Jijik

Assalamualaikum w.b.t. Aku Kay. Aku tak nak cakap banyak tapi aku tengah buntu buat masa ni. Malam semalam aku dapat penemuan paling sedih dalam hidup aku.

Aku terjumpa chat mak aku dengan suami orang. Ya, laki orang!

Mungkin korang boleh agak isi kandungan perbualan diorang. Ya. Apa yang korang fikir itu lah yang aku jumpa. Lemah longlai tangan aku lepas terbaca perbualan mereka.

Hampir terlepas pegangan telefon mak aku daripada genggaman. Hati aku remuk. Dada terasa sesak. Aku menahan tangis dalam diam; takut mak terdengar. Aku jijik.

Reunion. Benda paling jahat yang aku pernah tahu. Segala kenangan terimbau. Perasaan lama yang berputik kembali.

Kemudahan telekomunikasi sekarang pulak mendorong perhubungan yang tak sepatutnya berlaku. Daripada bertanya khabar berlanjutan kepada perkara peribadi.

Aku tepuk dahi melihat generasi mak aku sekarang. Diorang lebih ghairah dalam bab teknologi berbanding kita yang memang sejak muda jumpa kemudahan ni.

Macam mana aku boleh tergerak nak geledah telefon mak?

Mak aku seorang janda. Seorang surirumah sepenuh masa. Sejak bapak aku meninggal aku perasan mak aku tak boleh lekang dengan telefon dia. Sampai bawak ke tempat tidur. Selalu aku balik kerja pun dia rela menghadap telefon dia daripada berbual dengan aku.

Aku bersangka baik yang dia mungkin tengah bersembang dalam group whatsapp dia. Tahu sahaja lah mak-mak sekarang punya group whatsapp mengalahkan kita yang muda ni. Tapi aku bodoh lagi masa ni.

Apa yang buat naluri hati aku terdetik yang mak tengah sembunyikan sesuatu daripada aku bila dia mintak aku tengokkan setting telefon dia, dia macam tak biarkan aku tengok dulu telefon dia. Biasanya aku tengok dulu sebelum ajar step apa yang nak dibetulkan, tapi ini tidak.

Lagi satu yang buat aku musykil, mak ada buat panggilan satu nombor melalui telefon bapak aku. Nombor yang sama setiap hari. Aku jadi tak keruan.

Semalam aku nekad bukak telefon dia, walaupun ada password tapi bab tu dia tak boleh nak menipu aku. Aku jumpa chat nombor yang tak disimpan. Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang aku selepas itu.

Selama ni aku cuma dengar cerita daripada pengalaman orang lain, tapi malam itu terjadi pada diri aku sendiri. Aku scroll chat daripada atas; aku nak tahu sejak bila diorang ni dah ‘memadu kasih’ belakang aku. Tahun 2017. Aku terkesima.

Dua tahun aku ditipu hidup-hidup dengan mak aku sendiri. Diorang buat ‘kerja’ masa aku tak ada di rumah. Aku rasa dikhianati. Sebelum ni apa sahaja kemahuan dia semua aku penuhi. Aku rasa gagal sebagai seorang anak.

NAFSU. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Harini aku paksa diri aku jalani hari macam biasa. Padahal hati aku Tuhan sahaja yang tahu. Aku tak nak bersubahat dengan perkara maksiat yang dia buat. Aku tak boleh tipu diri aku.

Apa yang aku patut lakukan? Bantu aku semua…

– Kay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *