berkahwin dengan anak buah babah sendiri. Masing-masing berusia 4 dan 6 tahun.

Ibu pergi membawa haluan sendiri. Alhamdulillah ibu tidak bersendirian. Anak-anak ibu setia dengan ibu. Lain jadi nya dengan babah.

Umur babah yang tidak lagi muda terpaksa menanggung persekolahan anak-anak tirinya. Si B pula tak reti memandu. Maka babah pula kena hantar anak-anak tu pergi sekolah. Kesian babah.

Adik-beradik babah yang pandai nasihat tu, hilang senyap dan sepi lepas dapat tahu duit pampasan babah tak banyak. Babah pula kena tanggung hutang yang sedia ada.

Tanggung lagi perbelanjaan sekolah. Kadang-kadang, babah ada juga masuk hospital sebab masalah kesihatan. Adik-beradik babah takde seorang pun yang bantu.

Bila babah masuk hospital, babah akan mintak pada anak-anaknya. Tak kisah pun sebab memang tanggungjawab kami.

Yang hairannya, masa babah nak dapat duit haritu, semua adik-beradik ipar duai datang menyokong babah untuk kes penceraian dengan ibu. Bila babah susah, dah terperangkap dalam masalah bini muda dia, tiada siapa pun yang tampil membantu babah.

Bini muda babah pula tak seindah rupa. Rupa-rupanya si B juga takde pelajaran. Tak pandai membaca, tak reti kemas rumah, tak reti masak,tak reti solat jauh sekali mengaji Al-Quran. Semua babah kena uruskan.

Diusia babah yang sepatutnya berehat bermain dengan cucu, tapi diberatkan pula dengan urusan anak-anak sekolah. Membantu si B dan membimbing si B.

Babah juga perlu bekerja untuk kelangsungan hidup mereka. Masa PKP ada – kalanya babah takde duit untuk makan.

Kami datang hulurkan duit dan makanan. Babah yang akan masak untuk keluarganya. Babah pula tak mahu duduk dengan kami. Mungkin bininya tak mahu.

Sekarang tak tahu lah apa perasaan babah dengan perkahwinan dia. Masa dia dengan ibu, semua ibu uruskan dari sediakan tempat tidur, makanan, sekolah anak-anak, kemas rumah dalam dan luar. Babah cuma pergi balik kerja dan hulur duit.

Sekarang babah yang kena uruskan semua. Aku kesian sangat kat babah. Minta semua doakan babah terbuka hatinya untuk memilih apa yang terbaik untuk dia.

Umur babah sepatutnya sibuk mencari ilmu agama, fokus pada kesihatan tapi disibukkan dengan hal lain.

Jauh disudut hati, aku berterima kasih kerana babah melepaskan ibu. Jika tidak pasti ibu juga menjadi mangsa cerita poligami babah ni. Semoga ada sinar untuk babah keluar dari masalahnya.

– Nuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *