Jerawat dan Penerimaan Suami II

Hi semuaaa, terima kasih sebab sudi baca lagi sambungan cerita saya yang tak seberapa ni. Cuma nak update keadaan sekarang.

Kalau nak baca yang pertama, dekat sini: https://iiumc.com/jerawat-penerimaan-suami/

Terima kasih untuk komen komen yang sangat positive, yang banyak bagi nasihat dan tips. Sangat saya hargai. Tak kurang juga ada seketul dua yang kata saya cuma nak menunjuk hahaha, kalau saya nak menunjuk, saya tak guna nama samaran.

Kalau awak berfikiran positive, mesti awak faham maksud tersurat dan tersirat cerita saya tu.

Betul kata salah seorang yang komen, saya cuma nak gambarkan yang walaupun saya mampu berubat dengan doktor, masih susah untuk kulit saya pulih Allah tak izinkan lagi, mungkin.

Saya cuma baca sedikit saja komen sebab agak sibuk bekerja tapi rata rata pembaca IIUM Confession ni memang berfikiran positive dan sangan knowledgable and very sweet.

Saya nangis juga baca komen komen yang seakan memujuk hati saya. Terima kasih semoga Allah limpahkan rezeki untuk awak semua. Amin.

Saya memang ada doktor pakar kulit yang saya selalu jumpa. Dr. A lah kita panggil ye. Masa dalam sesi ke 8 dengan Dr. A, Dr. A pernah tanya, awak guna oil cleanser tak sebelum cuci muka untuk tanggalkan bedak bedak di muka?

Memang saya guna, sebab itu antara praktis yang popular. Dr. A sendiri yang sarankan.

Antara saranan Dr. A (bukan tips untuk pembaca):

1. Menggunakan produk yang non-comedogenic (non-acne / tak menyumbatkan pori)

– Saya guna Estee Lauder, produk ni bagus tp pricey.

2. Sebelum cuci muka dengan pencuci muka di bilik air, cuci dulu dengan oil cleanser

– Saya guna Hada Labo cleansing oil

3. Pencuci muka, mesti guna yang gentle cleanser

– Masa ni saya guna Neutrogena tapi tak jalan jugak. Sebab kulit saya jadi kering.

4. Pakai mask yang macam tajam dekat depan tu, KN95

– Dulu saya pakai KN94, tapi disebabkan dia jenis melekap dekat rahang, jerawat banyak naik dekat situ. Tapi sebulan lebih yang lepas, K95 ni menyebabkan jerawat dekat pipi pulak, sebab K95 ni bergesel di pipi. Stress nya.

Saya masih tak sembuh masani dan tetap berjerawat. Dr.A dah pelik sebab semua step saya dah ikut. Last treatment dengan Dr. A adalah acne peel (mesoacne). Tapi, hanya membantu sebahagian jerawat yang halus halus. Jerawat yang besar masih naik meriah juga.

Hari hari saya berdoa dan mintak suami doakan juga, menangis nangis bila mengadu dekat suami. Suami macam biasa, tak apa sayang nanti mesti hilang (dalam hati geram saja haha yelah kita tak tahu bila jerawat semua ni nak hilang)

Saya dah hampir give up. Tapi Allah tu maha kaya. Dia gerakkan hati saya untuk buat 4 benda ni:

1. Gerak Hati Pertama

Saya tergerak hati untuk cuba satu trial set (kecil kecil saja) yang dijual di watson, specialized untuk jerawat. COSRX AC Collection. Dalam set ni ada Calming Foam cleanser, Calming Liquid Mild, Lightweight Soothing Moisturiser, Ultimate Spot Cream

Saya kan dah berkecimpung lama dalam masalah jerawat ni, jadi antara kebaikan yang saya tahu:

– Calming Foam cleanser : Ada Centella (known for calming the skin), Salicylic Acid (which is very good for acne, tapi perlu pakai moisturiser selalu takut kulit kering)

– Calming Liquid Mild : Ada Centella (known for calming the skin), BHA & PHA, ni adalah toner.

Saya pakai malam saja sebab agak mengeringkan muka, tapi bagus sebab kita apply toner guna kapas, lepas sapu kapas dekat muka, nanti nampak kotoran kotoran yang tak habis dicuci masa cuci muka di bilik air.

Kotoran kotoran tu yang membuatkan kita berjerawat sebab muka masih kotor, masuk dalam pori, jadi jerawat.

– Lightweight Soothing Moisturiser – Ni moisturiser yang paling best saya pernah guna. Sangat ringan dan oil-free / non-comedogenic (takkan menyumbat pori).

Ada Centella dan Niacinamide juga, jadi dalam masa yang sama, dia akan calm dan mencerahkan parut hitam/merah kita.

– Ultimate Spot Cream – Spot Cream ni tak membantu saya, dah try banyak kali, tak sesuai. Kalau pakai dekat dahi nanti lagi tumbuh jerawat halus hahah. Kena lah cuba, kalau tak kita tak tahu kan. Jadi yang ni memang saya haramkan terus.

So far pakai, jerawat jerawat saya memang rasa “calm” dia tu. Tapi tak sepenuhnya. Masih ada jerawat yang naik.

2. Gerak Hati Kedua

Saya tak ingat masa ni saya kelam kabut nak kulit bersih sebab nak pergi mana, tapi ada kaitan nak pergi bercuti dengan keluarga suami.

Jadi kelam kabut lah saya. Kebetulan, dekat dengan office saya ni ada Klinik Pakar Kulit. Saya dah tak sempat nak pergi ke klinik yang saya selalu pergi tu, sebab kerja Isnin-Jumaat, sekurang-kurangnya klinik di office saya ni dekat jadi boleh pergi time lunch hour.

Saya pergi dan saya bagitahu doctor, kita panggil Dr, B (doctor lelaki kalini).

Saya: Dr, saya nak makan ubat balik. Accutane.

Dr. B: You pernah makan ubat jerawat ke?

Saya: Pernah, 1.5 tahun yang lepas sebelum kahwin.

Dr.B: Emmm, saya tak nak bagi ubat. Sebab jerawat awak ni bukan yang jenis teruk, bukan cystic. Just small bumps here and there and red spots with acne.

Dr. B: I tak boleh bagi ubat because it has bad post side-effects long-term. Effect your body, organs, sebab the medicine is very strong. Plus, you’re married. It will make babies badly deformed (cacat) if you tiba tiba pregnant.

Lah, tak teruk dia cakap. Kita ni dah menangis macam orang gila stress tengok muka sendiri. Tapi baguslah sebab dia tak main bagi saja ubat dan consider kesihatan kita.

Saya: Then, what is your suggestion ya Dr?

Dr. B: I have this day and night medicine, a topical cream. The day cream got Salycilic Acid, the night cream got Retin-A. But please apply moisturizer always after. You try these first, then we decide if you want to do chemical peel or not.

Saya cuba cream cream tu, sekali dengan COSRX products, kulit saya bertambah baik.

Paling ketara, dahi saya dah tak ada jerawat. Pipi saya saja masih ada lagi dua tiga ketul yang merah merah. Cream malam tu memang buat kulit saya mengelupas, sebab ada Retin A kan, dia buang dead skin cells.

3. Gerak Hati Ketiga

Saya bermalam dekat rumah kawan saya. Tinggal suami satu malam jap haha. Kawan saya ni, si C, dia pun jenis makeup jugak kalau keluar dan ke office. Tapi kulitnya ya Allah, halus licin saja.

Saya tengok dia cuci muka, dia cuma guna micellar water saja. Kadang dia kata dia malas sangat, sampai tak cuci muka dengan pencuci muka di bilik air terus tidur hahaha.

Saya pun terfikir, saya nak cuba. Saja saja. Jadi esoknya saya beli micellar water, dalam hari ke 3, jerawat jerawat saya semua surut???

Macam magic! Ya Allah jadi selama ni, antara punca jerawat saya adalah oil cleanser?

Sekarang, oil cleanser sudah diharamkan juga hahaha. Mungkin kulit saya terlalu sensitive, jadi oil cleanser adalah sangat tidak sesuai untuk saya.

4. Gerak Hati Keempat

Tapi dekat dahi saya, dekat keliling bahagian scarf tu, selalu naik jerawat besar besar. Jadi saya cuba inisiatif untuk tidak bagi scarf tudung saya kena pada kulit di dahi.

Sebab kita berpeluh kan, wap apa semua terpekap disitu. Lepas saya guna cara ni, terus Alhamdulillah jarang naik jerawat dah dekat situ.

Sorry sebab panjang sangat. Saya cuma excited, sebab saya tahu, semua ni juga adalah hasil dari doa doa pembaca article saya haritu, sebab saya ada minta doakan kan? Alhamdulillah Allah dah kabulkan doa semua pembaca yang berhati baik ni.

Tak lupa juga, ini semua adalah atas izin Allah yang Maha Baik, yang Maha Berkuasa dan Menyembuhkan.

Sekarang kulit saya cuma tinggal parut. Tapi tak apa, it takes time bak kata suami saya. Saya berdoa juga, untuk yang masih cuba untuk menyembuhkan kulit wajah, diberi kekuatan diri dan keizinan untuk sembuh oleh Allah. Aamiin.

Doakan saya untuk terus dan kekal sembuh dan sentiasa merendah diri. Doakan juga perkahwinan saya dan suami hingga ke Syurga, aamiin. Lagi satu, doakan saya dapat jumpa arwah bapa saya di syurga nanti. Aaamin.

Assalamualaikum.

– June (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *