Admin…Please hide my profile.
Lately banyak baca confession pasal confident level kat sini. So harini nak tanya sapa sini yang mukanya banyak jerawat? X kesah la jerawat batu ke jerawat biasa ke jerawat pasir ke…kita geng…hihihi…Mesti korg sorang yg low confident kan? Sama macam aku. Aku merupakan salah satu umat manusia yang tak pernah lari dari masalah jerawat. Dari form1 sampai umur dah msuk 21 tahun ni. Hmmm, dulu2 ok gak muka ni, even ada jerawat tapi tak lah seteruk yang skrg ni.(atleast ada juga yang minat aku dulu…wakakaka). Tapi lepas tamat je spm, jerawat ku tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..Seakan2 sikit2 lama2 jadi bukit pula dh kat muka aku ni. Dah try macam2 dari skin care ke pakar kulit, dari pakar kulit ke ubat tradisional, dari ubat tradisional ke supplement dan macam2 lagi. But nothing work on me. Baik untuk sementara je lepastu teruk balik.
Fyi, aku dah lama pantang makam seafood dan semua foods yang boleh myebabkan aku breakout. Even berpantang pun still juga mak2 jerawat ni tumbuh..Minta petua macam2 kt kawan yang dah berjaya hilangkan jerawat secara permanent pun nothing work on me. Kekadang jealous juga tengok roommate yang muka licin, flawless gitu. Asal g keluar mana2 je mesti mata semua terpandang kt dia, dan aku pula? Sale girl product je yang dok terkejar2 aku..hahah..Bukan nak cakap apa, everything my roommate did dorg akan dapat pujian dan tumpuan lebih berbanding aku. Even lecturer2 pun sama, focus lebih je kat dorg. Tu yg buat aku low confident depan public.
Even tengah keluar dengan family pun aku low confident. Sampai sekarang, even dah mula bekerja pun aku still malu2 lagi walaupun dh dekat nak 7bulan bkerja. Aku rasa dsebabkan takda confident la aku mnjadi seorg yang nampak bebal kat orang lain. Everytime my colleagues bcakap dengan aku, mata dorg mesti akan tengok mak J kt muka aku. Ada juga la yang baik hati recommend aku berubat kat tempat dorg salu pg. But again, nothing work on me. Nak interview pun rasa segan apalagi bjumpa dengan org luar sana. Member ada gak cadangkan buat reunion kelas2 dulu tapi aku tak ready lagi. Aku beri banyak alasan. Same goes to sapa2 je yang ajak aku kluar memang aku akan reject. Sbb aku still takda confident nak bjumpa dengan orang. Thats why sekarang, if kawan2 aku nak pergi mana2 ke dorg tak pernah invite aku lagi sbb setiap kali dorg invite stiap kali tu juga la aku reject. Dalam hati xda sapa yang tau. Jauh dilubuk hati mmg la nak pergi, tapi stiap kli kakiku melangkah hatiku mengatakn jangan pergi. (Cewahh)…Please dear reader, tolong bantu aku..aku buntu dah. Tolong bagi tips, petua or cara macam mana korg yg dulu pernah ada jerawat but now dah bebas daripada J tu. Tak dapat nak buat kulit aku flawless pun takde hal, janji takda jerawat lagi. Then satu lagi, aku bkerja bawah panas terik dan penuh habuk juga la kadang…korg rasa masalah aku ni akan selesai ke? Ke aku patut tukar kerja??
– Insan Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit