Assalamualaikum wbt. Aku Jazzlin Amelina Hernandez (bukan nama sebenar), wanita, usia hujung 20-an, berpendidikan master, ada pekerjaan tetap dan sambilan, dan merupakan seorang Islam…
Alhamdulillah, perjalanan hidup aku selama ini dipermudahkan Allah s.w.t. tak kira walau apa pun cabarannya. I had once been at the lowest point in my life yang sampai aku ada terfikir nak menukar agama dan membunuh diri. Tapi, mujurlah Allah s.w.t melindungi aku sehingga ke saat ini.
Aku menulis di sini bukan untuk menunjukkan aku ni baik atau alim tapi sekadar berkongsi pengalaman hidup aku yang membuktikan bahawa perasaan suka sesama jenis atau cinta sejenis itu adalah sesuatu yang sia-sia.
Mungkin ada yang akan kecam aku dengan mengatakan cakap senanglah, bukan senang nak buang perasaan itu daripada hati dan sebagainya… Aku tetap nak nukilkan juga di sini.
Aku, ketika berusia belasan tahun, bahkan sehingga usia awal 20-an mempunyai perasaan suka atau cinta pada sesama wanita. Aku tak pastilah macam mana boleh ada perasaan macam ni dalam diri aku tapi yang aku sedar dari kecil, aku cenderung ke arah kelelakian.
Kalau tengok cerita Hindustan lah misal katakan, aku suka tengok pakaian hero yang stylo dan aku berangan nak pakai macam tu juga. Dan aku pantang nampak perempuan cantik, tapi, perasaan suka tu tak kekal lama lah. Dia muncul dan hilang selepas suatu tempoh.
Mungkin Allah lindung aku dari sudut ketidakkekalan perasaan suka tu. Tu yang menghalang aku dari terjebak lebih jauh ke dalam lembah lesbianisme yang hina ni.
1) Kad Hari Guru atau Surat Cinta kepada Cikgu Sejarah
Aku ni dilahirkan tak cantik seperti wanita-wanita lain. Malah, ada yang menghina paras rupa aku secara direct dengan mengatakan aku hodoh. Bahkan, aku kerap menerima penghinaan dari rakan-rakan sekelas lelaki sehingga menyebabkan aku mengalami tekanan.
Start dari situ, aku mula benci yang amat pada kaum lelaki. Tekanan yang aku alami menyebabkan pencapaian aku dalam pelajaran merosot teruk. Aku dah cakap dengan family minta tukar sekolah tapi family tak nak sebab sekolah tu sekolah kluster.
Sejarah adalah antara matapelajaran yang merosot teruk tu. Aku mula jatuh cinta pada cikgu Sejarah aku yang sejantina dengan aku apabila dia cakap dengan aku lembut-lembut dengan menyuruh aku menyiapkan kerja sekolah.
Aku yang jadi punca pemalas nak menyiapkan kerja sekolah Sejarah ini adalah sebab pernah sekali aku cuba jawab soalan Sejarah dalam kelas, aku diketawakan kerana jawapan aku salah. Dan cikgu yang sama juga yang mentertawakan aku tu.
Tu lah kan, apabila perasaan cinta sesama jenis yang haram ni, ia dihias cantik oleh syaitan sampai aku lupa segala-galanya walaupun aku telah dihina. Lupa segala-galanya sehingga aku bertindak luar batasan dengan menghantar kad hari guru kepada guru berkenaan yang mengandungi isi hati aku terhadap dia.
Kemuncak berlaku apabila aku tidak dapat siapkan nota Sejarah dan aku dimarahi dengan teruk di hadapan kelas oleh cikgu yang sama. Aku masa tu, macam nak nangis, tapi tahan depan khalayak umum, nak-nak pula budak-budak lelaki yang selalu ejek aku mentertawakan aku ketika itu.
Balik rumah, aku nangis teruk, aku berazam nak balas penghinaan tu balik. Aku siapkan nota sampai habis seluruh silibus.
Ditakdirkan keputusan percubaan SPM aku teruk, aku turut mendapat penghinaan dari keluarga di rumah yang mengatakan aku takkan berjaya dan tak perlu memohon ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Aku tabahkan diri duduki peperiksaan SPM sebenar sehinggalah tamat peperiksaan.
Masa tu, selepas siap jer kerja rumah (jadi kuli di rumah), aku akan berkurung di dalam bilik. Tapi, ya lah aku kan insan yang lemah, bingai pulak tu (hehehe…), kepada siapa lagi nak mengadu melainkan kepada Allah s.w.t… Aku amalkan baca Yasin selepas solat subuh. Minta SPM aku diluluskan.
Ketika keputusan SPM diumumkan, aku mendapat 9A dari 11 matapelajaran walhal masa percubaan hanya 5A sahaja dan Sejarah itu D. Results SPM sebenar, 9A, dan itu termasuk Sejarah! Aku terkejut gila. Tapi, memang masa aku menjawab kertas Sejarah tu, terasa macam Allah bagi ilham pada aku tau nak jawab macam mana.
Seperti mana calon lain yang dapat 9A, aku juga dijemput ke majlis anugerah kecemerlangan. Masa tu, nak dapat jemputan, minimum kena 7A. Aku datang jer ke sekolah, boleh kata semua mata terkejut tengok aku. Orang tak sangka aku dapat 9A… Cikgu Sejarah aku tu jangankan nak ucap tahniah, nak tengok muka aku pun tak berani …
2) Godaan di Tempat Kerja
Dah lulus SPM, lulus matrikulasi, lulus dapat degree & master di universiti, aku pun bekerja di sebuah syarikat swasta. Itulah aku sebagai manusia, selalu lupa dengan apa yang dah terjadi, kerap terlalai dan terleka… di situ aku berkenalan dengan Z, Z ni muda setahun dari aku.
Aku asal usulnya memang tak dapat nak trace niat sebenar si Z ni yang hanya nak mempergunakan aku sahaja demi duit dan tenaga. Cit! Segalanya Nampak indah pada mulanya. Z nampak sangat caring dan selalu ambil berat dengan aku.
Aku ni, yang perasaan suka sesama jenis tu dah lama “deactivated” tetiba, jadi “activated” lah perasaan tu. Nak-nak Z kadang bermanja dengan aku, letak kepala atas bahu aku, ada sekali tu dia berdiri sebelah aku dan letak tangan atas pinggang aku, dan selalu puji aku pandai. Benda yang Z tak faham, aku tolong jawab dan tolong jelaskan.
Ada satu kes tu melibatkan aplikasi Matematik Tambahan (ok, pembaca, aku bangang Sejarah tapi minat Matematik Tambahan, A1 masa SPM). Aku tolonglah Z ni sampai settle problem tu. Ada sekali tu, memang ujian betul. Kami satu pejabat, ada ruang rehat.
Bila Z baring, aku dapat lihat bentuk tubuh dia. Aku ternampak benda yang tak sepatutnya aku nampak (tak perlu lah aku citer kat sini) pada Z sebab dia tertidur tak sedar dunia. Aku pun nakal, tengok tu tak berkedip biji mata aku. Balik kerja, malam berehat, tidur, mulalah kepala otak aku berfantasi benda yang bukan-bukan dengan si Z ni.
Bahkan, aku kerap cakap “I love you” kat Z. Z hanya membalas “Love you too…” Kemuncaknya apabila kami bergaduh dan nak dijadikan cerita, aku dinaikkan pangkat, di situlah aku mula nampak Z punya “true colours”.
Z sebenarnya sangat dengki orangnya. Z punya fitnah, satu pejabat dah tak bertegur sapa dengan aku. Sangat susah aku nak jalankan kerja yang by team sbb end up, semua kerja aku kena buat sendiri sebab rakan sekerja lain sudah termakan hasutan si Z dan mereka sangat susah nak bagi kerjasama.
Lebih melukakan hati, Z sudah berani menghina aku di dalam group, dan di hadapan khalayak umum secara halus, dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak syarikat ke atas Z! Penderitaan aku selama 4 tahun bekerja tamat apabila Z berambus dari company sebab dia dapat offer tempat lain.
Alhamdulillah… Allah punya kuasa, korang tengok, Allah nak tunjuk wajah sebenar si Z ni dengan mengizinkan aku naik pangkat jer… Aku yang bingai, hati berbunga-bunga segala bagai, padahal tak wujud pun “Love you too” tu yang sebenarnya… Allahu Akbar!
3) Keadaan Sebenarnya
Dah lama “deactivated” perasaan bengong ni (suka sesama jenis) tetiba, “activated” balik lah pulak. Nama dia V (bukan nama sebenar).
Cerita dia begini. Setelah beberapa tahun bekerja, aku dan beberapa pekerja lain dilantik sebagai team leader di company aku. So, bawah setiap daripada kami, ada beberapa orang pekerja junior yang diletak di bawah kami. Kira nya ini macam team mates aku lah.
Setiap projek yang syarikat dapat akan dibahagi-bahagikan kepada bahagian. Dan setiap team wajib siapkan bahagian mereka supaya projek tu sempurna mengikut kehendak klien.
V ni bawah aku, cun melecun orang nya. Aku pun macam biasa, tergolong dalam kategori “ghafilun” yakni orang yang lalai, tak pernah nak beringat sejarah yang lalu. Mulalah menaruh hati dalam diam terhadap si V ni. Tapi, aku tak tunjuk terang-terang.
Dan aku notice juga, ketika aku bercakap dengan si V ni, aku nampak dia tatap wajah aku dekat-dekat dari atas ke bawah. Aku dah gementar tapi dalam hati gembira lah juga. Crush tengok muka kita dekat-dekat kan.
Sungguhpun demikian, kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun V tengok muka aku dekat-dekat, tapi, dia tak begitu menghormati aku sebagai ketua. Kadang, bermuka masam apabila aku panggil meeting. Dan lebih menyedihkan lagi, aku boleh nampak riak wajah dia yang agak memandang rendah pada diri aku.
Sampailah terjadi satu insiden yang memalukan diri aku. Ketika itu, diadakan macam satu ujian lah dalam company untuk menguji kecekapan para pekerja junior ni. Semua team leader diminta menjalankan ujian tersebut di dalam team masing-masing.
Aku selaku team leader yang berhati mulia lah kononnya, tapi memang aku concern lah dengan keadaan pekerja junior bawah aku. Aku tahu tahap mereka di mana dan niat aku cuma nak membantu sebab markah yang rendah boleh affect diorang punya KPI.
Aku pun design lah satu pelan atau modul yang kalau diorang study, diorang boleh pass lah ujian tu. Tanpa aku sangka, V dan Q (sorang lagi ahli team bawah aku) telah pergi berjumpa si R, seorang lelaki dan merupakan team leader seperti aku dan menunjukkan pelan atau modul tersebut.
R sudah menyoal aku perkara tersebut. Nasib baik aku berjaya cover dan selamatkan diri aku. Aku mula sedar yang mereka (terutamanya V) memang lebih meminati lelaki seperti R walaupun R tu laki orang.
Aku memang malu gila sebab ahli-ahli team aku sendiri tidak menghargai bantuan yang aku bagi dan bahkan bertindak mendedahkannya kepada team leader lain untuk membuktikan betapa takde integriti nya aku ni.
Lebih menyedihkan, perkara ini turut tersebar dalam kalangan team lain di mana aku telah menjadi bahan bualan. Aku dipanggil oleh bos atasan dan kerana aku lepas menyelamatkan diri aku (adalah caranya, ilham dari Allah Ta’ala… tak perlu aku ceritakan di sini), aku diberi sekadar peringatan oleh bos dan kes itu dikira selesai.
Aku syukur yang amat kepada Allah s.w.t sebab melepaskan diri aku dari musibah besar seperti kena pecat dan sebagainya.
Di sini, kesedaran aku mula timbul untuk bertaubat. Aku tak nak ada perasaan cinta sesama jenis dalam hati aku lagi. Apabila aku terjebak dalam sebarang masalah, Allah Ta’ala lah yang menyelamatkan aku dan menjaga maruah aku.
Aku mula mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, mula menjaga solat di awal waktu, dan mula memperbanyakkan membaca Al-Quran. Aku mula rasakan perasaan cinta yang amat sangat pada Allah Ta’ala dan hidup aku menjadi lebih tenang.
Aku mula jauhkan diri dari circles yang boleh membawa aku kepada perasaan songsang itu. Aku nak mati dalam husnul khatimah. Aku tak mahu mati sebagai seorang lesbian. Aku tak mahu masuk neraka jahannam. Aku sayang Nabi aku.
Aku mungkin tak boleh menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku lagi disebabkan trauma yang aku alami. Dan aku berkemungkinan besar takkan mampu menjadi seorang isteri dari sudut zahir dan batin juga.
Tapi, aku akan gunakan sisa usia aku untuk beramal soleh sebaik-baiknya sebagai persediaan sebelum kematian aku. Doakan moga aku istiqamah.
Kepada mereka yang diuji dengan perasaan dan naluri sebegini, aku doakan moga korang diberikan hidayah oleh Allah Ta’ala untuk berubah.
Aku bukan sesiapa, cuma insan kerdil yang dah kongsikan pengalaman merangkap bukti bahawa perasaan suka sesama jenis apatah lagi cinta sejenis adalah jerat syaitan semata-mata.
– Jazzlin Amelina Hernandez (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit