Aku lelaki, tujuan aku tulis confession ini sebab aku geram, ramai sangat pasangan yang curang. Terutamanya dalam IIUM Confession ni banyak sangat confession berkenaan lelaki mahupun perempuan yang curang.
Untuk pasangan sekiranya anda mendapati bahawa pasangan anda bukan saja curang, bahkan telah pun melakukan zina. Keluar lah daripada relationship tersebut, dosa zina ni dosa besar tau bukan dosa kecil.
Hukuman untuk pelaku zina bagi yang belum kahwin adalah rotan 100 kali, manakala yang dah kahwin adalah rejam sampai mati.
Yang aku tak faham adalah penyondol, korang minat sangat lelaki tersebut sebab dia baik pada keluarga dia. Tapi selepas anda berjaya menyondol dan dia curang, adakah dia masih baik?
Yakinkah anda perkara sama tak akan berlaku kepada anda, dia disondol pula oleh perempuan lain?
Lelaki sekarang ni lagi ramai dari kaum perempuan, lelaki ada 17.7 juta manakala perempuan ada 16 juta. Bermakna 1.7 juta tak akan berkahwin sebab tak ada pasangan.
Korang yang perempuan ni boleh pilih 1.7 juta lelaki yang lain jadi kenapa perlu target suami orang?
Manakala yang lelaki, jangan lah berzina. Kita diberi kelebihan boleh kahwin 4 dan kalau anda sudah tak tak tahan mungkin akan melakukan zina, pergi lah berkahwin jangan sesekali berzina.
Kalau kau tak mampu berkahwin, jauhkan lah diri daripada perempuan tersebut. Bini ada, curahkan kasih sayang pada bini cukuplah.
Aku pernah dengar dari pasangan yang dah berkahwin dua kali, dia kata puncak kenikmatan hubungan intim suami isteri sama je.
Tak kiralah perempuan tersebut gemuk, cantik, hodoh, sama je puncak kenikmatannya. Yang bezakan adalah tatapan pada isteri saat melakukan perbuatan intim.
Monogami cuma terdapat dekat dunia ni je, dekat surga peringkat terendah anda akan dinikahkan dengan 72 bidadari. Ini peringkat paling rendah, jadi tak berbaloi kita buat dosa sebab berzina dengan rakan seoffice.
Bukan setakat itu, pasangan anda akan muda selama-lamanya, sihat selama-lamanya, cantik selama-lamanya.
Tak rasa berbaloi ke? Tahan nafsu kat dunia ni?
Berapa lama sangat kita nak hidup, boleh jadi tahun ni kita curang. Tahun depan kita dah kiok meninggal. Sempat setahun je kita sedap2 lepas itu merana berpanjangan.
Tak pastilah confession ni admin akan post atau tak, hopefully postlah.
– Umar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dalam 1.7 juta lebihan lelaki yg ada tu tak semua lelaki sejati dik. lelaki jadian, lelaki perasan dan macam2 jenis lalaki. Tapi setuju kalau boleh jauhi lelaki atau perempuan penzina. Jangan terjebat dengan zina.