Jijikkah Kekurangan Aku?

Hi assalamualaikum. Nama saya Ita, berumur 28 tahun. Saya sudah berkahwin dan kini sedang berbadan dua. Alhamdulillah.

Seringkali saya membaca tentang menantu yang memendam rasa di dalam hati terhadap mertuanya dan demikianlah apa yang saya rasakan sekarang. Sebenarnya saya cukup hairan. Mengapa kisah menantu perempuan dan mertua ni berlaku sejak dahulu lagi? Adakah kerana itu Rasulullah menggalakkan orang yang suda berkahwin untuk tinggal rumah sendiri?? Entahla..

Tapi apa yang saya lihat, ramai friendlist fb dan ig saya yang rapat dengan mertuanya. Kadang mereka up status bersama mertua, berpelukan. Tidak sekali saya lihat, tetapi banyak kali. Bukan seorang tetapi saya boleh katakan lebih kurang 8 hingga 10 orang. Tetapi mengapa saya dan beberapa wanita lain berbeza?

Untuk pengetahuan, saya berkahwin dengan suami atas dasar dikenalkan oleh ahli keluarga. Pada awalnya saya tidak bersetuju atas sebab-sebab tertentu. Lagi pula saya masih mahu mempelajari cara bergaul dan beramah mesra dengan orang baru. Tetapi ramai meyakinkan saya untuk berkahwin maka atas takdir Allah bersatulah kami.

Jujur saya katakan, saya tidak banyak cakap dengan orang kecuali saya selesa dengannyaa. Tak tahu mengapa, saya terlalu rasa rendah diri. Boleh dikatakan sejak ibu mertua tahu saya tidak peramah, ibu mertua saya seperti terpaksa menerima saya sebagai menantunya. Saya tidak tahu pada mulanya, tetapi apabila terjadi pergaduhan barulah saya tahu.

Entah lah, saya sebenarnya merasa saya akan menjadi orang yang lebih baik Selepas berkahwin tetapi apa yang saya dapat, saya semakin down. Keluarga suami merupakan keluarga yang terhormat. Ibunya MasyaAllah rajin sangat beribadah. Jadi saya merasa pasti saya akan diberikan didikan agama yang lebih lagi memandang ilmu agama keluarga suami MasyaAllah hebatnya. Sedihnya, apa yang saya dapat ibu mertua hanya terpaksa.

Semasa tinggal bersama, ibu mertua selalu melihat saya dengan tajam hingga bekerut dahinya. Dia seperti tidak suka kerana apa yang saya nampak, setelah berkahwin dan apabila di rumah saya hanya mengenakan seluar dan baju t-shirt. Saya melihat ibu mertua terkejut melihat kulit saya. Jauh beza dengan kulit ibu mertuaku yang putih melepak dan tidak berbulu.

Pernah sekali saya tertangkap ibu mertua melihat badan saya atas sampai bawah sambil melihat kulitnya dan reaksi mukanya berubah menjadi lain sambil mulutnya mencebik sinis. Ya Allah, setelah itu berkali2 saya tertangkap benda yang sama. Saya merasa sangat down. Tapi saya tidak mampu lakukan apa2 kerana ini ciptaan Allah.

Ibu mertua juga suka melarang saya dan suami keluar bersama. Saya faham, mungkin ibu mertua cemburu. Kadang2 ibu mertua melihat saya seperti dia menyampah Sangat2. Sama dengan istri abg ipar saya. Dia seperti menyampah, benci dan tidak suka kepada saya. Saya hairan tetapi entahla. Saya tidak tahu hendak berbuat apa.

Kakak ipar saya juga tidak menyukai saya kerana ibu mertua suka mengadu dengannya soal saya. Pernah sekali ibu mertua tegur saya. Sabun kain cepat habis sedangkan sebelum berkahwin sabun tak cepat habis. Sebenarnya macam2 lagi benda remeh yang di tegur tetapi saya anggap itu boleh di tahan lagi. Apa yang saya tidak tahan, saya di rendah2 kan.

Apa yang saya pelajari selama ini, orang yang tahu tentang agama mereka pasti memahami kekurangan seseorang. Berbeza dengan mertua saya, rajin beribadah tetapi kekurangan saya seperti dijijiki. Jika soal pekerjaan rumah, saya tidak kisah jika di tegur kerana kita boleh belajar dari kekurangan. Tetapi saya merasa sangat terkilan reaksi mertua seperti menjijiki kulit saya dan bulu saya. Tangan dan kaki saya juga pendek.

Oh ya, Semasa saya di tahan wad, ibu mertua ada menjenguk tetapi mukanya terlalu ketara terpaksa. Mungkin takut org fikir dikata bila tidak menjenguk barang kali. Hari pertama dia melawat saya tidak sampai 10 minit pun. Hanya beberapa minit ibu mertua seperti mahu cepat2 beredar dari tempat saya.

Hari kedua, ibu mertua melihat saya dari jauh dengan wajah yang serius. Saya hairan. Saya cuba meramahkan diri tetapi tetap terasa awkward kerana tatapan mata ibu mertua melihat saya atas sampai bawah. Yang mengejutkan saya lagi, Semasa jiran depan berdiri hendak ke tandas ibu mertua melihat ibu itu atas sampai bawah. Yang menghairankan ibu mertua sanggup berdiri hendak melihat betis ibu tadi. Sambil berpeluk tubuh kemudian duduk sambil bersilang kaki.

Setelah beberapa minit ibu mertua hendak pulang. Saya tanya hendak buat apa Selepas balik ni. Ibu mertua kata dia tak buat apa2. Apa yang saya terasa, ibu mertua tidak suka kepada saya. Semasa hendak beredar, dia berpura2 hendak menolong saya membuang bekas makanan yang sudah habis, tetapi rupanya itu hanya Acah2. Akhirnya saya sendiri yang membuang semuanya. Entahla.

Oh ya, masa itu kami suda tidak tinggal sebumbung. Mungkin kerana itu dia semakin tidak suka kepada saya. Namun, bila depan anaknya, pandangan matanya ke arah saya dan layanan ke arah saya cukup baik. Ah, sudah. Mental saya dibuatnya. Namun Saya Cuba menahan rasa hati takut ia berbalik kepada saya apabila tua nanti. Saya selalu bertanya kan kepada Allah mengapa dia menciptakan saya dengan pelbagai kekurangan.

Pernah sekali semasa raya, ibu mertua menunjukkan rasa tidak sukanya kepada saya di depan teman suami. Dia menunjukkan sangat ketara. Istri kawan suami berpura2 makan apabila menyedari muka ibu mertua saya berubah apabila saya datang ke tempatnya. Untuk pengetahuan, saya hanya bertanya kerja apa lagi yang hendak dibuat, tetapi ibu mertua seperti benci. Saya hanya diam Selepas itu. Saya berfikir mungkin salah saya sebab datang lewat ke rumah ibu mertua petang itu.

Beberapa minit kemudian ibu mertua berdiri dan keluar ke kaki lima. Saya lihat ibu mertua seperti mengadu sesuatu kepada kakak ipar dan apabila saya melihat mereka melihat saya dengan jelingan. Alhamdulillah, kakak ipar yang seorang lagi MasyaAllah layanan dia cukup baik kepada saya. Anak2nya juga baik dan bersopan santun. Saya sangat terharu tetapi saya kecewa kerana saya tidak pandai bergurau. Hmm.

Dahulu, sebelum kawin saya kerap terbaca soal perselisihan menantu perempuan dan mertua, masa itu saya berfikir jika saya yang kena saya akan bersabar dan Cuba mengambil hati serta melakukan usaha yang Bermacam2 agar saya disukai. Tetapi apabila saya hadapinya sekarang baru saya faham betapa siksanya menahan rasa yang sakit tetapi tidak boleh ditunjukkan.

Saya takut jika saya mendapat balasan di hari tua. Saya ada mengadu dengan kakak saya, tetapi saya disalahkan. Betapa kecewa dan tergurisnya hati saya. Saya juga mengadukan kepada ibu saya di kg dan ibu saya sedih. Ibu mendoakan agar saya diberikan rezeki yang besar. Semoga Allah kabulkan. Aaaminn

Jika nak di cerita secara menyeluruh, terlalu banyak yang saya terasa hati dengan ibu mertua. Apa yang saya lihat, ibu mertua menyukai orang yang cantik, bekerjaya dan hebat. Saya cuma berharap satu hari nanti saya akan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Doakan saya para pembaca. Saya merasa penat untuk terus merasa down. Mengapa ya. Layanan berbeza itu wujud. Hmm.

Terima kasih para pembaca sudi membaca. Maafkan jika penulisan saya berterabur dan maafkan jika ada yang tidak berkenan tentang cerita ini. Saya cuma buntu tidak tahu harus berbuat apa. Saya hendak membalas tetapi saya takut saya pula yang mendapat balasan satu hari nanti.

– Ita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *