Jerawat Lagi

Salam untuk semua readers. Actually masalah aku takde la berat macam confesser yang lain tapi aku sekadar nak meluahkan Dan memang perlukan nasihat. Masalah aku berkaitan dengan jerawat.

Yes, mesti ada yang akan fikir, hek eleh jerawat je kot bukan masalah besar pun tapi trust me itu masalah terbesar aku. Muka aku ni memang ada masalah jerawat since aku form 2 lagi sampai sekarang. Now, aku dah umur 28 tahun tapi muka masih berjerawat lagi. Aku buntu sebenarnya sebab macam2 Cara aku dah try, pakai produk yang mahal, laser pun aku pernah buat but tell u, it doesn’t work on me.

Aku sanggup habiskan duit sampai 3k lebih untuk laser tu tapi aku still kecewa dengan hasilnya, let say bagi aku takde hasil pun. Aku buat dengan doc terkenal yang selalu menulis dalam majalah kesihatan kot. Aku penah try pakai produk sampai 10 bulan tapi takde hasil jugak, produk yang claim dapat hilangkan Jerawat. Aku kecewa. Kecewa. Mungkin ada yang hairan kenapa aku macam taksub sangat dengan kulit yang licin bebas jerawat. Ok, aku bagitau kenapa. Masa aku belajar dulu, lecturer aku penah panggil aku masa kelas pegi meja die, aku macam pelik je kenapa. Lecturer ni perempuan, free hair, muka ala2 sharifah aini gitu. Okla, tahu die cakap apa Kat aku? Die Tanya aku kenapa muka aku teruk sangat, jerawat bersepah, takde orang nak ambik aku keje nanti. Tak jaga muka heh? Cara die cakap tu penuh dengan sindiran Dan die siap cakap nanti kalo aku kerja, pelanggan lari tengok aku.die kata die benci orang muka berjerawat ni. Sedih kot, tergamak die cakap macam tu Kat aku.

Kawan aku yang duduk dekat meja die dengar kot, die pun terkejut Dan bila aku balik bilik, aku nangis teruk Gila. Sedih weh kena hina dengan lecturer sebab jerawat. Kawan aku yang aku cerita tu datang petang tu jugak sebab roommate aku pelik aku asyik nangis je sebab roommate aku tahu aku pegi kelas dengan kawan aku tu. So, kawan aku tu cerita Kat roommate aku tu, geleng kepala die dengar tapi die Dan kawan aku tu bagi semangat Kat aku, cakap benda yang positif Dan aku macam dah ok. Kesan die masa kelas lecturer aku tu, aku jadi takde confident level, semua benda aku jadi tak Berminat Dan bersemangat nak buat terutama presentation. Yela, orang benci tengok muka kau kan,so takkan ko nak tunjuk muka ko dengan jerawat bersepah masa presentation. Nasib baik kelas dengan lecturer tu satu sem je, so lepas abis kelas die aku Bahagia sebab takde orang nak Pandang rendah Kat aku. Tapi rupanya aku salah.

Dulu aku ingat betulla orang kata orang tak menilai luaran je tapi sebenarnya salah. Yes, orang menilai luaran kau. Aku cakap berdasarkan bukti. Aku masih ingat. Masa sem 4, aku Dan kawan aku kenal dengan senior lelaki ni, kawan aku ni muka memang licin flawless gitu, masa tu ade la kena bincang sikit sebab buat assignment sama kan. Masa bercakap, senior ni tak pandang pun muka aku even aku yang bercakap, die Pandang kawan aku. Aku cakap pun tak layan, macam tak dengar. Aku mula2 pikir tak baik berprasangka so aku tengok lagi reaksi die selepas tu tapi still sama. Aku pun terpikir teruk sangat kot muka aku bagi die sampai die geli nak tengok muka aku. Lepas tu, aku diam je, tak mencelah or apa pun, orang dah taknak layan kita so diam jela.

Lepas abis belajar, aku macam happy sebab aku pikir kalo dapat keje nanti aku boleh buat treatment untuk muka aku yang bermasalah ni. Tapi aku nak bagitau la, dunia pekerjaan pun mencabar jugak dengan macam2 kerenah pelanggan ni Dan selalunya pelanggan aku jumpa ni ada yang ok Dan ada yang tak. Cuma ada juga yang aku tengok macam tak seronok berurusan dengan aku bila aku cakap sepatah die cakap sepatah je Dan macam nak cepat2 end conversation. Time ni jerawat aku bersepah ok tapi bila muka aku dah clear, masa ni aku pakai produk yang mahal, pelanggan yang sama kot bila jumpa face to face seronok betul borak sampai berjam2 which yang sebelum ni tak sampai 30 minit pun borak dengan aku n die siap Tanya kulit u dah cantik, pakai apa ye. Aku macam s**t. Aku dah nampak layanan yang berbeza bila luaran kita berbeza.

Guys, sorry la kalo ada yang tak setuju dengan pendapat aku sebab aku dah melaluinya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman ok. Aku takdela nak kulit yang flawless putih melepak macam artis tu sebab aku bukan nak impress sesiapa pun, aku cuma nak kulit yang sihat bebas jerawat je supaya orang tak pandang rendah Kat aku Dan confident level aku tak down. Itu je aku perlu. Aku tak pernah berniat nak pikat lelaki dengan kulit yang cantik sebab pengalaman juga mengajar aku kebanyakkan lelaki pilih perempuan sebab paras rupa. Aku tak kata semua lelaki ok. Sila faham.

Aku bercakap based pada pengalaman. Aku dah lalui pengalaman tu tapi tak perlu la aku cerita pasal lelaki2 yang pandang luaran aku tu, not worth for me. Aku cuma nak share je pengalaman aku menjadi orang yang tak dipandang oleh orang sekeliling disebabkan wajah aku yang bermasalah. Salah aku ke? Sekarang muka aku still berjerawat balik sebab aku dah tak tahan spend duit yang banyak untuk beli produk yang mahal, dekat 1k sebulan n komitmen pulak banyak. Harap ada yang boleh share petua untuk bagi kulit bebas jerawat. Aku harap janganla kecam aku sebab kau tak pernah tahu rasa berada di tempat aku, kesedihan yang aku lalui.Tq guys sebab baca luahan aku ni.

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit