Terlalu banyak yang kita sesalkan dalam hidup. Jika aku belajar rajin-rajin, Jika aku masuk sekolah tu dulu, Jika aku tak kenal dia, Jika aku tak berkawan dengan dia, Jika aku berani.
Ya dulu aku banyak mengeluh, kenapa aku lahir dalam keluarga yang susah, kenapa aku tak kaya macam orang lain, kenapa mak ayah aku tak macam mak ayah orang lain.
Aku pernah terlintas dalam hati kalau adik beradik aku tak ramai mesti aku tak susah macam ni. Kalau ayah rajin buat kerja lain mesti aku tak susah mcam ni.
Aku salahkan takdir. Aku salahkan orang lain. Mungkin sebab aku kecil lagi. Disebabkan kesusahan hidup, aku matang sebelum usia. Aku cuma suka satu benda, belajar.
Aku berusaha untuk ubah hidup, mungkin kalau aku pandai, aku takkan susah lagi. Tapi hari tak selalu cerah, abang yang aku sayang yang paling aku rapat meninggal dunia.
Aku baru bertukar sekolah sebab nak ikut jejak langkah dia. Dia ada cita-cita tinggi, aku pon sama. Bila dia meninggal aku hilang punca, pelajaran aku tak kemana.
Aku tak pergi sekolah. Dan aku salahkan takdir sekali lagi. Kenapa bukan adik beradik lain yang meninggal? Kenapa satu satunya abang yang aku ada yang meninggal?
Ya, aku cetek ilmu agama, so aku tak tahu masa tu bila aku salah kan takdir bermakna aku salahkan perancangan yang Allah dah tertulis buat aku.
Dipendekkan cerita aku gagal. Aku yang tak pernah dapat gred C sepanjang sekolah rendah hingga sekolah menengah gagal masa SPM.
Tapi aku tetap perlu terus belajar. Aku perlu betulkan semuanya. Aku mohon masuk Universiti, tapi disebabkan keputusan SPM yang teruk, aku gagal.
Aku dapat tawaran kolej swasta. Aku terima. Baru 3 bulan belajar, aku dapat tawaran politeknik untuk second intake tapi aku tolak aku rasa tak berbaloi.
Bila masuk kolej, aku dapat pinjaman Mara, jadi aku dapat la yuran sara hidup. Matlamat awal masuk kolej sebab nak betulkan balik hidup aku, nak belajar.
Aku salah pilih kawan. Aku hampir-hampir gagal sekali lagi. Aku berubah 360 darjah. Aku pernah dibawa ke balai polis. Aku bukan lagi anak perempuan yang boleh dibanggakan.
Mak ayah aku tak pernah tahu tentang kisah tu. Aku hampir dibuang kolej, tetapi ada pensyarah yang bela nasib aku sebab dia percaya aku hanya terpengaruh dengan kawan-kawan.
Aku diberi peluang kedua, aku bertemu sahabat2 yang baik, dan kami masih bersahabat sampai sekarang.
Aku teruskan pelajaran dan dapat keputusan yang agak baik. Lepas dapat diploma aku terus kerja, aku tak sambung belajar sebab mak ayah aku tak mampu dan aku nak rasa pegang duit cepat.
Bila aku tengok FB, aku tengok ramai kawan-kawan sekolah aku ramai yang berjaya. Doktor, jurutera, cikgu dan macam2 kerjaya yang boleh dibanggakan.
Aku salahkan mak ayah aku lagi. Kalau mak ayah aku banyak duit, mesti aku dah berjaya macam orang lain.
Tapi bila aku dah dewasa, aku dah berjumpa ramai orang aku dah mendalami ilmu agama baru aku tersedar. Hidup aku sebenarnya adalah pilihan aku sendiri.
Umur aku 13 tahun aku pilih tak nak masuk sekolah berasrama penuh. Umur aku 16 tahun, aku pilih untuk jadi jurutera. Umur aku 18 tahun, aku pilih untuk jadi usahawan wanita. Umur aku 22 tahun aku pilih untuk tidak berkahwin.
Tak ada satu pon pilihan mak ayah aku. Aku buat semua keputusan sendiri, aku tak terima pendapat orang lain, sebab aku rasa aku pandai atur hidup aku.
Tapi aku salahkan takdir, aku salahkan mak ayah aku, adik beradik aku. Aku salahkan kawan-kawan aku. Sekarang aku dah cukup dewasa, aku berhenti salahkan takdir dan orang lain.
Ya, penyesalan akan tetap ada tetapi jika aku tidak melakukan kesalahan dulu, mungkin aku tidak berada di sini hari ini. Aku tidak menulis cerita ini.
Aku mungkin tidak menghargai hidup aku, keluarga aku dan kawan-kawan yang ada dengan aku sekarang.
Aku tidak memiliki segulung ijazah, tidak memiliki kerjaya hebat, tidak memiliki suami dan keluarga sendiri, tidak dapat mengembara ke seluruh dunia seperti orang lain.
Tetapi aku bahagia. Aku pilih untuk melihat dunia dari sisi berbeza. Aku percaya apa yang berlaku selama ini, adalah takdir Allah untuk aku menjadi hambaNya yang lebih baik.
Jika nak bandingkan hidup aku dengan orang lain, aku bertuah sebab keluarga aku tetap bangga dengan aku, kawan-kawan aku tetap setia dengan aku.
Aku masih mempunyai pekerjaan ketika orang lain berusaha untuk hidup dalam waktu sukar ini. Apa sahaja yang aku sesalkan dulu sebenarnya menjadikan aku kuat.
Aku bersyukur aku telah diuji. Aku bersyukur aku diberi peluang berkali-kali. Ada orang yang lebih hebat dugaan dan ujiannya.
Apa pun pilihan yang kita buat dalam hidup, kita perlu bertanggunjawab dan berani terima akibatnya. Kita mungkin buat pilihan yang salah, berjumpa orang yang salah dan kita mungkin gagal. Tetapi rancangan Allah tak pernah salah. Ada sebab kita di uji.
Jatuh berkali-kali, tak bermaksud kita tak boleh berjaya dah bahagia. Belajar bersyukur dan menghargai, kita akan dapat lihat sinar di pengakirannya. Jika kita dapat lihat Indah nya aturan Allah untuk kita. JIKA…
– PurpleViolet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit