JerkMan

Assalamualaikum. Thanks admin jika kau sudi approve confession aku. Past few days aku ada terbaca kisah suka duka rumah tangga bila women does’nt got it right. Contohnya laki tak bagi nafkah, lelaki curang dan sebagainya. Im taking full of courage to write this story, sebagai nasihat untuk diri aku dan wanita-wanita kat luaq sana.

Basically, my parents got divorce when I was 10-11 years old macamtu dan aku dan semua adik beradik aku dijaga oleh ayah aku. pasal mak ayah aku, aku malas nak cerita lebih lebih, they got divorce initially mungkin sebab tekanan keluarga yang tak berkenan dengan mak aku sebagai menantu/ipar duai dan sebagainya. Overall, the both are awesome mom and dad for all of us. Masa mula-mula cerai tu susah la nak jumpa dengan mak aku,yela ada yang dok halang jumpa). kadang jumpa sembunyi-sembunyi, mak aku datang sekolah ke, takpun ada jugak masa mak aku kerja kat kedai runcit dekat dengan sekolah, so dapatlah curi-curi jumpa.

Tapi tu beberapa bulan je, after that mak aku terus hilang tanpa kabar sampailah satu hari ada sebuah kereta kuning tunggu depan pintu pagar sekolah aku (masa tu setahun lebih dah rasanya aku tak jumpa dan dengar kabar mak dan aku pun dah pindah sekolah dan dibela oleh mak baru aku). aku tengah fefilling jalan baru habis paper UPSR, tetiba sorang lelaki asing dari kereta kuning tu keluar approach aku. Dari jauh aku nampak macam kenal dengan wanita ya g duduk dekat seat penumpang tu. Lama-lama tengok aku yakin tu wanita yang aku rindu selama ni. ya, mak aku. tapi masa tu mak aku bertongkat dua. That time aku baru tahu, yang mak aku terlibat dari kemalangan jalan raya dan mak aku baru beberapa minggu sedar dari koma. Dan lelaki sebelah dia tu, suami baru mak aku which aku taksure bila dorang nikah. Haritu menjadi hari pertama aku mengenali that ‘jerk man’

Lepas pertemuan semula dengan mak aku, aku dan adik beradik make effort untuk escape jumpa mak aku yang tinggal dalam 100km dari rumah kami. setahun sekali dapat jumpa, kalau bernasib baik dapatlah berjumpa dua kali setahun. Tahun demi tahun banyak perubahan hidup mak aku, mak aku dah dapat kerja tetap, beli kereta, rumah dan sebagainya. Tapi yang buat aku hairan, lelaki yang bernama bapa tiri tu lepas mak aku kerja, dia tiba tiba hilang kerja. kereta entah kemana. hanya duduk rumah dan jaga anak kecik (mak aku dapat anak lain dengan suami kedua beliau). mak aku ni jenis happy go lucky, waktu dia ada masalah pun dia gelak ja. tak pernah nak bercerita. lagipun kami adik beradik bukan selalu dapat jumpa mak, so tak tahu sangat story, sampailah kami semua dah besar, dan boleh drive sendiri kami dah pandai pandai pegi rumah mak.

aku tak tahu kenapa aku tak suka sangat vibe bapak tiri aku ni. Penah sekali tu mak aku terlepas cakap ‘tengok tu,dia solat’. Adik beradik aku ni bukanlah stock alim bagai, tapi kami ni jenis menjaga solat 5 waktu. dan mak aku kata kalau kami datang ja, tiba tiba dia solat walhal sepanjang dia kawin dengan mak aku, tak pernah pulak nak solatnya. anak dia pulak menambah ‘haritu ayah tak posa’ which on the holy month of Ramadan. aku cam, hmm budak-budak, layankan.

Oh ya, bapak tiri aku ni sejak dia dah tak kerja dia buat meniaga kat pasar macamtu. duit tu pun jarang jarang dia nak bagi mak aku. Duit rumah, kereta, bil api air, barang dapur, susu anak, pampers, duit sekolah semua duit mak aku. Malam malam kejanya lepak lepak kedai kopi sambil hisap rokok (aku ingat dia keluar masa kitorang datang tu sebab segan ke hapa ke, rupanya memang habit macamtu, 12-1 pagi baru nak balik rumah). Kereta mak aku tu, dia ambik buat bawak barang berniaga dia. Mak aku pegi kerja naik moto buruk bapak tiri aku yang road tax pun berapa tahun dia tak bayar. sampai kereta mak aku teruk gila pecah sini sana. Masa kitorang balik situ, mak aku baru berani mintak duit depan kami. pastu dia pun hulur lah duit. mak aku pun cakap, ‘haa kena mintak depan hampa, baru dia bagi’. cis berani-berani dia buli mak aku. hah

okay sini klimaks, satu haritu aku tumpang cousin aku balik uni. cousin aku tu lebih kurang muda 5-6 tahun dari mak aku. literally, depa sangat close. masa nilah terbukak segala pekung didada bila cousin aku start tanya pasal bapak tiri aku. pastu dia tunjuk mesej bapak tiri aku hantar kat adik beradik mak aku, fitnah kata mak aku curang. tak cukup macamtu, dia siap hantar dekat officemate mak aku . Dia siap guna account facebook mak aku dan mesej buruk-buruk dekat kebanyakkan ‘friend’ mak aku. lepastu dia komen kat gambar makcik aku dengan ugutan nak bunuh mak aku. dorang apalagi, screenshot habis la. masatu dia dah jarang balik rumah. sampai ada satu hari dia balik tu gaduh besar dengan mak aku. dia kata something like dia nak hantar sesuatu kat mak. biar mati. pastu berani pulak dia buat pengakuan yang dia dan ‘gang-gang’ dia memang cari perempuan yang kerja kerajaan untuk buat bini supaya depa boleh duduk rumah goyang kaki. (ni aku tak tau dia cakap sebab emosi atau memang gang-gang macamtu wujud).

aku ni jenis malas malas sikit nak ambik tahu kisah mak aku kawin dengan dia dulu, masa tu la kazen aku story yang dulu masa mak aku kerja kat kedai runcit tu, masatulah laki berkopiah ni datang. (they just suspect he use ‘something’). yela mak aku sungguh sungguh cari kerja dekat sebab nak jumpa anak anak takkan hilang lepas seminggu dua kenal lelaki lain. well mak aku dulu bertudung labuh bulat camtu, dia datang macam alim-alim lebai then ajak mak aku kawin. mengaku duda isteri meninggal. masa beberapa minggu lepas kawin tu, datang la isteri dan anak dia serang mak aku kat rumah. sampai anak mak aku dah besar pun mak aku still dapat ugutan dari isteri dan anak anak dia. kampung sebelah sana, habis ditabur fitnah sampai mak aku tak boleh jejak kaki ke sana.

kazen aku cakap mak aku dah lama dah sabar smpailah hari dia ugut nak bunuh mak , nak hantar santau bagai, mak aku halau dia. dah tu rumah mak aku. sesen pun dia tak bayar. Dan dia pun blah dengan tak malu bawak lari sekali dengan kereta mak aku. atas nasihat adik beradik semua, mak aku buat report polis dengan bukti-bukti ayat ancaman yang dia bagi melalui mesej, facebook dan sebagainya yang dia nak bunuh mak aku. seram sejuk aku masa tu. mampu doa Tuhan lindungi mak aku je. Allah. masa-masa genting tu tetiba kawan si lelaki ni (sebab dia rasa besalah jadi orang tengah) dia pun mesej mak aku cerita dan bagi gambar siap yang si bapak tiri aku ni dah kawin lain pun. dia antara orang yang follow rombongan nikah tu. sebulan ke berapa minggu tu aku tak pasti tapi masa dia tak balik rumah tu la. masa tu sakan la mak aku mintak balik kereta. alasan dia ‘kereta ni dah buruk, hang tak leh naik dah pun’

yang tak tahan tu, kereta yang dia kata buruk tulah dia bawak pegi johor nikah lagi satu. well, mak aku duduk utara. kau rasa dia bawak sampai johor tu, power giler la kan. yang isteri lagi satu tu pun aku rasa mangsa keadaan (jenis ustazah2 jugak). kenal facebook ke. entah, yang tu aku tak tahu. Yang bapak tiri aku tabur tabur fitnah mak aku curang, sapa pulak yang kawen sekarang ni. dah dekat setahun lebih dah jadi dan mak aku dah berjaya dah cerai lepas tuntut fasakh. mak aku tu still single je sambil bela anak-anak dia sorang-sorang. sampai adik-adik tiri aku ni, kalaulah bapaknya telefon, sorang pun taknak bercakap dengan dia. dia telefon pon tanya ‘topup masuk tak?’. tu je. aku tak sure berapa makamah mintak dia bayar tapi setakat aku tahu paling banyak pun dia bagi 50. takpun topupkan phone dorang. makan pakai sekolah tak tanya lansung, semua mak aku urus sesorang.

Ramadan baru ni, adik adik tiri aku buka cerita yang mak tiri dorang (johor tu) ada contact mak aku lepas cari cari numbor. punya dia baik mintak maaf sebab tak tahu yang laki dia tu ada bini dah. dan dia ada cakap yang suami dia tu which is ayah budak-budak ni nak kawin lagi satu. masa adik-adik aku tengah beria cerita tu, mak aku buat insyarat kat depa like ‘jangan story kat depa’. mak aku ni baik betui. kalau lah dapat jumpa depan mata, aku nak tampar tampar je pakcik ni. sampai hati buat mak aku macam tu. tapi bila fikir balik, tak guna pun benda dah jadi. jadi, doalah moga dia dapat hidayah Tuhan.

So, moral of story, kepada wanita kalau nak berkahwin tu check dulu betul-betul latar belakang lelaki tu habis habis. kenal keluarga dia semua, jangan percaya bulat-bulat. Pastu, amalkan doa pelindung, moga Allah lindungi kita dari benda benda yang tak sepatutnya. Dan yang penting tu iman dan akidah. Aku rasa punca perangai pelik pakcik ni mungkin sebab dia dah lama jauh dari Tuhan. orang yang hidup berTuhan takkan buat benda macamni. In case warga johor jumpa lelaki ni, bawaklah dia ke pangkal jalan. Kepada yang lelaki pulak,isteri dan anak anak tu amanah Tuhan. Laksanakanlah tanggungjawab selayaknya sebagai ketua keluarga.

Akhir sekali, sebab aku tak sepenuhnya berada di tempat kejadian, cuma dari sumber-sumber tertentu, jadi aku mohon maaf kalau ada ditokok tambah sebelum cerita sampai ke telinga aku. sekian. Doakan mak aku bahagia dunia akhirat dan dikurniakan syurga atas kesabaran dalam setiap ujian hidup beliau.

– Sembilan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit