Assalamualaikum. Cerita ini bukan berkaitan dengan hidupan laut ye, hanya luahan aku sebagai bilis kecil. Tak dinafikan, mesti ramai dalam kalangan pembaca juga bilis-bilis kecil seperti aku.
Kisahnya, aku pernah menjawat jawatan yang agak selesa sebelum PKP. Tapi sektor pekerjaan aku sangat terkesan dengan covid.
Selepas itulah bermula episod job hunting aku mencari pekerjaan yang stabil.
Banyak pancaroba dan mehnah, tapi tu bukan fokus luahan aku hari ni. Aku hanya nak ceritakan tentang salah satu daripada company tu sahaja.
2022, aku mula bekerja di sebuah company ni. Pekerja di office tak ramai pun dan kebanyakannya adalah ahli keluarga, sanak saudara bos.
No wonder la pekerja-pekerja ni masuk ikut suka waktunya. Tak apa la, aku buat kerja aku sahaja.
Cuma, setelah 2, 3 bulan, company mula liat nak bayar gaji. Dah lebih 7hb, gaji masih belum dibayar walaupun duit ada. Walaupun aku jaga kewangan syarikat, tapi aku masih perlu bos approve.
Tiap-tiap bulan aku nak kena mengemis gaji sendiri. Selain tu, sangat kerap aku diserang pekerja-pekerja kontrak sebab tak dibayar gaji.
Bayangkan, aku perempuan, sorang-sorang kat office sebab macam aku cakap, pekerja office lain masuk ikut suka, kena serang dengan orang yang tengah marah.
Keadaan ni sangat bahaya, aku dah la perempuan. So, aku decide cari kerja lain dan berhenti.
Sebelum aku berhenti, aku dah siapkan semua tentang gaji bulan tu. Sebab aku tahu, kalau aku berhenti, siapa je nak uruskan.
Lupa untuk aku maklumkan, syarikat ni juga culas untuk carum kwsp pekerja. Duit bahagian pekerja dipotong, tapi rupanya tak dicarum.
Aku listkan juga siap-siap dan minta mereka bayar kepada aku. Kalau tak, aku report kepada agensi yang terlibat.
Tapi, jerung ini mana nak kisah. Sampai dah berbulan, tak bayar. Aku ugut untuk laporkan kepada JTK, pun diorang tak ambil pusing. Jadi aku betul-betul report.
Yes, benda ni leceh. That’s why tak ramai bilis yang teraniaya take action, sebab macam tak berbaloi. Itu yang jerung makin berlemak.
Waktu aku report, baru aku tahu, rupanya pekerja hanya boleh mohon sekadar gaji yang tak dibayar. Tak, bukan aku tamak. Jangan salah faham.
Cuma bagi aku, kalau ada akta yang menyatakan bos yang culas membayar gaji pekerja boleh didenda, akan lebih menakutkan jerung-jerung daripada terus menindas bilis-bilis.
Pihak JTK ada hubungi exbos aku, tapi diorang buat tak kisah. Seterusnya kami dapat surat untuk perbicaraan. Inilah yang menyebabkan aku semakin kecewa.
Aku datang dengan segala bukti yang ada. Masuk ke dalam bilik tu, exbos ugut-ugut nak saman aku.
Bila dibicarakan, hanya nak bayar tak sampai separuh daripada tuntutan aku. Yang buat aku kecewa, pegawai JTK yang incharge sepatutnya membela dan memperjuangkan nasib bilis la kan?
Tapi tak, dia suruh aku terima je. Kalu nak perjuangkan jugak, pergi mahkamah yang belum tentu akan menang. Naik lemak la jerung-jerung tu dengar.
Aku kat sini menuntut gaji hasil titik peluh aku.
As pegawai kerajaan di JTK yang sepatutnya memperjuangkan nasib bilis seperti aku, kenapa nak suruh aku berlapang dada dan memberi diskaun pulak kepada jerung tu? Macam aku pulak yang bersalah.
Sedangkan pihak jerung tak bawa 1 bukti pun kenapa perlu nak kurangkan, sedangkan aku dah bawa bukti-bukti.
Bukan aku tak bersyukur (walaupun jerung belum bayar pun), tapi sampai bila bilis-bilis macam aku akan ditindas dan biarkan jerung-jerung macam tu makin berlemak?
Aku percaya, bukan aku seorang yang hadap benda ni, ada ramai lagi bilis yang memilih untuk tak perjuangkan sebab tak berbaloi. Penat dan habis duit lagi ada.
Aku harap akan ada akta yang lebih tegas membela nasib pekerja di Malaysia ni dan pihak berwajib yang handle perkara ni supaya lebih bersungguh membantu dan membela nasib bilis seperti aku.
Tak apalah, mungkin ada rezeki yang lebih baik buat aku selepas ini. Terima kasih baca luahan aku.
– Bilis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit