Jidin

Jidin the pervert
Siapa aku?
Aku berumur 24 tahun. Aku sulung jadi orang panggil aku kakak. Cerita yang aku ingin kongsi berlaku ketika aku berusia 9 tahun. Ketika kecil, ibu aku jaga penampilan aku dengan baik. Pakaian kami sentiasa besih dan tidak comot.

Siapa Jidin?
Jidin, bila aku tanya diri aku sendiri, siapa Jidin? Aku sukar untuk jelaskan siapa Jidin. Jidin seorang lelaki, muka berkedut berumur dalam lingkungan 50 tahun. Bukan keluarga aku. Tapi dia rapat dengan pakcik2 dan makcik2 aku. Di depan keluarga aku, Jidin sangat rajin dan suka menolong sampai dianggap sebagai keluarga. Jidin selalu ambil bahagian dalam aktiviti2 keluarga kami. Seperti barbeku, sambutan hari jadi ataupun acara sekecil-kecil seperti kumpul santai pada waktu petang. Jidin, belum berkahwin. Walaupun dia baik dihadapan keluarga kami, dia ada perangai jijik yang tak semua orang tahu. Jidin gatal! Itu yang aku ingin jerit sekuat hati aku sedari aku kecil lagi. Mungkin sebab dia tidak berkahwin, jadi dia melepaskan nafsu kepada anak-anak perempuan dalam keluarga kami. Sepupu2 aku, aku, adik aku selalu jadi mangsa nafsu Jidin Berkedut ni. Walaupun kes kami belum sampai tahap dirogol, tapi Jidin telah buat satu titik hitam yang besar dalam childhood memory aku.

Disebabkan keluarga kami rapat, aku dan sepupu-sepupu perempuan pernah membuat sesi luah perasaan tentang apa yang Jidin pernah buat dekat kami. Bagi kes yang aku alami sendiri, Jidin seringkali meraba tangan aku. Meraba seperti gerakkan jari dia ke bahu aku dengan perlahan sehingga ke tanan aku. Jijik. Aku sentiasa rasa aku jijik. Jidin seorang yang tua dan aku ketika itu berumur 9 tahun. Aku sudah punya rasa malu untuk menjerit atau menceritakan hal2 seksual seperti ini kepada ibu aku. Lagi pun, Jidin sudah sebahagian daripada keluarga kami, remember?

Pernah sekali, aku duduk menonton tv. Aku sangat sangat tidak sedar yang Jidin duduk di sebelah aku. Pada ketika itu, aku sudah mula memakai bra. Keseronokan aku sebagai kanak-kanak ketika menonton tv terhenti bila Jidin Tarik tali bra aku. Waktu itu aku rasa macam aku bodoh. Macam mana boleh aku tak sedar tangan dia merayap? Bodoh! Bodoh! Satu ayat yang sering kali berulang dalam kepala aku adalah soalah Jidin ‘Kakak, tali apa ni?’ kemudia dia Tarik lagi, pakkk! Senyuman berkedut gatal yang aku takkan lupa selamanya.

Aku kerap sendirian. Sering mengasingkan diri. Aku selalu terlepas aktiviti-aktiviti keluarga. Jidin akan memanggil nama aku dengan lembut setiap kali dia melihat aku. Alunan suara orang yang gatal. “Kakaaaak~~” Panggilan nama itu pun sudah buat aku takut. Para pembaca sekalian, 24 tahun aku hidup, aku baru sedar ini juga dipanggil sexual harassment. Pernah sekali, kami sekeluarga menyambut hari jadi adik aku di rumah. Jidin ada sekali. Aku cuba mingle dengan ahli keluarga di ruang tamu, tapi Jidin ada disitu, jadi aku sembunyi di dapur. Aku merelakan diri untuk membantu membuat hal-hal dapur sedangkan ahli keluarga aku, terutamanya sepupu2 sebaya aku bersuka ria di ruang tamu. Satu ketika, aku tengah memotong sayur di dapur seorang diri, Jidin dating, ‘Kakaaaak~’ panggilan jijik itu lagi, kemudian aku berlari laju menuju ke bilik. Kunci. Aku sandar ke pintu, ketakutan, lampu ku matikan. Di balik pintu, aku dengar gelak tawa semua orang. Betapa dalam hati aku aku sangat mengharap aku berada bersama mereka. Malam itu aku tidur dalam keadaan lapar. Lapar dan takut. Menyesal sebab aku bodoh dan penakut.

Pasti semua pembaca fikir, kenapa sepupu-sepupu aku yangt menjadi mangsa Jidin tapi tidak takut seperti aku. Entahlah. Mungkin sebab aku lebih kerap menjadi mangsa berbandiung mereka. Sepupu-sepupu aku pun rasa takut juga, mereka larikan diri daripada Jidin, tapi tidak lari sejauh aku. Mereka berani jelling Jidin, aku pula, aku takut bertentang mata dengan dia. Lagi pula, aku 9 tahun, sedangkan mereka sudah sekolah menengah ketika itu.

Pernah sekali, selepas maghrib, ibu dan ayah aku hendak melawat keluarga ditempat yang sedikit jauh. Pada ketika itu aku malas nak ikut, ibu pujuk, tapi aku enggan. Ibu cakap, ibu keluar kejap je, balik dalam pukul 10malam. Ibu cakap ibu kena kunci pintu rumah sebab ketika itu banyak kes kecurian dan kami adik-beradik masih muda ketika itu. Kami semua adik beradik pakat tak mahu ikut ibu dan ayah. Ibu bagi kelonggaran, kalau kami tidak mahu ikut ibu kami kena tunggu di rumah mak long (sebelah rumah je). Kami setuju. Semua adik beradik aku pergi ke rumah maklong termasuk aku. Aku sudah memasang niat untuk main atau tengok tv di rumah maklong. Tiba-tiba, Jidin ada situ! Seperti biasa, aku kan pengecut,, aku lari keluar di rumah maklong, aku seorang saja. Ketika itu, waktu malam, aku jalan balik rumah dan duduk di depan buai rumah. Ibu cakap ibu balik awal, jadi aku tunggu sorang2 di depan rumah. Maklong ada dating ke tempat ku sekali untuk panggil aku, sebab aku sorang2 di luar rumah. Tapi aku tak mahu. Jadi tinggallah aku sorang2 di malam hari sambil menunggu ibu balik. Dalam hati, aku menyesal tidak ikut cakap ibu.

Aku bukannya selalu pengecut. Kadang2 ada hari aku memberontak. Pernah juga aku conteng motor Jidin sepuas hati aku. Jidin Gatal! Itu yang aku conteng si seluruh motor jidin. Kenapa aku jadi pengecut? Aku pernah mimpi aku dirogol oleh jidin, ketika itu seluruh ahli keluarga aku sedang buat aktiviti seperti biasa. Dalam keadaan bogel, aku menangis kearah ibu aku. Ibu aku terus ke almari untuk cari baju aku. Ibu tak cakap apa2. Walaupun mimpi, aku masih ingat mimpi itu sampai sekarang.

Jidin pernah buat hal dalam kampung kami. Dia ditangkap khalwat dalam rumah. Kecoh juga la waktu tu sebab Jidin ditangkap bersama kawan dia yang merupakan suami orang dan dua orang perempuan muda. Waktu tu memang aku senyum. Aku gembira orang Nampak macam mana perangai Jidin.

Aku dah besar sekarang. Alhamdulillah, aku normal dari segi emosi dan kelakuan. Tapi bila mengimbau kembali kenangan waktu kecil, aku rasa trauma. Rasa jijik tu datang kembali. Rasa macam ada lubang yang besar dalam memori kanak-kanak aku. Kadang2 seperti aku lupa beberapa memori bahagia. Yang aku paling ingat cuma Jidin Jidin Jidin. Alhamdulillah, Jidin dah tak rapat dengan keluarga aku sekarang. Dia menghilang. Aku dengar dia dah kahwin dengan orang Indonesia.
Entahlah. So, itu sahaja pengalaman hitam aku. Point aku senang je, dalam setiap keluarga, tolong jaga anak gadis masing-masing. Lindungi mereka. Dan jauhi orang seperti Jidin, please :(

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit