Assalamualaikum and Hi semua,
Sape dah tengok project high council (PHC)? Angkat tangan. Hahaha. Aku ni big fan. Terus jatuh hati dengan cerita ni. Pelakon macho dan ada karakter tersendiri masing-masing. Senang cite, best la. Hehehe.
Randomly thought. Kalau malas baca, sila stop di sini.
Actually daripada cerita ni, aku baru hadam apa maksud certain words yang digunakan. Contohnya kapla, jibam, hamla.
Sorry la aku bukan budak asrama. Tapi abang-abang dan kakak-kakak aku produk sbp dan mrsm. Aku tau la sikit-sikit aktiviti ragging ni.
Words yang digunakan tu pun, aku pernah dengar daripada diorang.
Dari phc ni, aku nampak gambaran apa yang abang aku pernah lalui dulu. Masa dia form 4, mak aku dapat call dari sekolah dia kena ragging.
Bila dia form 5, sekali lagi mak aku dapat call, tapi kali ni abang aku antara terlibat dalam kes pukul beramai-ramai dan dia digantung sekolah.
Punya la mak aku sedih masa tu. Kecewa. Tak ada sesiapa dibenarkan sebut pasal benda ni, sebab mak aku dah pesan kat kitorang adik-adik ni. Jangan sebut apa-apa depan abang aku. Takvnak abang aku jadi lagi teruk.
Aku tak rasa mak aku boleh faham apa yang dilalui oleh anak-anak kat sekolah sebenarnya. Mak aku hanya tersedar bila kes abang aku digantung sekolah.
Padahal aku ni dah lama simpan, ada so many why dalam kepala aku. Kenapa abang-abang dan kakak-kakak aku berubah? Kenapa diorang kejam dengan adik-adik? Kenapa diorang lebih prefer dengan kawan?
Pada waktu tu abang-abang dan kakak-kakak aku macam memberontak.
Aku membesar dengan tengok diorang jadi selfish, cold hearted, tikam belakang, cakap menipu, bad talk, semata nak mak aku impressed dengan diorang. Aku perasan, mak aku mungkin tak perasan.
Mak aku akan lebih kan dan biar apa diorang buat. Sebab diorang produk sbp dan mrsm. Harapan keluarga. Masa depan cerah. Sumber ekonomi keluarga di masa depan.
Adik-adik kena buli pun, kena diam. Apa diorang buat, semua betul.
Kitorang dah takde kasih sayang dah.
Padahal masa aku kecik-kecik dulu, kitorang rapat, suka gurau-gurau, main sama-sama, bagi hadiah time birthday.
Tapi semua tu ibarat hilang, bila diorang menghabiskan masa umur remaja di asrama. Aku tak faham kenapa jadi macam tu.
Diorang jadi buli aku dan adik-adik pula. Bila diorang bergaduh sesama diorang, memang sampai bertumbuk sampai darah dan lebam.
Aku tak faham. Sebab ye la siapa sampai hati buat darah daging sendiri macam tu kan.
Aku masa tu tak faham dan jadi benci dengan diorang tiap kali cuti sekolah. Sebab time cuti sekolah, diorang balik rumah, mesti nak cari pasal dengan aku dan adik-adik. Mengarah kitorang lagak bos dan kurang ajar.
Now bila aku tengok phc, aku dah boleh faham.
Diorang terpaksa survive di asrama. Karakter diorang jadi berubah. Effecfnya sampai ke tua.
By the way, mak aku suri rumah. Ayah aku pulak meninggal. Masa tu, dengan keadaan keluarga kami, mak aku terpaksa biarkan diorang teruskan di sekolah asrama.
Dari umur 13 tahun diorang duduk asrama, bagi impak kepada keluarga kami. Aku jadi dah tak berapa rapat dengan diorang.
Lepas kes abang aku kena gantung sekolah, start dengan aku dan adik-adik, mak aku tak bagi dah anak-anak dia duduk asrama. Mak aku kata lebih baik mak aku pantau anak depan mata. Jadi kitorang adik-adik ni sekolah harian.
Sekarang umur diorang awal 40-an. Produk sbp dan mrsm ni, teruk-teruk pun perangai , masih dapat kerja elok dan jadi orang berjaya dan kaya jugak. Networking bagus.
Kitorang sampai sekarang tak rapat dah tau. Ada gap. Kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Takde lah nak contact adik beradik. Ada group WhatsApp pun hambar.
Diorang lagi rapat dengan kawan-kawan. Kat luar,diorang jadi orang disanjungi. Jadi somebody, macam kahar tu. Even kakak-kakak aku pun camtu.
Aku taktau lah family lain ada masalah macam ni tak.
Walaupun cerita phc tu macam cool, tapi yang melaluinya sajalah yang tahu.
Aku sekarang berpendirian untuk anak-anak, aku takkan hantar ke asrama sehingga umur 18 tahun lepas spm. Aku nak kenal, sayang, pantau, bentuk, didik anak-anak aku depan mata aku.
Umur 18 tahun, anak tu dah matang dan harapnya boleh protect diri dia daripada dibuli bila berjauhan dengan keluarga.
By the way, kitorang adik-adik yang sekolah harian ni berjaya dan kerja besar-besar juga.
Kitorang pun survivor, jenis tak heran nak hidup ada group-group kat tempat kerja ke. Kitorang boleh jadi lone ranger, boleh juga jadi join group makan, group hiking, group main bowling etc.
Tak terikat pun nak duduk dalam satu group sahaja. Takde kerja nak palau orang. Takde masa nak raih hormat dan perhatian orang lain. We just be ourselves.
Geng asrama ni obvious perangai kat tempat kerja. Aku malas nak join kalau perangai nak berpuak-puak dan palau orang. Aku avoid, aku lebih suka jadi lone ranger. Berinteraksi kalau perlu sahaja.
Buli di tempat kerja ni real tau. Kalau kau perangai hamla, susah dah nak berubah bila tua.
Orang-orang besar, ahli politik, ramai dah laluinya proses tu. perangai parasit, karnivor ni ramai tau. Berlarutan dari satu generasi ke satu generasi.
Kalau pecah tembelang, akan bersangkut dan berkait dengan orang lain. Jadi masing-masing akan diam kalau ada salah guna kuasa, rasuah, semua takut nak jibam. Akhirnya yang perangai hamla ni yang berkuasa.
Kalau korang perasan, confession pasal SISPAA, semua tu adalah kesannya. Kau buat aduan, akhirnya kau pulak dipalau. Kes-kes selalunya akan jadi NFA. Nak backup geng hamla ni lah.
Sistem kita dah corrupt. Benda dah jadi barah, nak buang pun susah dah.
Orang-orang macam fakhri tu pun, bila dah dapat kuasa akan jadi sama jugak perangai. Malah mungkin lebih kejam.
Sebab itu lah acuan yang telah dibentuk sekian lama. Susah dah nak berubah.
Kalau ada yang baik dan bagus pun , minoriti sahaja. They can’t do anything.
Lastly, cerita PHC ni best. Tapi banyak benda cuba disampaikan.
Bagi aku, root cause adalah rumah, sekolah dan pendidikan. Itulah yang akan bentuk generasi akan datang. Apa ditanam sekarang, kesannya 20-30 tahun akan datang.
Please stop jadikan pendidikan modal utk orang politik berkuasa. Asingkan kuasa orang politik. Pendidikan tak patut lahirkan orang yang kejam, heartless, gila kuasa dll.
– Senah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit