Aku baru lepas matriks dan dah hampir 5 tahun hidup dengan muka berjerawat dan berminyak yang tahap kronik. Dari zaman sekolah, aku dipandang serong sebab muka yang berminyak dan berjerawat.
Kena ejek dan hina tu perkara biasa bagi aku. Tapi aku sikit pon tak kisah, sebab aku tau setiap masalah pasti ada penyelesaian.
Setakat jerawat takde bagi kesan pon dekat pelajaran atau hidup aku. Aku masih sihat, boleh berjalan, boleh makan dan semuanya sangat sempurna.
Dari zaman sekolah sampai sekarang, aku memang jaga kesihatan, pemakanan, gaya hidup, bersukan, dan kebersihan dengan baik, jadi aku khairan mana datang pulak cik j ni hinggap tak nak surut.
Masa form 3, aku ada jumpa dermatologist dekat hospital kerajaan dan diberikan antibiotic serta krim adapalene. 4 temujanji yang dibuat dalam tempoh 2 tahun, dan kes aku digugurkan. Walhal jerawat aku masa tu tak surut pon.
Down teruk masa tu, sebab aku cuba dapatkan rawatan pakar tapi tak berhasil. Sebabkan SPM nk dekat masa tu, aku just fokus belajar dan berazam nak kerja untuk dapatkan duit supaya aku boleh rawat masalah jerawat ni.
Lepas SPM, aku pon kerja sebab nak cari duit untuk repair muka aku lepas bermacam benda yang aku buat dan semuanya tak jalan.
Duit gaji yang aku kumpul, aku pegi jumpa dermatologist swasta, tukar skincare yang berjenama dan baiki skincare routine.
Setahun aku bertahan dengan rawatan dari dermatologist tapi semuanya tak berjaya. Dan kali ni, aku sangat-sangat hilang semangat untuk cuba cari jalan lagi.
2021, masa hari first dekat matriks, roomate aku tegur depan-depan “wey banyak tho jerawat kau, aku tak pernah ada jerawat banyak macam ni, minyak kat muka ni dah boleh buat goreng nasi”.
Seumur hidup aku tak pernah kecewa macam tu sekali, sedangkan aku ada kekuatan untuk belagak selamba selama ni.
Hari tu tak berhenti aku menangis, sesekali ada rasa nak terjun dari tingkap dorm dan aku frust yang teramat sangat.
Aku tak minta kau baik dengan aku, kau jadi musuh pon takpe tapi mulut kenapa macam orang takde iman sangat.
Dan last aku nak mintak doa daripada pembaca supaya jerawat dan kulit berminyak aku ni boleh surut dengan baik serta pulih.
Kalau korang tau cara yang berkesan juga boleh share sebab aku sangat desprate nak cari penyelesaian untuk jerawat ni. Semoga dipermudahkan urusan korang.
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit